Bab 2

72 0 0
                                    

"Eh, akak!" Irina terkejut tatkala terlihat khatijah di sebelah meja kerjanya.

Sungguh tidak disangka-sangka mereka berdua di tempatkan bersebelahan di dalam bilik guru itu.

Peluang untuk mereka bergosip tersangatlah cerah. sekurang-kurangnya masa dia tidak mengajar, tidak adalah Irina tercongok aje.

"Hah! Rina. Macam mana? Semua okay?" tanya khatijah.

"Alhamdulilah, semuanya okay. Senior ada. Jadi taklah susah sangat. Hmmm....tak sangka pulak meja kita bersebelahan aje."

"Akak memang dah sangka dah. Meja Rina ni sebenarnya meja bekas housemate akak. Laila yang kena posting ke Terengganu tu."

Irina mengganguk faham. "Cikgu kat sini semua baik-baik, kan?"

"Tak semuanya cikgu-cikgu dekat sini macam yang rina tengok. Ramai yang manis mulut aje. Ada yang bergaduh berebutkan seorang cikgu lelaki. Hensem orangnya," bisik khatijah.

Irina tertarik mendengar gosip itu. "Ada tak yang sampai tarik-tarik rambut?"

"Huisyh...itu dah tahap kritikal. Setakat ni,btak ada lagilah kes-kes macam tu. Tapi kalau ada, rasanya cikgu tu kena gantung kerjalah kut. Sebab guru ni bukan aje berperanan sebagai pendidik tapi kelakuan kita perlu dijaga sebagai teladan dan ikutan pelajar."

Irina mengganguk. Lonceng kedengaran apabila tiba masanya.

"Okaylah, Rina. Kejap lagi kita sambung borak, eh? Akak ada kelas. Rina tak ada kelas ke hari ni? Akak tengok relix aje."

"Ada. Pukul sebelas, lepas rehat."

"Tak apalah kalau macam itu. Kita jumpa waktu rehat di kantin. Rina tunggu akak dekat sana. Lepas kelas sepantas kilat akak akan ke sana."

"Okay, see you there." Tutur Irina sambil mengangkat tabik. Pemergian Khatijah disoroti dengan ekor matanya.

"SIR, cikgu BM dah datang," beritahu Man, salah seorang pelajar kelas 4 sains1.

Airil Kim masih memberi arahan kepada pelajarnya untuk menceriakan kelas itu. Dia memang berbakat dalam bidang seni hingga kereta sportnya menjadi mangsa seni lukisnya. Walaupun, tidak bersesuaian dengan kariernya sebagai guru, tetapi hasil contengan itulah yang menggambarkan daya kreativiti Airil dalam bidang seni melukis. Dan sepanjang tempoh dia bergelar guru, kelas-kelas yang dipegangnya menjadi juara setiap minggu bagi kategori kecerian kelas yang dipertandingankan.

Airil juga cukup tegas dan agak cerewet menghias dan memastikan kelas-kelasnya bersih. Baginya, kebersihan bukan setakat menggambarkan sifat keperibadian, malah suasana ceria dan bersih itu dapat memberikan inspirasi dan membuka minda para pelajar untuk belajar. Jadi, senang dan lebih berkatlah ilmu yang diterima nanti.

Irina masih menanti di koridor kelas. Sambil itu, dia memerhati setiap sudut kawasan sekolah ini. Pandangan dari atas menampakkan suasana kehijauan di bawah. Warna bunga yang berbagai-bagai itu berselang-seli dengan kehijauan warna daun sungguh cantik!

"Okey, class. Tomorrow, don't forget to bring window wiper'" pesan Airil sebelum berkemas untuk berangkat keluar dari kelas itu.

"Okay, sir." Semua menjawab dengan tenang.

"Kerana ini semua untuk sir...untuk sir .. kerna ini semua untuk sir..untuk sir."

Ada-ada aje fill Zamri menyakat guru bahasa Inggerisnya dengan menyanyikan lagu untukmu nyanyian Ila Damia, dalam versinya tersendiri. Nasib baik Airil ni sporting orangnya. Kalau tidak, memang kena gantung sekolahlah dia.

Siapa Kata Tak Sudi? Sudi Laaa! ( On Write)Where stories live. Discover now