Bab 11

39 2 0
                                    

Di atas tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di atas tu...itulah Airil Kim hensem kan?(pinjam picture LEE MIN HO dulu) hehehe......

itulah Airil Kim hensem kan?(pinjam picture LEE MIN HO dulu) hehehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

And tu pula IRINA NISYA (pinjam picture JONG HE MIN) hehehe. Sorry eh korang baru kenalkan AIRIL KIM dan IRINA NISYA dalam watak cerita ni pula.macam mana padan tak dorang ni?

"OKEYLAH, kak. Nanti kita sambung berbual lagi. Rina ada kelas sekarang." Irina berdiri sambil berkemas sebelum berangkat.

"Ha, yelah!"

"Cikgu Irina!"

Serentak Irina dan Khatijah serta guru di situ menoleh ke arah pemanggil berkenaan.

Apa keslah budak-budak dua orang ni terpekik terlolong? Malu aku! Desis hati Irina.

"Syyyy!!!" tegur salah seorang guru di dalam bilik guru itu.

Khatijah menggelengkan kepalanya. Sudah 'masak' dengan perangai Man dan Zamri. Nak-nak kalau Yana dan Fairuz ada sekali. Bertambah huru-haralah keadaan.

"Awak berdua ni kenapa? Suka buat kecoh la," keluhnya.

"Kami dua ni datang ada hajat," kata Zamri.

"Lupa pulak saya!"Irina tepuk dahi. Wajah Man dan Zamri di pandang silih berganti dengan serba salah. "Tapi sekarang saya ada kelaslah."

"Habis, macam mana cikgu? Kita orang free sekarang ajelah. Lepas ni kita orang ada subjek teras pulak," beritahu Man bernada hampa.

"Awak masa P&P apa sekarang?"

"Sivik direct dengan PJ. Kira tiga masa kita orang free," temberang Man. Walaupun kedengaran jujur, walhal diorang ponteng waktu P&P Kimia dan Matematik Moden kerana tak siap kerja sekolah!

"Tapi sekarang saya ada kelas. Macam mana ek?" Irina berfikir sejenak, cuba mencari idea.

"Ala Cikgu.." muka sedih dipamerkan oleh Zamri.

"Habis tu, macam mana Cikgu?" tanya Man pula.

"Padan muka! Masa meniru tak ingat dunia. Sekarang dah jadi macam ni baru terhegeh-hegeh," kata Khatijah tiba-tiba.

Siapa Kata Tak Sudi? Sudi Laaa! ( On Write)Where stories live. Discover now