2

558 5 0
                                    

Ktang...ktang...ktang...

Elvira berhenti mengacau sudu di dalam cawannya. 

 Suasana kembali sunyi.

Kemudian dengan berhati-hati dia meneguk kopi panas. Srruppp...bunyi itu terasa bergemang seperti loudspeaker di dalam kesunyian makan malam mereka berempat. 

Elvira berhenti, terkejut lalu pantas meletakkan cawan .

Kccang...

Bunyi cawannya berlaga pula pada permukaan meja.

Oh my god!

Tanpa dapat ditahan lagi, Elvira melepaskan batuk yang kuat. Uhukk... uhuk... hukkkkk....

 Elvira menutup mulutnya, kelam kabut. Di dalam hati, dia  memaki diri sendiri yang kekok dan nervous saat ini. Perlahan-lahan dia memberanikan diri memandang pada Datin dan Dato', kemudian beralih pandang pada Tengku Emir yang kelihatan selesa menikmati makan malamnya. 

Tidak sedikitpun terasa terganggu dengan kelakuan Elvira, tidak peduli.

" Hahaha... Elvira darling... jangan nervous okey.. Mummy and Daddy bukannya nak makan orang." Tegur Datin Zahirah menenangkan. Dia yang duduk di sisi Elvira tak lekang dari senyuman. Mesra dan manis orangnya.  Dia mengusap tangan Elvira.

" Maafkan saya, Dato', Datin..."

Sudah 3 bulan mereka berkahwin dan ini adalah kali kedua dia bersua dengan ibu bapa Tengku Emir. Kali pertama semasa majlis perkahwinan mereka. Jadi adalah tak pelik kiranya dia begitu kekok saat ini. Yerlahkan.. salah silah kedua ibu bapa Tengku Emir bukannya orang biasa,sebaliknya adalah kerabat diraja.

" Elvira tak salahpun... tapi salah bila panggil Dato datin ni.. Elvira patut panggil mummy,  Mummy okey? "

" Ya, betul tu Elvira... jangan kekok. Anggap lah kami berdua ni macam ibu bapa kandung sendiri. Tak payah nak segan sangat.." kata Tengku Berahim bersetuju. 

Elvira mengangguk dan senyum sahaja. Tidak menyangka yang ibu dan ayah Tengku Emir sporting seperti ini. Berbanding dengan anaknya... Elvira menjeling pada Tengku Emir.

" Kamupun Emir, sejak kahwin tak pernah bawa isteri kamu balik ke rumah daddy and mummy.. Senyap sahaja. Sampaikan kami berdua terpaksa  cari PA kamu untuk minta no telefon isteri kamu dan lokasi rumah ini.  Kalau nak harapkan kamu angkat call mummy, macam menunggu kucing bertanduk pula..."

"Kamu belum bawa isteri kamu berjumpa saudara mara kah? Jangan senyap sahaja lepas kahwin. Nanti akan jadi buah mulut orang pula." Tengku Berahim turut membebel. 

" Nanti Emir bawa jumpa mereka. Emir busy sekarang ni.. Daddy pun tahukan.."

"hmm... " Tengku Berahim mengeluh panjang.

" Busy pun takkanlah takde masa untuk isteri sendiri? Emir belum bawa Elvira pergi honeymoon kan?" sampuk Datin Zahirah.

Emir membisu. Datin Zahirah memandang pula pada Elvira. Kening terangkat sebelah, menanti jawapan dari Elvira.

" Err... ah.. err.. Saya dengan Tengku Emir agree takde pergi honeymoon.. Lagipun sayapun busy, banyak keje nak buat kat opis. Jadi..erm... kami takde plan ke situ lagi.. "

"Takkanlah takde masa langsung... "

" err... '

" Takkan takleh ambil cuti satu hari ? jumat , sabtu ahad.. isnin kerjalah balik.."

" Emm.."

" Nak mummy booking kan?'

" Err... "

Elvira dah tak tahu nak jawab apa lagi especially bila melihat Datin Zahirah beriya-iya . Elvira memandang pada Tengku Emir. Takkan lah langsung Tengku Emir ini taknak back up die.. Sampai hati biarkan dia terkial-kial seorang diri menghadap ibu bapanya. Lagipun, bukan dia yang buat keputusan dalam hal-hal begini..

" Mummy booking kan yer..28 October ni okey? "

" Mummy.... Janganlah push Elvira...dia busykan.. " tegur Tengku Berahim.

Datin Zahirah tarik muncung panjang.

Perbualan tentang honeymoon akhirnya berkubur disitu.. dan mereka berempat kembali menikmati makan malam keluarga ini. Elvira rasa lega kerana selepas itu, Tengku Berahim dan Datin Zahirah berbual tentang hal lain, tidak lagi tertumpu pada dirinya. 

Tapi sangkaannya silap, sebelum balik, Datin Zahirah mengajak dia menemaninya ke Fashion show rakan di London.

" Macam mana? Ikut mummy yer? "

" Emm.."

"Semua perbelanjaan mummy sponsor okey. Elvira just teman mummy jer...pleaseeee jangan tolak yer.......mummy teringin nak ada anak perempuan teman mummy jejalan, shopping shopping, makan makan.. Daddy ngan Emir tu selalu je busy... Okey yer? This is the opportunities for us to know and be close to each other... okey Elvira? Agree lah.." pujuk Datin Zahirah bertalu-talu. Tubuh Elvira di peluknya sampai nak lemas Elvira dibuatnya.

" Em..err.. oo..o okey.."

" No!." Potong Tengku Emir. Dia menarik Elvira dari pelukan ibunya. 

" I have other plans for Elvira minggu Fashion show tu..."

" Plans apa?"

Tengku Emir senyum. Dia memegang bahu Elvira. Terkebil-kebil Elvira memandang Tengku Emir.

"Mana boleh beritahu mummy and daddy... it's a surprise.. for my lovely wife.. "

Tengku Berahim dan Datin Zahirah pula saling berpandangan. Mereka berdua tersenyum sipu malu melihat Tengku Emir terang-terang menunjukkan rasa cemburu...seolah-olah

" Yerlah.... Ada orang tu tak boleh separate ngan wife die, pengantin barulah kan...." Usik Datin Zahirah.  Mereka berdua akhirnya meninggalkan Tengku Emir dan Elvira sendirian.

" Elvira..." panggil Tengku Emir bila mereka berdua masuk ke dalam rumah.

" Yer?"

" Jangan terlalu mesra dengan family saya... awak di sini tidak lama. "

Raut wajah Elvira berubah serta merta. Segala jalinan kemesraan dan kegembiraan yang dirasainya tadi seakan direntap putus.

"Ya.. maaf... Terima kasih kerna mengingatkan..." jawab Elvira perlahan.

Tengku Emir masuk ke biliknya dan Elvira ke bilik yang lain...

Kamar tidur asing mereka dalam kehidupan mereka yang satu.

$U|

Kahwin KontrakWhere stories live. Discover now