Bab 5

50 0 0
                                    

DARI kejauhan dia mengetap bibir sambil menggenggam penumbuk bila sepasang mata ternampak kereta 'gengster' tahap tak boleh blah itu! Bukannya dia benci sangat pada kereta itu. Tetapi apabila terpandang kereta itu, ingatan segera terpalit pada Airil yang bermulut haprak itu. Apatah lagi mengenangkan empunya kereta itulah yang sengaja melanggar lopak sehingga air lecahnya mengotori baju kedevasnya. Makin bengkaklah hati Irina dibuatnya!

Irina mendekati kereta itu apabila akalnya tiba-tiba mendapat idea jahat. Nak kata strategi terbaru, tidak! Tetapi dia ingin melakukan kerja jahat yang pernah dilaksanakannya sebelum ini. Namun tatkala dua sebelum dia sampai ke destinasi rancangannya, kala itu juga kakinya tiba-tiba terpeleot lalu dia terjatuh. "Aduh!"

Terus dia duduk bercangkung sambil tangan memegang kejap kakinya yang terseliuh itu. Saat itu juga, dia perhatikan tumit halus kasut sebelah kirinya sudah pun patah. Itulah balasan untuk orang yang menyimpan niat yang tidak baik. Itu baru sahaja niat, sudah di bayar 'cash'. Apatah lagi kalau sudah betul-betul dilaksanakan niat jahat itu.

"Kau nikan kasut. Time inilah kau buat hal. Sakit kaki aku! Omel Irina. Kedua-dua belah kasutnya dibuka. Dia mencuba berdiri namun kaki terseliuh itu tidak mampu menampung berat badannya. Irina berdecit.

Tiba-tiba telinga Irina ditarik kuat.

"Arghh! Sakit, sakit!" Irina diseret oleh orang yang menarik telinganya itu. Kasut yang ditanggalkan tadi tidak sempat dibawa bersama.

"Kau nak buat apa pada kereta aku? Hah?!"

Rupa-rupanya Airil yang menarik telinganya. Kurang ajar betul! Entah dari mana datangnya lelaki 'durjana' itu pub dia tidak tahu. Penuh misteri!.

"Lepaslah! Sakit tahu tak!" Irina bergelut dengan Airil dan cuba meloloskan dirinya.

"Kau mengaku cepat, apa yang kau dah buat pada kereta aku?" gertaknya tidak puas hati.

"Mana aku buat apa-apa pun! Lepaslah!"

"Kau nak pancitkan tayar kereta aku,kan? Baik kau mengaku cepat kalau kau nak aku lepaskan telinga kau," ugut Airil. Semakin kuat telinga Irina ditariknya.

"Aku tak buat apa-apalah!" nafi Irina yang sudah terteleng lehernya.

"Eh! Kenapa pendeknya kau?" Airil hairan. Dia memandang Irina yang berkaki ayam itu.

Kesempatan yang ada membuatkan Irina dengan mudah meloloskan diri daripada Airil yang ralit memerhatikan kakinya.

Airil mendapatkan kasut Irina lalu dibeleknya. "Patutlah! Selama ni kau pakai kasut tumit..."

Dia tiba-tiba membutangkan mata bila matanya singgah pada pada tumit kasut Irina yang patah itu. "Hei! Tingginya tumit kasut kau? Gila! Enam inci. Macam mana kau boleh berjalan siap berlari lagi dengan kasut ni?"

"Mulut kau jaga sikit eh! Aku sumbat dengan kasut tumit tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah!" marah Irina apabila dikutuk sebegitu.

Airil teringat dia sedang menarik telinga Irina." kau buat apa pada kereta aku?"

Dengan pantas Airil menarik semula telinga Irina.

"Lepaslah!" Irina rimas bergelut semula untuk menyelamatkan dirinya."Aku tak buat apa-apa sumpah!"

