L13

449 54 3
                                    

Dengan itu Dino terus membuka buku yang dipegangnya dari tadi. Hyung-hyung mengelilingi Dino tanpa banyak Soal.

Dino: The Kwon Family :1875...

Dino point of view<POV>

The Kwon family tahun 1875 write by Kwon Wenhee.

Seperti hari-hari biasa di sebuah kota Kecil di Korea,  penduduknya akan keluar mencari rezeki. Ada yang bercucuk tanam, menangkap ikan, mengait pakaian dan bermacam-macam lagi.

Pagi itu Kwon WenHee bergegas keluar apabila terdengar bunyi bisik dari arah ladangnya berdekatan dengan hutan. Dari jauh kelihatan orang ramai berkumpul dihujung ladang.  Seingatnya disitu ada sebuah telaga.

"JI HAE!! JI HAE!!" nama isteri tercinta kedengaran lantang dari jauh lagi. Orang ramai yang berada disekeliling memasang mata melihat sekujur tubuh diatas tanah.

WenHee apabila mendengar nama isterinya disebut-sebut terus mempercepatkan gerakan. Inikan sebabnya isterinya hilang sejak semalam?

WenHee terus menolak orang ramai untuk melihat isternya.  Kwon Ji hae sedang terbaring lemah diatas tanah berbantalkan riba seorang lelaki tua. Mukanya kelihatan pucat sahaja.

WenHee terus mendapatkan Isterinya.  Tangan isterinya yang sudah sejuk dipegang erat.

"Ji hae!! Ji hae!! " dia menjerit lantang. Sepasang mata milik orang tersayang perlahan-lahan terbuka.  Memang dia belum mati hanya lemah.

WenHee terus mengangkat isterinya masuk kerumah.  Orang tua tadi iaitu appa nya terus memanggil doktor untuk merawat menantunya itu.

************

Kaki WenHee tidak berhenti mundar-mandir sementara isterinya diperiksa didalam bilik.  Appanya sudah penat menasihatinya supaya bersabar.

Kedengaran pintu kamar dibuka. Doktor itu keluar dan mendekati WenHee. "Dia tak apa-apa cuma keletihan"

Dengan itu doktor itu berlalu pergi. Wenhee terus menerpa isteri tercinta.

"Ji hae kamu tak apa-apa? " WenHee bertanya lalu duduk dibirai katil bersebelahan isterinya.

"Oppa..  Ji hae ok.. " Ji hae tersenyum lemah.  Matanya memandang tepat ke mata Wenhee.

"Ji hae kenapa? Macam mana boleh jadi macam ni? "

"Aniyo..  Ji hae..  Pun tak tahu.. Ji hae nak rehat kejap oppa" kelopak mata ji hae terus tertutup rapat. WenHee menyelimutkan isterinya dan berlalu pergi.

***************

"Appa kenapa sebenarnya dengan Ji Hae? " WenHee duduk disebelah Appanya diruang tamu.  Appanya tersenyum dan memandang langit yang membiru melalui pintu yang terbuka luas.

"Hari nak hujan.. "

"Appa! "

"Nae.. Appa jumpa Ji Hae sebelah telaga tu. Appa nampak dia merangkak keluar dari telanga tu. Badan dia basah. Mungkin dia terjatuh" setelah mendengar kata-kata yang dilontar oleh Appanya itu,  wajah WenHee berkerut.

"Dia jatuh dalam telaga tu?  Mustahil.. Dinding telaga tu tinggi bukan rendah..  Macam mana dia boleh jatuh dalam tu?" appanya hanya mampu tersenyum dan mengeluh sedikit.
"Tiada yang mustahil dalam dunia ni... Lagi-lagi kalau bertemu dengan alam lain" appanya berlalu pergi meninggalkan WenHee seorang diri tanpa bicara.

"Apa maksud appa alam lain? "
Sedang WenHee berfikir, kelibat isterinya muncul dibalik pintu. Bukankah isterinya sedang tidur tadi?

*************

Keesokan pagi nya,  WenHee bangun awal untuk menyiapkan sarapan yang lazat untuk isterinya. Selepas mandi dia terus ke dapur. Baru sahaja dia ingin menjerang air, hidung nya menangkap satu bau yang lazat.

Dia mencari bau itu dan menemui sarapan yang memenuhi meja makan. WenHee kehairanan namun dibiarkan sahaja.

