Bab 1

121 0 0
                                    

IRINA terkedek-kedek melintasi jalan dengan kasut tumit tinggi warna merah terang, sesuai dengan warna baju yang dipakainya. Memang kelas!kalau ada lembu tengah-tengah bandar itu, sah-sah dialah orang pertama yang dikejar. Huh!  Vogue mengalahkan artis!

Sedang Irina melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur laju melintasinya. Dengan tidak sengaja kereta itu melanggar lopak air lalu tidak semena-mena bajunya basah dek air yang terpercik. Dia memejamkan mata dengan mulut yang terlopong saat air lecah itu terkena wajahnya. "Kurang ajar punya kereta!"
     
Dia mengetap bibir,geram.

Matanya cepat-cepat dibuka untuk mengenal pasti gerangan yang membuat onar padanya. Namun, dia hanya sempat melihat kereta sport berwarna pink yang comot dengan contengan yang entah apa-apa itu. Walaupun tidak sempat melihat nombor plat kereta itu  tapi dia cam kereta itu sebab kereta itu satu-satunya kereta paling buruk yang pernah dia jumpa! Mesti tuannya pun berhati buruk!
      
Rambut ikal mayang paras dada dihidunya."Eeee! Busuknya!!"
Bergegar satu Pekan Ranau itu mendengar teriakan Irina yang menggila itu.
      
         
Langkah kaki diatur perlahan.Irina berkira-kira sama ada mahu masuk ataupun tidak. Memang inilah alamatnya. Tapi takkan dia nak masuk dalam keadaan dia yang selekeh macam ini?Malulah dia!

Tiba-tiba pintu rumah teres setingkat itu dikuak dari dalam. Muncul seorang wanita yang bertuala atas kepalanya. "Eh, adik ni Irina yang call akak semalam, kan?"

Perlahan dia menapak ke pagar dengan senyuman yang terukir manis dibibirnya.

 Irina senyum kelat. Aduh! Bila masa pula dia keluar? Malunya aku! Dahlah aku tengah busuk sekarang, bisik hatinya.

"Masuklah. Jangan segan-segan. Kita berdua aje yang tinggal dekat sini," pelawa wanita itu. Seketika pagar yang seakan-akan hendak luruh itu dibuka seluas-luasnya.

"Ye ke? Bukan ke ada dua orang lagi?" Irina kehairanan. Rasanya dia diberitahu ada tiga orang yang menyewa disini. Silap rumahkah?.

"Yang seorang dah dua minggu pindah sebab kena posting ke Terengganu. Yang seorang lagi kahwin. Duduk dengan suami dia. Masuklah."

Irina mengangguk. Lega hatinya. Tidak perlulah dia ke sana ke mari hanya untuk mencari rumah sewa yang sudah pun dia booking. Bukan sekadar itu, wang pendahuluan juga sudah dibank-in ke dalam account pemilik rumah sewa tersebut. Kalau tidak, rugilah dia. Dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah yang berpagar itu. "Tak ada jodoh agaknya nak berjumpa diaorang."

"Eh, kenapa baju adik ni? Dengan rambut ni?" Wanita itu baru tersedar akan penampilan Irina yang kotor itu.

Gulp! Mana lah sia mo letak muka ni!. Irina malu sendiri. Dia mengangkat wajahnya. "Err..tadi ada orang langgar lecah dan kena.."

"La.....ye ke?" Potong khatijah menggeleng kepalanya seketika. "Hmmm...tak apalah. pergilah masuk mandi, lepas tu kita makan. Akak dah masak dah. Special untuk sambut orang baru dalam rumah ni."

Irina menurut. Dan mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah sambil menjinjit beg-beg pakaian Irina.

       

"Akak mengajar subjek apa eh?" tanya Irina sebaik sahaja selesai menyeterika bajunya.

Khatijah yang sedang memeriksa buku-buku sekolah pelajar, merenung Irina. "Akak mengajar subjek account."

Kemudian dia menyambung semula kerjanya.

Irina mengangguk. "oh, kiranya akak mengajar tingkatan enpat dan ke ataslah?"

Siapa Kata Tak Sudi? Sudi Laaa! ( On Write)Where stories live. Discover now