" Awak nak berhenti kerja?"
Tengku Emir memandang surat notis untuk berhenti yang sedang diletakkan di atas meja oleh Qaisara.
" Itu notis sebulan saya."
" Ya, saya nampak tu, awak tak perlu beritahu. Yang saya nak tahu, kenapa?"
Qaisara membisu.
" Esqandar yang suruh ke?"
" Saya akan naikkan gaji awak 50% dari gaji awak sekarang. Awak tak perlu berhenti."
Tengku Emir menyerahkan kembali surat itu pada Qaisara, tetapi dengan lembut Qaisara menolaknya.
" Maafkan saya boss, saya memang taknak bekerja lagi. Ini keputusan saya sendiri."
" Awak taknak bekerja lagi atau taknak bekerja di sini?"
Qaisara mengerti kenapa Tengku Emir berat hati untuk membenarkan dia meletakkan jawatan.
" Saya just nak fokus pada rumah tangga saya sahaja. Menjadi suri rumah.."
" Suri rumah? This is not the girl that I know.. you are ambitious and talented, one of the best employee... one that have a lot of dreams.. u tell me u want to be somebody...somebody great. Suddenly, awak nak jadi suri rumah? It's funny... marriage changes you.."
" Apa salahnya menjadi suri rumah? Hina ke menjadi suri rumah?" marah Qaisara.
" Tak.. bukan itu maksud saya..." Wajah Qaisara yang sedang marah itu direnungnya. Dia tidak sengaja membangkitkan kemarahan Qaisara. Dia bukannya hendak menghina Qaisara... tidak terlintaspun yang kata-katanya melukakan hati Qaisara. Dia cuma...
" Saya tak terima surat berhenti kerja awak ini. Awak boleh kembali ke tempat awak." tegas Tengku Emir, lalu kembali mengadap komputernya. Berpura-pura busy membuat kerja.
" Saya masih akan berhenti tak kira samada diterima atau tidak. Hujung bulan ini, hari terakhir saya bekerja di sini. "
Qaisara keluar dari bilik CEO dan Tengku Emir melepaskan keluhan yang panjang.
" Dammiit Qaisara! I cannot lose you forever! " marah Tengku Emir.
Beep.. beep....
Bunyi voicemail masuk ke telefonnya. Tengku Emir membukanya.
" Suamiku...malam ni dinner.. Dato' and Datin akan join, jangan cancel yer? cinta sama kamu , dari isterimu Elvira."
YOU ARE READING
Kahwin Kontrak
RomanceKahwin kontrak. Perkahwinan untuk kepentingan kedua pihak, tanpa ikatan cinta'kununnya'. satu trend perkahwinan cinta muda mudi kini.. Kisah cinta fantasi yang sering dipaparkan di kaca televisyen dan novel..Betulkah cinta boleh dipupuk tika meniti...