Ngurah Rai, bukan sembarangan orang.

110 1 2
                                    

Perkara pertama yang aku ingat setelah hilang gemuruh menaiki pesawat ialah, rokok aku terlupa beli. Cilaka, banyak-banyak benda rokok juga yang aku ingat. Waktu ni aku ada satu tabiat merokok yang konon-kononnya tak boleh bertukar jenama. Mesti Dunhill. Tapi sebab aku pun tadi kelam kabut kejar pesawat, maka aku berserah je lah. KL-Bali mengambil masa sekitar 3 jam menaiki pesawat. Dan waktu ni baru aku tahu harga makanan di atas pesawat lebih murah dari makan di lapangan terbang. Tau tak tadi aku makan nasi lemak ayam di KLIA 2 berharga RM29.90? Anak babi betul. Menjawablah kau nanti di padang masyhar sana.

3 jam ni takdelah lama mana. Lebih kurang JB-KL je jarak masanya. Tiba-tiba dah nak sampai ke lapangan terbang antarabangsa Bali yang diberi nama Ngurah Rai. Ngurah Rai ni nama pahlawan terbilang tanah Bali suatu masa dulu. Rajin-rajin sikitlah baca sejarah Bali ni. Jangan engko ingat pergi Bali ni nak cari masat je. Turun je dari pesawat aku terus beratur untuk diperiksa paspot. Sambil-sambil tu aku cari juga kalau ada wi-fi. Ternyata Ngurah Rai ni tak menghampakan. Nak beza dengan KLIA 2, line pun macam nak tak nak. Mentang-mentang free. Tapi sekarang aku tak tahulah bagaimana. Aku terus mesej Anne menggunakan aplikasi Whatsapp bertanyaka dia di mana. Rupanya dia dalam perjalanan ke lapangan terbang demi menyambut aku. Mestilah dia tahu aku sampai pukul berapa, dah tiket kapal terbang aku pun dia yang belikan. Aku pun meneruskan perjalanan ke pusat pemeriksaan kastam dan ternyata semua mudah kalau nak dibandingkan dengan negara sendiri. Selesai je kastam, aku terus ke bahagian luar. Dari jauh aku terdengar suara Anne panggil aku. Mukanya sama seperti profile picture yang digunakan di laman Facebooknya. Orangnya agak kecil dan kelihatan fit. Yelah, aktiviti lasak ni dah memang makanan dia, mestilah fit berbanding aku yang gemuk ni. Suaranya pun sama seperti dalam telefon waktu aku hubungi dia dulu waktu menguruskan segala persiapan sebelum berlepas. Jadi mudahlah kerja aku nak mengecam orangnya yang mana satu. Aku diperkenalkan kepada pemandu pelancong kami atau bahasa Indonesianya ialah "supir" bernama Dani. Permintaan pertama aku kepada Dani ni semestinya kedai yang menjual rokok dan sim card. Dani pun membawa kami keluar dari lapangan terbang dan pergi ke destinasi seterusnya.

Oh ya, di Bali ni aku kira macam ambil pakej jugalah. Bukan betul-betul backpacking semua aku cari sendiri satu persatu. Agak mahal(pada aku yang tengah budget), tapi berbaloi sebab aku tak punya banyak masa di Bali. Kira-kira aku ada 2 hari 2 malam saja di sana sebab aku sampai pun dah maghrib. Anne sampai lebih awal dari aku, jadi sementara tunggu aku sampai tu dia sempat horse riding dulu. Semuanya dah susun rapi oleh Dani untuk bawa kemana yang kami mahu pergi berpandukan rancangan yang kami beri. Semestinya pakej kami ni lebih kepada sesuatu yang mencabar. Tempat pertama yang Dani bawa aku setelah selesai urusan beli rokok dan sim card ialah Pantai Jimbaran. Takde mende pun sini. Makan tepi laut je. Cuma sebab pakej kami tu dah siap dengan makanan, jadi kami makan je lah. Sambil-sambil tu aku dan Anne mulakan sesi suai-kenal dan bentang rancangan tentang seluruh program kami. Setelah makan, kami pun pulang ke hotel dan berehat sebentar.

Aku diberitahu oleh Dani jam 3 pagi(WIB) kami kena bersiap dan terus bergerak. Sebab destinasi seterusnya agak jauh dari tempat aku tinggal. Oh ya, aku tinggal di Kuta. Tempat di mana ramai mat saleh berpesta macam tak ingat kiamat. Tu je kawasan paling relevan untuk aku tinggal sebab dia ada kat tengah-tengah Bali dan dan paling dekat dengan lapangan terbang. Malam tu pulak aku susah tidur. Entah jet lag ke mende aku pun tak pasti. Mengada-ngada betul. Aku keluar sekejap seorang diri tanpa beritau Anne. Malas aku nak ketuk pintu bilik dia. Aku jalan sorang-sorang melihat scene sana apa yang ada. Ternyata kebanyakan dari mereka sangat peramah dan boleh cam kau ni dari mana. Ye lah, kawasan pelancongan kan. Rugilah kalau diorang sombong dengan pelancong. Dalam banyak-banyak kedai yang ada, aku dengan selamba masuk satu kedai menjual baju dan ajak mereka berbual. Kebanyakan dari baju-baju tu mereka cetak sendiri menggunakan teknik silk-screen. Kami berbual itu ini dari scene baju hinggalah ke scene militan. Terkedu juga mereka bila aku buka cerita militan ni. Walaupun kes Bom Bali tu dah lama berlalu, ternyata mereka masih belum boleh melupakan apa yang telah terjadi. Mayat bergelimpangan, bangunan dan kenderaan hancur, semua orang ketakutan, siapa aja boleh lupain dong? Sekitar jam 12 aku mula masuk bilik semula. Kali ni aku terpaksa telan pil selsema hanya kerana untuk tidur. Haa ni skill aku dulu-dulu. Kalau susah sangat nak tidur, makan pil selsema. Pil selsema ni boleh buat mengantuk. Tapi jangan amalkan la. Nanti aku cerita kenapa. Sekarang ni aku dah tak buat lagi dah.

Escape 3726 mdpl!Where stories live. Discover now