Prolog

257 17 4
                                    

Selasa, 23 November 2010. 4:45pm. Waktu pejabat semakin menghampiri penghujung. Meskipun begitu, sesi kelas ELEC2240: Transistors & Optoelectronic Devices pula baru hendak bermula. Limpahan luar biasa pelajar semester ini memaksa sesi makmal tambahan diwujudkan.

Sekadar makluman, ini merupakan semester ke-4 penglibatan aku bersama modul ELEC2240 selaku pembantu pengajar. Komposisi kelas agak besar. Jadi, aku berkongsi beban mengajar dengan pengurus modul, Dr Paul Steenson.

Sementara Paul memberi taklimat penerangan awal kepada para pelajar, aku meminta izin untuk menghilangkan diri sebentar. Lagi lambat, takut tak sempat nanti. Aku bergegas keluar dari makmal Wolfson Nanotechnology Cleanroom di aras bawah tanah untuk ke tingkat empat bangunan fakulti kejuruteraan elektronik.

Sebaik pintu lif yang aku naiki terbuka, kelihatan Louise Redmonds (setiausaha fakulti) sudah bersiap sedia mahu pulang. Dengan jaket ungu labuh paras lutut yang telah dibutang kemas serta beg tangan bersilang pada badan, dia sedang berdiri menunggu aku di hadapan bilik pejabatnya yang telah dikunci.

Tiket sehala ke Paris berserta sampul berisi wang tunai berjumlah 400 Euro diserahkannya kepadaku. Itu bajet yang fakulti peruntukkan bagi tambang keretapi serta belanja makan. Andai kata tidak mencukupi, aku perlu gunakan duit sendiri dahulu. Claim boleh dibuat kemudian. Louise turut berpesan agar aku menyimpan segala resit sebagai justifikasi perbelanjaan sepanjang keberadaan aku di Paris.

Sekembali di rumah, aku memaklumkan kepada Lily tentang perjalanan yang bakal ditempuhi. Pengembaraan mengejut. Mohon didoakan keselamatan pergi dan pulang. Tengahari esok aku berangkat.

*** Tamat Prolog ***

Nota Pengarang:

Kali pertama terdengar lagu 'Lovely Day' nyanyian Bill Withers menerusi intro filem School For Scoundrels (2006), aku terus mengangkat lagu ini selaku track rasmi mengemas barang setiap kali hendak berjalan jauh :)

Le OulalaWhere stories live. Discover now