Kami check out tengahari dan bergegas ke jeti untuk mengambil bot penumpang dan kembali ke Bangsal. Rencananya hari ini adalah hari terakhir Wan bersama kami, kerana Wan hanya ambil pakej kurang hari berbanding aku dan Anne. Dari Bangsal kami di bawa ke Lapangan Terbang antarabangsa Lombok atau dipanggil Bandara(bandar udara) Lombok. Wan akan terus ke kota Jakarta untuk membawa pulang semua barang-barang yang ditinggalkan di sana untuk pulang ke Malaysia. Hanya tinggal aku dan Anne yang masih menetap di sini selama 2 hari lagi. Kami pun terus dibawa ke hotel yang terletak bandar Mataram. Hotel apa pun aku tak ingat namanya. Aku tertidur sewaktu perjalanan dari Bangsal ke Mataram(tak, sebenarnya hampir keseluruhan aku lebih gemar tidur dalam perjalanan), jadi aku tak ingat berapa lama masa yang diambil ke sana. Sampai je terus check in hotel. Ketika itu, Juan atau bos bagi Jan dan Jamal pula menyambut kami. Kalau ikut rencana asal, Juan ni lah yang patut uruskan segala urusan kami sepanjang berada di Lombok. Tapi malangnya, Juan pula menghidap demam Malaria waktu itu. Jadi sebagai tanda penghargaan, Juan sendiri yang akan host kami serba sedikit mengikut kemampuan tubuh badan yang ada untuk berjalan-jalan di bandar Mataram ini. Mataram ialah ibu kota bagi Lombok. Pesat dengan pembangunan, kesesakan lalu lintas(tapi bukan tahap macet ya), ada banyak kedai-kedai yang menjual peralatan aktiviti sukan lasak. Apa yang menarik di Mataram ini ialah kedai sukan lasaknya. Seperti di kebanyakan negeri-negeri lain di Indonesia, mereka lebih gemar mempromosi atau menjual produk negara sendiri berbanding produk luar negara. Ini adalah sesuatu yang luar biasa. Terus aku terfikir, kalau kita tak sokong produk tempatan, macam mana produk nak laku? Jadi bukan pembeli je main peranan ni, penjual juga harus memainkan peranan penting dalam mempromosikan jualan produk tempatan. Aku tak pasti dengan pendapatan orang lain, mungkin kau lebih gemar dengan produk yang sudah memang established dari luar negara. Tapi pada aku, kalau produk tempatan itu sudah menepati citarasa aku sendiri, tak salah untuk aku cuba beli dan pakai. Aku singgah di beberapa kedai outdoor lokal yang terdapat di sana. Antara yang aku ingat ialah dari jenama Eiger dan Consina. Kalau ikutkan nama, aku lebih gemar dengan nama Consina. Jadi aku pun beli drybag dengan muatan 20 liter. Harga pun murah, hanya sekitar RM25. Waktu ni brand yang famous di Malaysia ialah Hyper Gear. Aku rasa Hyper Gear pun tak semurah ini kalau ikut dari segi muatannya. Lagipun aku sudah mula perasan aku perlukan dry bag ni sewaktu aku white water rafting di Bali tempohari. Ada sesetengah tempat tu lebih baik aku bawa drybag sebagai langkah berjaga-jaga dari terkena air. Dah la aku ni seorang mat gajet yang selalu bawa kamera dan handphone selalunya.
Kami juga dibawa hampir keseluruhan bandar Mataram. Tapi akibat Juan yang tak berapa sihat, kami semua buat keputusan untuk balik rehat di hotel sahaja. Aku tanya juga Anne kalau-kalau dia ada apa-apa rencana untuk malam ini, ternyata dia hanya mahu duduk di bilik. Selepas maghrib, aku dah mula hambar duduk di bilik. Apa je aku boleh buat selain dari buka Twitter dan mesej makwe? Perut pun dah lapar, tapi aku tak tahu kat mana kedai makan yang ada. Siang tadi waktu berjalan dengan Juan, tak pula aku nampak sebarang kedai makan yang berhampiran hotel. Jadi aku buat keputusan untuk telefon Jan.
"Ada mana, Jan?"
"Ada di rumah lagi, bang. Kenapa?"
"Aku laparlah, Jan. Tak tahu nak cari makan di mana.."
"Okay, abang tunggu di hotel. Sekejap lagi aku datang ke sana. Kak Anne ikut sekali, kan?"
"Aku rasa dia nak berehat. Takpelah, kita pergi berdua dah la.."
"Siap, bang"
Tutur kata Jan ni mirip orang Malaysia. Mungkin dah terbiasa berbual dengan pelanggan yang rata-rata kebanyakan datang dari Malaysia. Tak lama selepas itu, Jan pun sampai dengan keretanya. Bila aku sampai, rupanya ada anak dan isterinya di dalam.
"Maaf, bang. Jan bawa isteri dan anak sekali ni. Bisa ya?" tanya Jan.
"Oh, ga papa Jan. Bisa ajaaa." Balas aku.Aku dibawa ke sebuah restoran yang ada jual mee ayam dan bakso. Sebenarnya waktu aku berada di tahap lapar berat. Mungkin aku akan makan banyak atau aku terpaksa mencederakan seseorang hari ini. Mula-mula aku pesan mee ayam, habis je semangkuk aku pesan lagi bakso pula. Memang lapar betul aku ni. Wahai perempuan, jangan dibiar seorang lelaki itu lapar. Kalau dia tak dapat makanan, mungkin pertumpahan darah akan berlaku nanti. Kah kah kah. Usai makan, kami pun bergerak ke tempat lain. Sambil pusing-pusing Jan banyak bercerita tentang bandar Mataram, di mana anak-anak muda selalu berkumpul, di mana attraction places, sedikit sejarah tentang Lombok. Eh menarik juga aktiviti malam ni. Pusing punya pusing, tiba-tiba sampai satu tempat yang agak jauh dari bandar. Senggigi atau kawasan pantai peranginan yang hampir dengan Mataram. Sekitarnya sudah dipenuhi dengan resort-resort mahal seperti Shangri la, Sheraton dan sebagainya. Senang cerita Senggigi ni macam Stulang, Desaru, Pearl Harbor atau ikut suka kau la nak bayangkan apa. Aku bukan suka sangat masuk campur hal fikiran orang ni. Di sini isteri Jan belanja aku minum kopi dan lepak bersama keluarganya semua. Anaknya juga dibawa bersama. Banyak juga benda-benda deep yang kami berbual sampai tak perasan jam dah nak masuk tengah malam. Jadi kami pun beransur pulang ke hotel.
YOU ARE READING
Escape 3726 mdpl!
AdventurePerjalanan solo dari Bali ke Lombok. Eh aku tak tau nak tulis apa lagi ni. Nanti aku edit semula. Sabar la. Aku baru je download binatang ni.