Dia terus mengangkay beberapa keping roti dan segelas air untuk isterinya didalam bilik.  Pintu bilik itu ditolak perlahan, takut isterinya itu tersedar dari mimpi.

"Ji hae ya~"wenhee menarik selimut yang dibalut dibadan isterinya. Namun dia terkejut apabila isterinya tiada disitu. Dia panik dan terus keluar dari rumahnya.

Kehulu-kehilir dia mencari kelibat isterinya. Sehinggalah dia ternampak satu susuk yang amat dikenali berdiri ditepi telaga ladangnya.

"Jagi buat apa kat sini? Jom masuk" WenHee memelui badan Ji Hae dari belakang. Terasa Isterinya tidak memberi sebarang respon,  dia melihat muka Ji Hae. Muka Ji Hae tidak menunjukkan sebarang perasaan. Matanya memandang kedalam telaga.

Sejak itu WenHee berasa ada sesuatu yang pelik tentang diri isterinya seorang itu. Setiap pagi dia akan ke ladang dan memandang telaga itu hingga tengah hari. Petang mula sering kali kedengaran nyanyian merdu dari mulut Ji Hae. Setiap malam pula Ji Hae akan menyisir rambutnya didepan jendela yang menghadapan ladang.

Bukan itu sahaja. Pagi-pagi lagi sarapan akan terhidang tanpa tiada sesiapa tahu siapa yang memasaknya. Pakaian-pakaian sudah siap dibasuh dan dijemur. Persekitaran rumah kelihatan selalu bersih walaupun tiada siapa yang menjaga.

Setelah 2bulan isterinya disahkan mengandung.Dan selama itu perangai isterinya semakin aneh. Terpaksalah WennHee mengabaikannya sahaja.

***************

Saat di mana Ji Hae sarat mengandung tiba-tiba WenHee dipanggil oleh isterinya itu dikamar.

"Oppa~ Ji Hae nak oppa jaga baik-baik anak kita ni.. Jangan bagi sapa-sapa sakitkan dia.. Ji Hae dah buat banyak perkara untuk dapatkan dia.. " senyuman manis terukir. Ji hae mengucup lembut WenHee.  Setelah sekian lama, ini lah kali pertama isterinya tersenyum. Senyuman yang amat dirindui.

Dua hari kemudian, anak pertama keluarga Kwon selamat dilahirkan. Seorang anak lelaki.
WenHee tidak puas memandang anaknya yang mirip isterinya itu.

Setelah semuanya selesai, WenHee tidak dapat mencari isterinya. Anaknya itu sekarang sedang tidur.

Seperti sudah tahu keberadaan Ji Hae, WenHee terus melangkah seribu ke ladangnya.  Hampir tercabut nyawanya apabila melihat Ji Hae berdiri didinding telaga.

"JI HAE!!  TURUN!!  JANGAN TERJUN!!"  ji hae berpaling kearahnya dan tersenyum.

"Mianhae.. Tapi untuk dapatkan dia.. Ji hae dah buat banyak perkara. .. Jangan pernah sebut nama dia.. Dan dia akan selamat..  Saranghae.. " Ji Hae terjun. Kaki Wenhee terjatuh keatas tanah. Melihatnya membuatkan jantung WenHee berhenti bergerak.

****************

Sejak itu baru lah WenHee tahu. Sebelum ini Ji Hae telah berjumpa satu roh dan meminta untuk memberikannya zuriat dengan balasan nyawa. Orang-orang lama kampung itu pernah berkata yang roh itu sangat mirip dengan Ji Hae. Namanya Teresa. Ataupun Kwon Teresa. Makhluk yang selama inu menjaga rumah itu.

WenHee tidak pernah menyebut nama itu supaya anaknya selamat. Tanpa diketahuina anaknya seorang itu sering kali menyebut nama Kwon Teresa. Dari nama dia tahu?  Kwon Teresa lah yang memberitahunya. Dia memang mendampingi anak kecil itu dari dulu lagi.

Sejak anak itu menikah, isterinya akan mendapat zuriat yang ramai. Dan keturuanannya semua begitu.  Namun seorang sahaja yang akan hidup.  Yang lain mati dibunuh hilang atau sakit. Kenapa? Sebab dulu hanya diminta satu zuriat. Yang lain harus mati.  KWON TERESA

The end

Dino POV off

******************
Dah lama author tak update kan?  Hee author sibuk lah.. Buat kerja kursus sikit~ mian eh semua... .

[C]LoveYaLikeALoveWhere stories live. Discover now