Dua jam sudah berlalu semenjak Tengku Afiah keluar daripada bilik perbincangan itu. Meninggalkan mereka berempat untuk berurusan sesama sendiri setelah mendengar arahan terbaru daripada pihak atasan.
Mereka berempat masih bertentang mata sesama sendiri. Tiada bicara yang keluar sehingga Hilman naik lemas dibuatnya. Sudahlah dia tersepit di antara kawan baik dan sepupunya.
Hilman mengeluh perlahan. Inilah sebabnya jangan nak bercinta awal-awal. Inilah masalahnya! Masalah kecik jadi masalah besar!
"Sampai bila kita nak main tenung ni. Boleh tak.." baru Hilman nak menghentikan keheningan yang berlaku, Arin terlebih dahulu menyergah dengan nada meluatnya.
"Sampai bila-bila pun aku takkan bercakap dengan dua orang manusia ni. Diorang tak layak nak bercakap dengan aku. Meluat aku duduk depan diorang ni." kata Arin lalu terus bangun dari kerusi.
Hilman menangkap tangan Arin pantas, nak tak nak kena bincang juga, mana boleh main lari-lari macam ni dan dia tak mahu Tengku Afiah bergaduh dengan Arin pula kerana gadis itu tidak memberi kerjasama. Ikut kepala si Arin ni memang tak jalan kerja nanti. Nak tak nak, kali ini dia perlu bertegas.
"Sit down Arin. Please..just for once." pujuk Hilman, berharap gadis itu boleh menurunkan ego dan kemarahannya buat sementara waktu. Nak kata si Arin ni tak profesional, dia juga faham dengan situasi yang Arin lalui. Bukan mudah.
Adrian pula mengepal tangannya di bawah meja. Geram dengan Hilman yang sengaja nak bagi dia cemburu. Main kasar kau Man!
Ingat cemburu seorang perempuan je ke yang bahaya, ini cemburu seorang lelaki pun bahaya tau!!
"Arin..Arin. Why don't you just accept the fact that OUR father dah ceraikan mak kau. Already 10 years berlalu dah pun. Takkan tak tahu nak kawal emosi sendiri? Tak ada la bagus mana Aksara ni pun rupanya." sinis Fasha. Hilman membulatkan mata, bab nak cari gaduh bagi ajelah dekat perempuan gila ni.
"Kau.."
"Ataupun kau still tak boleh lepaskan Adrian kat aku? Both of us are hot couple tau dekat Victorian. Kau takkan.."
"Fasha! Just stop it. Jangan sampai aku suruh kau keluar daripada bilik ni." balas Adrian. Dia tak mahu lagi nak menyakiti hati Arin. Sudah cukup lama dia bertahan dengan kerenah Fasha, dia mahu tamatkannya secepat yang mungkin.
Arin yang sudah hilang sabar, menghentak meja itu kuat. Tajam matanya memandang Fasha.
"Kau fikir aku bodoh macam kau ke perempuan? I don't even care about Tengku Ismail. Our father? Kalau kau nak sangat ada bapak, ambik la. Kau kan jenis suka ambik hak orang, perampas sama macam mak kau." Sembur Arin. Ingat dia seorang pandai cari gaduh.
"Jaga mulut kau.."
"Ohh, tahu nak naik angin. Jaga mulut konon, kau tu yang patut jaga mulut kau. And one more thing, kalau kau ingat aku still belum move on daripada mamat ni, kau silap. Kau boleh pergi mati la dengan Adrian kau tu. Hot couple huh? Like I care,bitch!" hambur Arin.
"Ell..it's not like what you think. Antara Fasha dengan Ian.." celah Adrian. Dia mahu jelaskan perkara sebenar.
"Huh? Bukan macam apa yang aku fikir? Tengku Adrian Ukasyah,stop being a hypocrite. Lagipun benda dah lama, and tak ada benda yang kau perlu jelaskan lagi dah, whatever it is, I don't buy it this time."