Airil mula yakin dengan kata-kata Irina. Terus dia melepaskan telinga Irina. "Habis tu, kau buat apa duduk dekat sebelah tayar kereta aku ni? Ini mesti kau nak pecahkan tayar kereta aku dengan tumit kasut kau ni,kan?"

Irina mengeluh kuat. "Mana ada! Aku tak buat apa-apapun. Tadi aku baru pasang niat nak tendang tayar kereta kau, tapi tak sempat sebab kaki aku terkehel."

"What?! I'll sue you for your crime!"

Irina menjeling tajam Airil. "Jenayah apa yang aku buat? Hal kecil aje pun nak dibesar-besarkan. Lagipun, baru aje niat. Bukannya aku buat betul-betulpun. Huh!"

Airil tiba-tiba cuak tatkala melihat Irina menyebak rambutnya ke belakang. Secara tidak langsung telinga wanita itu yang ditariknya tadi terdedah. Spontan dia menyelak serta menguis juntaian rambut disebelah kiri wanita itu pula. Usai  itu dia mengurut dada dan kembali berwajah tenang.

"Hei! Kau buat apa ni?" Irina menampar tangan Airil kerana lelaki itu sungguh berani menarik telinga serta menyentuh rambut ikal mayangnya.

"Taklah! Aku terkejut aje. Ingat telinga kanan kau tu jadi panjang dan capang sebab aku tarik telinga kau tu memang dah macam piring Astro! Kalau tak, naya aje aku kena sound mak bapak kau."

"Kau apehal main  piring-piring   Astro pulak?" marah Irina.

"Eii!! Telinga capang!" ejek Airil.

Irina mengetap bibirnya.

"Patutlah kau selalu aje lepaskan rambut kau. Rupa-rupa kau nak tutup telinga capang kau tu. Mesti kau takut aku ejek kau, kan?  Eeeii! Gila punya capang telinga kau ni. Isyy! So scary," kata Airil seraya buat muka geli tahap tak ingat. "Dahlah pendek. Ketinggian kau dipalsukan dengan tumit tinggi!"

"Argh! Tensionlah aku dengan kau ni. Pressure aku!" marah Irina.

"Ini kenyataan, sayang oi. Kau kena terima hakikat walaupun perit," sahut Airil. Wajah tidak bersalah dipamerkan.

Irina semakin bengang. "Aku ni tinggilah!"

"Selagi ketinggi kau tu tak melebihi ketinggian aku,  kau tetap pegang status pendek!"

"Kira lagi bagus la daripada kau. Lelaki, tapi jiwa perempuan. Aku yang perempuan ni pun taklah kemaruk sangat dengan warna merah jambu," perli Irina.

"Hoi! Mulut kau tu jaga sikit, eh!" Airil yang tadi bukan main steady, kini dia pula tension.

"Macam mana aku rasa, macam tulah aku nak kau rasa. Oh! Sedap aje kau kutuk aku kaw-kaw. Yang kau tu tak sedar pondan!"

"Siapa pondan? Hei! Kau ni tak tahu trend ke?" Soal Airil, bengang.

"Eleh! Mengaku ajelah yang kau tu..."

Airil menuding jarinya ke wajah Irina. "Kau pernah tak makan kasut tumit kasut sendiri? Kalau kau teringin nak merasa bibir kau bengkak ala-ala orang cucuk botox, kau cakaplah benda yang kau nak cakap tu."

" P.o.n.d.a.n!" Sebut Irina satu per satu huruf itu dengan laju. Kemudian dia berlari bersama kasutnya di tangan.

"Kurang ajar!" Airil terpekik lantang.

Eee! Sakitnya hati!.

#AIRINA NISYALEEN#
#DONE PART 5#
#SIAPA KATA TAK SUDI? SUDI LAAA!#

#COMMENTS&VOTE PLEASE..TQ

Siapa Kata Tak Sudi? Sudi Laaa! ( On Write)Where stories live. Discover now