Selepas sahaja keluar daripada kelas, mereka terus bergerak ke bilik mesyuarat bersama Puan Azilda.
"Teacher, ada meeting apa harini? Selalunya akan bagitahu sehari awal." Tanya Hilman.
Puan Azilda berhenti berjalan dan memandang kedua anak muridnya.
"I don't know. Saya pun baru tahu sebelum masuk kelas tadi, but I feel that it's not good." Kata Puan Azilda, terus berjalan.
Hilman dan Arin memandang satu sama lain. "Tak ada apa kut. Just meeting biasa aku rasa." Arin menepuk bahu Hilman, otakny ligat berfikir, semasa dia ke pejabat Tengku Afiah, dia ada perasan kelibat bapa Hilman.
Sampai sahaja Hilman masuk ke dalam bilik mesyuarat itu terlebih dahulu diikuti Arin.
Arin pegun di tempatnya begitu juga Hilman. Dia mengerling Arin yang berada di sebelahnya.
"Please have a seat Arin,Hilman." arah timbalan pengarah,Tuan Tariq dan juga bapa kepada Hilman. Lelaki itu memandang mereka berdua yang berdiri di depan pintu.
"Baik Tuan." Hilman lekas mengambil tempat duduk namun Arin masih kekal di tempatnya. Dadanya berdetak laju, tangannya menggenggam blazer yang dipakainya kuat. Matanya masih melekat ke arah satu figura yang dikenalinya.
Tengku Ismail Tengku Saifudin.
Bapa kandungnya.
Bekas suami ibunya.
"Arin?"
Tengku Afiah memanggil anaknya. Sudah agak ini reaksi anak gadisnya apabila bertemu dengan bekas suaminya.
"Apa dia buat kat sini?" tanya Arin perlahan. Mata gadis itu tajam memandang ke arah lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya.
Tidak pasti senyuman manis ataupun sinis.
"Anak abah dah lama.." Tengku Ismail membuka mulut.
"Saya bukan anak Tuan."
Terdiam semua yang ada di dalam bilik mesyuarat itu. Guru-guru yang terlibat dalam mesyuarat itu mula tidak selesa dengan keadaan tersebut.
Siapa tidak kenal dengan Tengku Ismail, pengetua Victorian dan juga ahli penting dalam organisasi sekolah swasta di Malaysia.
Reaksi Arin juga suatu yang dijangka, mereka tidak boleh menyalahkan gadis tersebut. A child of broken family. Siapa yang ada di tempat gadis ini pasti boleh merasainya.
"Arin Isabella.." keras suara Tengku Afiah, menegah anaknya daripada bersikap biadap.
Tawa Tengku Ismail kedengaran di gegendang telinga Arin. Semakin sakit hati gadis itu dibuatnya.
"Jangan lupa yang kamu masih berbintikan abah, Tengku Arin Isabella Tengku Ismail." balas Tengku Ismail. Lelaki tua itu masih selesa di tempat duduknya, memandang tepat ke arah anak gadisnya.
"Ismail..tolong jangan keruhkan lagi keadaan yang memang tak berapa nak elok ni. Kita dekat sini mesyuarat berkenaan sekolah, bukan soal keluarga. Arin, duduk cepat."
Tegah Tengku Afiah. Melihat wajah anaknya yang macam nak telan Tengku Ismail itu membuatkan dia bersuara. Takut ada pergaduhan yang akan berlaku nanti.