INTRO

745 6 1
                                    


"Kita kahwin."

Bila dia mengajak aku berkahwin dengannya. Hati aku melonjak gembira dan aku cuba sembunyikan dari pengetahuannya. Kenapa, aku cuba sembunyikan kegembiraan ku?

Bukankah perkahwinan itu bila dua insan , saling mencintainya, ingin hidup bersama, membina keluarga bersama kehadiran anak-anak. Bahagia hingga ke anak cucu? Till Jannah?

"Tapi, hanya kahwin kontrak. Untuk setahun." katanya lagi.

Ya.. disebabkan itu.

Kahwin kontrak. Perkahwinan untuk kepentingan kedua pihak, tanpa ikatan cinta. Bezanya, di sini, ia hanya PENTING untuk satu pihak sahaja. Hanya satu, kerana....

Aku mencintainya.

"Baiklah. Mari lakukannya." Itu jawapanku.

Elvira x Tengku Emir

.............................................................xoxoxoxo..........................................................

" Yes! I do!" ucapnya sedikit menjerit. Dia mendakapku penuh girang.

Air matanya kegembiraan mengalir basah, jatuh di bahuku. Dia betul-betul mencintaiku.. sangat mencintaiku...

Tidak langsung terdetik di hatinya, di pikirannnya...yang aku mempunyai niat lain. Sesuatu yang aku sembunyikan darinya..

Kerana lamaran ini, kebahagiaan ini.. Cinta yang aku berikan... hanya satu permulaan bagi permainan yang aku aturkan sejak ku mengenalinya.

Bagi aku, ini hanya satu kahwin kontrak. Satu tahun, dan aku akan musnahkan segalanya tentang dia.

Esqandar x Qaisara

Kahwin KontrakWhere stories live. Discover now