Bab 10

42 1 0
                                    

KEDUA-DUA wajah di hadapannya di pandang bengis silih berganti. Hatinya panas saat ini. Bahkan, lebih panas daripada melahap dua puluh biji buah durian.

"Awak berdua ni memang nak kena dengan saya, kan?"

Mereka bertiga kini menjadi tontonan seluruh isi kelas itu.

Man dan Zamri sekadar menunduk tatkala dimarahi oleh guru 'psiko'mereka. Siapa lagi kalau bukan Irina!

"Saya tak teragak-agak jumpa dengan pengetua, guru kelas awak, mahupun guru disiplin. Bahkan, saya akan bagitau bapak awak," ugut Irina.

"Jangan cikgu!" Kata Man dan Zamri serentak.

"Habis tu, kenapa meniru?" tanya Irina.

"Kami tak meniru! Kami kongsi jawapan aje," beritahu Man.

"Betul tu cikgu. Macam yang sir Airil cakap. Sharing is caring," tokok Zamri pula.

"Banyaklah awak berdua punya sharing is caring." Irina melenting. "Tak pernah termaktub lagi dalam peraturan peperiksaan dari mana-mana negara sekalipun yang calon dibenarkan berkongsi jawapan atas prinsip sharing is caring."

"Tapi selalunya cikgu, kita kena banyak berkongsi supaya dimurahkan reziki," seloroh Man.

"Kalau macam tu, bila awak kahwin nanti awak kongsikanlah isteri awak pada Zamri. Murah sikit reziki awak nanti," balas Irina.

"Huisyhh...mana boleh macam itu cikgu. Haram!" Man berfatwa pula.

"Tahu pun haram! Meniru lagi haram, tau tak?" tegas Irina. "Sebagai hukuman, saya akan bagitau bapak awak berdua. Dan saya akan key-in markah BM awak kosong dalam web sistem Analisis Peperiksaan sekolah."

Man dan Zamri terlopong dan saling berpandangan sesama sendiri.

"Mana boleh macam tu cikgu. Sekurang-kurangnya bagilah kita lulus." Man cuba berkompromi.

"Awak berdua main kotor, lepas tu lulus pulak ye?" Perli Irina.

"Cikgu, rumusan saya yang buat.." beritahu Man.

"Sungguh, cikgu! Karangan bahagian A saya yang buat. Sekurang-kurangnya kami berdua, ada effort sendiri. Jadi saya rasa tak adil kalau cikgu bagi 'telur ayam'pada kami berdua,"  tambah Zamri pula.

Krenggggg.....

"Hah, tu loceng dah bunyi. Masa BM dah habis." Irina bangun dan berkemas untuk keluar dari kelas.

Man dan Zamri saling berpandangan buat sekian kalinya.

"Okey, kelas! Siapkan pembetulan dalam buku karangan bahagian A. Dan tampalkan buku yang sama," pesan Irina.

"Baik cikgu!" Mereka menyahut tanpa bantahan.

Kecuali Man dan Zamri!

Irina mula melangkah menyebabkan Man dan Zamri menggelupur tidak tentu arah.

"Terima kasih kelas."

"Terima..kasih.. cikgu."

"Cikgu!" Man dan Zamri bergegas mendapatkan Irina.

"Cikgu, kami tak mau 'telur ayam'. Sekurang-kurangnya bagilah kami peluang cikgu."

"Peluang apa lagi?"

"Ulang balik ujian ke?" Teragak-agak Man mengusulkan cadangan.

"Hmmmm..." Irina berfikir sejenak.

"Sir Airil dah sampai!" Sengaja Yana bersuara agak kuat kerana mahu melihat reaksi guru bahasa Melayunya itu.

Irina yang mendengar nama lelaki itu disebut terus memandang ke luar bilik darjah. Ya! The pinky one itu ada di sebalik pintu. Panas betul hati Irina. "Man, Zamri! Kita bincang di bilik guru."

Siapa Kata Tak Sudi? Sudi Laaa! ( On Write)Where stories live. Discover now