Bab 7

50 1 0
                                    

PAGI  itu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah kicauan burung yang beterbangan. Dia memerhatikan keindahan halaman sekolah itu dari tingkat dua. Udara pagi yang nyaman lagi segar disedut perlahan.

Langkah kaki diatur untuk mengawasi pelajar yang sedang menghadap kertas ujian Matematik Tambahan. Dari luar koridor, dia masuk ke dalam  kelas 4 sains1 melalui pintu belakang dan...

"Man! Zamri! Saya dah letak awak jauh-jauh pun awak masih lagi meniru?" Irina bercekak pinggang.

"Mana ada kami meniru Cikgu!" nafi Zamri.

"Habis tu, kalau bukan meniru... apa tu?" soal Irina, garang.

"Kami berinteraksi melalui isyarat tangan aje Cikgu," celah  Man mempertahankan dia dan sahabat karibnya itu.

"Hah! Itu dikira meniru jugak, tau. Dalam peperiksaan besar nanti awak tak boleh nak berinteraksi dengan kawan-kawan awak melalui apa cara sekalipun. Baik isyarat tangan, isyarat mulut, isyarat hidung,  isyarat mata, semua tak boleh! Awak akan dianggap meniru."

Zamri berdicet. "Itu peperiksaan besar. Tapi ni kan ujian kecil aje. Pakat halallah Cikgu."

"Tahun depan awak SPM. Latihlah diri dari sekarang supaya awak biasa dengan semua ni. Jadi tahun depan awak akan dapat jawab soalan SPM nanti dengan mudah dan yakin."

"Lapor aje pada pengetua! Baru pada muka dia orang," cadang Yana. Namun, mata dan tangan masih fokus pada kertas ujiannya.

"Woi menyampuk aje kerja kau!" marah Zamri.

Yana buat derk.

"Entah kau ni. Diam-diam sudahlah. Karang cikgu betul-betul kasi tau pengetua, aku akan  pastikan kau makan ikut telinga nanti," ugut Man. Padahal dia menakut-nakutkan Yana aje.

Yana sudah lali dengan ancaman Man yang tak berapa nak di'tepati' sangat itu.

Irina mengganguk dengan senyuman. "Bagus idea awak, Yana. Nanti saya belanja awak minum di kafetaria."

Yana bersandar pada kerusi. "Saya ni hanya berikan cadangan aje. Tapi kalau dah Cikgu nak belanja, saya terpaksa reda dan mengikhlaskannya."

"Saya pun nak jugak, cikgu!" Man kalut suara.

"Awak berdua dahlah meniru. Lepas itu tak malu pulak nak join Yana," bebel Irina.

"La..dah bagitau dah kami tak meniru," temberang Zamri. Dia mati-mati meyakinkan guru bahasa Melayunya itu.

Irina menggeleng. "Takde! Awak tetap dikira meniru. Nanti saya report pada pengetua dan guru subjek Add Maths awak tu."

"Cikgu janganlah buat kita orang macam ni. Tadi Zamri tanya saya pukul berapa," beritahu Man. Dia menoleh kepada Zamri dengan riak marah. "Ni kau punya pasallah ni, Zamri. Aku pulak yang kena."

Zamri mencerlung memandang Man. Mana tidaknya, ' kontrak janji setia' antara mereka berdua sudah dipaterikan. Sekarang Man pula berdalih dari perjanjian dan menyalahkan Zamri bagi mempertahankan dirinya. "Kau ni, Man. Tadi kau tanya aku soalan nombor lima, kan?  Siap mulut kau terherot ke kiri ke kanan lagi kut."

Man mengangkat telunjuknya ke mulut. "Syyyyy! Diamlah."

"Stail buat kerja selalu kantoi!" Ejek Fairuz. Sengaja  dituturnya kuat bagi menambahkan api kemarahan Man dan Zamri.

Irina mengecilkan mata memandang dua orang pelajar kesayangannya itu. Sudah dia agak bahawa Man dan Zamri memang ada 'agenda'. "Zamri! Man! Awak dah ditangkap kerana meniru. Saya akan laporkan pada guru kelas, guru subjek Add Maths dan pengetua."

Siapa Kata Tak Sudi? Sudi Laaa! ( On Write)Where stories live. Discover now