Akhirnya..Hari Isnin. Tak pernah aku seronok camni.Tak sabarnya tunggu budak Jepun tu..padahal mula² aku tak kisah pon pasal dia. Apa tah masalah aku ni.Haish mana Sir Norman ni aku tak sabar dah.
Beberapa minit kemudian , Sir Norman pon sampai diikuti seorang lelaki tinggi lampai di belakangnya.
"Baik kelas , hari ni kita ada pelajar baru pertukaran dari Jepun , sila perkenalkan diri awak." kata Sir Norman .
"Hello , saya Sota , Sota Hanamura , can call me Sota, saya dari Osaka dan akan berada di sini untuk 1 semester. Saya boleh cakap Melayu sikit kerana bapa saya orang Sabah. " terang Sota .
Comelnya dia. Manisnya senyuman dia ..macam gula gula hahaha
"Baiklah Sota awak boleh duduk sebelah Alyah" kata Sir Norman. Haa? duduk sebelah aku?? bertuahnya aku ..aku mula senyum seorang diri..
eh jap , asal Emir tu pandang aku eh tadi? ke aku yang perasan lebih? Ala aku perasan je la , dia bukannya suka kat aku pon.
"Hai Alyah" tegur Sota kepada aku . "Hai Sota selamat datang ke Malaysia" balas aku dgn senyuman . Uish makin hensem mamat ni bila tengok dekat². "Terima kasih" kata Sota lalu kami menumpukan perhatian kepada Sir Norman yg dah mula mengajar . Sambil² tu sempat aku jeling² Emir yg duduk depan aku.
Lagi hensem Emir dari Sota , tapi nak buat camne , Emir tak hingin kat aku
Waktu rehat
"
Oi Alyah jom gi cafe" ajak Syada."Ala sori weh harini aku ada hal sikit..cakap kat diorang sekali aku tak dpt join" jawab aku.
"Hmm ok"
Sebenarnya aku hanya nak temankan Sota harini.Nak tunjuk² tempat kat uni. Hehe. Gatalnya aku.
"Jom Alyah , awak kata nak tunjuk tenpat² di uni ni" kata Sota. "Ya jom , saya tunjukkan semuanya" balas aku dengan gembiranya .
Dalam perjalanan tadi kita ada lalu sebelah Emir. Aku rasa dia pandang aku .Kali ni betul! Bukan aku yg perasan. Apahal agaknya dia pandang aku?
Tapi biasanya kalau aku nampak dia mesti berdegup kencang jantung aku. Sekarang cam tak rasa apa². Takkanlah...dulu aku cinta mati kat dia. Takkan pasal mamat Jepun ni aku boleh hilang perasaan terus? Aku mengalihkan pandangan ke Sota yang sedang membeli air tin di koperasi.
"Nah , one for you. Saya belanja sebab awak baik hati bawak saya jalan² uni hari ini" Kata Sota bila memberi aku setin air . Cairr aku tgk dia senyum camtu.
"Awak dah jalan² sekitar KL tak? Kalau belum nanti hujung minggu saya boleh temankan" ajak aku kepada Sota. "Boleh juga! Baiklah..hujung minggu ini ya" balas Sota dgn wajah excited dia. Maklumlah belum pernah jejak KL selama ni.
Aku pon excited jugak ni..gila tak excited..mamat yg aku suka layan aku! Siap boleh bawak jalan² lagi! Bukan cam Emir..hmm..Emir..
Aku rasa aku dah hilang perasaan terhadap kau Emir Faiqal.
YOU ARE READING
Waiting For Your Love
FanfictionMengisahkan Alyah Farisya. Gadis pendiam yang meminati Emir Faiqal , yang tidak mengenali Alyah walaupun dalam kelas yg sama. Kehadiran Sota Hanamura mengubah segalanya. Alyah mula merasa dirinya dicintai tetapi sebenarnya dipermainkan. --- Pertemu...