Jam 1 pagi Jamal dah kejut kami bangun tidur. Aku terus bangun dan bersiap. Berdebar juga nak mula mendaki puncak ni. Sebelum tidur tadi sempat juga bertegur sapa dengan satu kumpulan dari Malaysia di sebelah khemah yang baru habis turun dari puncak semalamnya. Dari perkongsian cerita, aku dapat rasakan betapa sukarnya untuk sampai ke puncak Rinjani ni. Betul kata si Jan waktu makan malam di homestay Sembalun, "Rinjani ini begini, bang Wan. Dekat di mata, jauh di kaki..". Tapi sayangnya waktu berbual dengan brader sebelah khemah tu aku dalam keadaan mamai akibat pil selsema yang aku makan sebelum tu. Jadi aku tak berapa nak tangkap segala tips yang dia pesan. Jamal dan porter menyediakan kami makanan dan minuman sebelum berangkat. Kira-kira jam 1.30pagi kami dah mulakan pendakian. Keadaan sangat gelap malam tu sebab kabus terlalu tebal hingga bulan pun tak kelihatan. Yang aku boleh nampak ialah cahaya dari 'headlamp' pada setiap kepala pendaki. Selesai dengan semua kelengkapan dan pakaian, kami pun memulakan pendakian. 15 minit pertama aku masih okay kerana treknya sama je macam dari Sembalun ke Plawangan. Tapi bukan 15 minit selepasnya.....
Permukaan trek langsung tak sama macam sehari yang lepas. Trek Sembalun ke Plawangan adalah tanah yang biasa kita pijak. Walaupun kau cuma melangkah 10 tapak, kau akan berada di 10 tapak dari langkah sebelumnya. Tapi berbeza dengan trek Plawangan ke puncak. Permukaan treknya adalah pasir, pasir dari volcano. Ya, aku sudah sampai ke kawasan permukaan gunung berapi yang sebenar. Memang susah. Kau naik 3 tapak, kau jatuh semula ke tapak pertama. Boleh faham ke tak ni??? Kalau aku mengamuk bagaimana? Kah kah kah. Okay macam ni, kau bayangkan permukaan pasir kasar berbentuk batu halus. Dan kau kena lalu situ sepanjang perjalanan sampailah ke puncak. Kau naik 3 langkah, dan bila kau sampai ke langkah ke-3 kau akan turun semula ke langkah pertama. Sebab pasir kan, bukan tanah. Sebab tu waktu-waktu begini trekking pole di tangan sangat memainkan peranan penting untuk menolak badan kau ke atas sebelum kau jatuh semula ke langkah pertama tadi. Haa, nampak susah dia macam mana? Jadinya untuk bukit pertama yang aku lalui ialah sekitar 90 darjah. Mungkin begitulah darjah ketegakkannya. Masa tu gelap, mana aku nampak apa kecuali headlamp pendaki lain. Aku ambil masa yang lama untuk lepaskan bukit yang satu ni. Satunya sebab susah, dan yang lain sebab terlalu ramai pendaki berebut nak naik ke atas. Jamal juga steady menunggu aku lepas sikit demi sedikit. Langkah demi langkah aku daki, selepas sejam atau sejam lebih sikit baru la aku dapatkan habiskan bukit pertama ni(aku rasalah). Wuuu, masa tu baru aku mula rasa teruja nak sampai puncak. Sebab bila aku habis je bukit pasir pertama ni aku boleh nampak hampir keseluruhan cahaya dari Lombok. Lupa pulak amik gambar cahaya-cahaya yang datang dari segala pelusuk Lombok termasuk kawasan bandar. Rupanya kabus tebal hanya melanda kawasan perkhemahan Plawangan je masa tu. Bahagian atas dah kurang sikit. Bulan juga kelihatan waktu itu. Inilah lebih kurang apa yang aku nampak dan sempat ambil gambar malam tu. Cantik, sangat cantik.
Masa ni lebih kurang jam 2.30 ke 3.00 pagi, entahlah aku dah lupa. Trip ni dah setahun lebih, mana aku boleh ingat semua. Mata aku lebih tertumpu pada cahaya-cahaya headlamp dari pendaki di depan dan yang sudah melepasi aku serta sudah jauh meninggalkan aku. Down juga mental aku sebab nampak lampu tu, jauh lagi ni. Buatnya jumpa bukit pasir macam tadi, jahanam aku. Aku pun teruskan perjalanan sikit demi sikit. Kali ni lebih laju(sikit) berbanding bukit tadi sebab permukaan dan mula rata dan elevation tak setinggi tadi. Cabaran kali ni lebih dasyat sebab aku angin gunung menemani kami semua. Haramjadah punya sejuk walaupun aku pakai fleece yang dua lapis, baju 2 lapis, seluar 2 lapis dan gloves. Kalau time berjalan tu okaylah, panas juga badan. Tapi bila aku penat dan berhenti, badan mula sejuk semula. Senang cerita kalau nak berhenti, tak boleh lebih 5 minit. Body temperature kejap je turun. Jamal banyak kali mengeluh dengan prestasi aku. Aku tak boleh nak cakap apa sebab kesilapan aku juga tak bersedia sungguh-sungguh sebelum pergi. Cuping telinga dah mula sejuk, dalam hati terbayang kalau telinga aku boleh frost bite. Kah kah kah. Banyak tengok wayang aku ni. Tapi sejuk gila woi. Aku rasa waktu dah masuk 12 darjah selsius suhu dia atas tu.
YOU ARE READING
Escape 3726 mdpl!
AdventurePerjalanan solo dari Bali ke Lombok. Eh aku tak tau nak tulis apa lagi ni. Nanti aku edit semula. Sabar la. Aku baru je download binatang ni.