2.5

574 5 2
                                    

Hujung minggu. 

Di balkoni, Elvira duduk merenung Tengku Emir yang sedang tenggelam jauh dalam kerisauannya. kepul-kepul asap tipis yang keluar dari cawan teh Tengku Emir semakin menghilang, tanda ia masih tidak disentuh, dibiarkan sejuk begitu sahaja. Begitu juga dirinya. Dari sejam tadi, Tengku Emir tidak memandangnya.. seolah-olah kehadirannya tidak wujud di mata Tengku Emir.

Elvira merenung ke luar, jauh ke taman indah di depan mereka.. Elvira tahu apa yang menganggu fikiran Tengku Emir. Semalam dia pergi ke opis dan mendengar khabar yang Qaisara sudah berhenti kerja. Qaisara... Elvira tahu siapa Qaisara...

Qaisara adalah... cinta hati Tengku Emir. Cinta tidak kesampaian Tengku Emir.

Elvira tersentak bila melihat air mata bergenang di mata Tengku Emir. Hatinya terasa perit. Mengapa.. Qaisara memperlakukan Tengku Emir seperti ini? Membiarkan Tengku Emir terluka seperti ini? Jikalah dirinya adalah Qaisara.. dia tidak akan melukakan hati Tengku Emir seperti ini.. Jikalah dia cinta hati Tengku Emir, dia akan sentiasa mengembirakan dan berada di sisi Tengku Emir..

Tengku Emir mengesat air matanya, bangun dan terus meninggalkan Elvira sendirian.

Elvira menelan air liur yang terasa kesat. Hatinya terasa sebak...dia tidak sedih diperlakukan dingin seperti ini.. tapi mengapa, sekalipun Tengku Emir tidak memberikan dia ruang untuk berada di sisi?

Elvira tahu tiada ruang di hati Tengku Emir untuk dirinya, tetapi.. dia Cuma ingin berada di sisi Tengku Emir.., menenangkan perasaan suaminya ini... berada di saat dukanya. Baginya ... Jika dia bukannya kekasih, dia cukup puas menjadi seorang sahabat..

Tetapi Tengku Emir..sentiasa membiarkan dia sendirian seperti ini. Tidak mahu mendengar suaranya.. seolah-olah, dia adalah satu beban pada Tengku Emir. Walhal dirinya, tidak pinta apa-apa dari Tengku Emir. Dia tahu takat mana hubungan mereka... sewaktu dia menerima cadangan Tengku Emir untuk berkahwin, dia sudah siap sedia menerima segala kemungkinan. Cuma...

Hatinya tidak mengerti jurang yang Tengku Emir wujudkan... hati ini mencintai Tengku Emir. Cinta tidak kesampaiannya.

Elvira senyum kelat. 'Ini rasanya melihat orang yang kita cintai,terluka dan kita tidak mampu berbuat apa-apa...hopeless, useless.."

"Pathetic."


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kahwin KontrakWhere stories live. Discover now