Kinabalu 2013. Projek yang tergendala.

370 2 0
                                    

Imbas kembali tahun 2013, waktu itu aku mempunyai rencana untuk menakluk gunung yang paling tinggi di Asia tenggara. Gunung Kinabalu diberi nama. Jadi Malaysian hikers tapi tak pernah sampai Kinabalu ni kira macam poser jugaklah. Ye, ye, aku tau Kinabalu  ni tak sesukar gunung-gunung G7 yang ada di seluruh Malaysia. Tapi Kinabalu tetap masih pegang rekod gunung paling tinggi sekaligus mengalahkan gunung-gunung yang ada di jajahan takluk Asia tenggara.

Nak dijadikan cerita, pada tahun ni aku berkenalan dengan seorang hikers tegar dari laman Facebook, Anne namanya. Tak pernah jumpa pun. Cuma berinteraksi di "personal message". Segala urusan seperti soalan, persiapan, barang apa yang patut dibawa dan bayaran semua aku lakukan di sana. Senang cerita "all-prepared" dan tinggal pergi je. Sampai tak sampai ke puncak tu nombor 2. Tapi nasib tak menyebelahi aku waktu itu dimana aku terpaksa batalkan niat untuk menakluk Gunung Kinabalu atas urusan kerja yang sangat penting walaupun segala bayaran aku dah buat termasuk tiket kapal terbang. Aduh, tipulah kalau aku tak sedih waktu tu. Anne banyak kali juga mesej bertanya sama ada keputusan aku tu muktamad atau tidak. Ye lah, walaupun aku bagalkan rancangan, duit bayaran dan timet kapal terbang tu kira hangus tiada bayaran dibuat semula. Aku hanya mampu redha. Nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang. Selepas kejadian ni, aku takde plan langsung untuk ke sana lagi. Salah satunya sebab aku tak tau nak ajak siapa la. Kebanyakan kawan-kawan aku yang gemar mendaki semua dah tawan, aku je belum. Jadi aku rileks dan teruskan kehidupan seperti biasa. On the other notes, last aku mendaki gunung ialah pada tahun 2005. Jadi aku takdelah terasa nak pergi sangat. Cuma kadang-kadang je lah teringat duit aku yang hangus tu. Banyak tu! Kah kah kah.

Escape 3726 mdpl!Where stories live. Discover now