8 | Start up

3.5K 148 2
                                    

Pqda malamnya, program orientasi akan bermula daripada selepas isya' sehingga pukul 11 malam.  Semua pelajar sudah berkumpul, jadi Hilman masih  menunggu fasilitator yang akan membantunya. Malam ini dia cuma mahu santai sahaja dan jam baru menunjukkan 8.52 malam. Malam masih muda.

"Lama lagi ke fasi ni semua nak sampai? Ada berapa orang semua sekali?" Tanya Adrian, matanya masih lagi memandang telefon di tangan. Membalas mesej daripada ibunya di rumah.

"Aliya kata dalam 10 ke 11 orang macam tu. Biasa la lambat, tengah supper lagi la tu." Jawab Hilman.

Adrian mengangkat wajahnya, ingin mencari kelibat Arin. Budak lelaki mana pula tu nak mengurat Arin ni? Bengang pula Adrian dibuatnya.

"Tengku, saya wakil daripada pelajar tingkatan 3 nak minta izin tak join orentasi ni boleh?" kata budak lelaki kepada Arin.

Arin memandang tepat ke arah mata lelaki itu, "May I know who you are?"

"Maaf Tengku. Saya Haqeem, batch leader Form 3 students. Saya dimaklumkan kami perlu berada di kelas untuk mulakan sesi pembelajaran pukul 9.15 ni." Arin tersenyum nakal memandang Haqeem. Ketua tingkatan rupanya. Nak gurau sikit la macam ni!

"Come, this way." Arin berjalan ke arah Hilman dan Adrian yang memegang mikrofon. "Eh markonah, kau jangan nak kacau budak tu." Celah Hilman.

"Eh diamlah! Bising je kau ni." Balas Arin. Dia mengambil mikrofon di tangan Adrian. "Member ni nak buat announcement la, kau apa tahu."

Mikrofon bertukar tangan.

"Tengku nak saya buat apa ni?" Malu pula Haqeem dibuatnya apabila dia berdiri melihat junior dan seniornya duduk bersila di lantai.

Arin berbisik perlahan," Kau cakap kau ketua batch kan. Show me your leadership, kid." Cabar Arin. Adrian dah panas di atas pentas. Dekat-dekat pulak! Hmm, bisik-bisik lagi!

"Huh?"

"Then I will let your batch go to class." bisik Arin lagi. Hilman ketawa kecil sebelum memandang Adrian. Nampak sahaja muka masam lelaki itu, terus ditutup mulutnya.

"Chill la Ian. Bukan taste Arin pun, dia saja nak mengusik la tu. Sabar, chill." kata Hilman. Adrian hanya menggeleng, betul kata Hilman. Budak macam tu bukan taste Arin pun. Aku ni taste Arin. EH?

"Assalamualaikum semua. Maaf mengganggu, perhatian kepada pelajar tingkatan 3, anda diminta untuk ke kelas. Ada kelas Matematik malam ni." kata Haqeem sopan.

"Aik, just like that?" tanya Arin. Dia tak sangka Victorian sudah berubah. Dulu, Victorian tak macam ni. Panggil pergi kelas pun macam nak gaduh.

Arin mengangguk perlahan, membenarkan mereka untuk keluar. Melihat hanya pelajar lelaki yang bangkit mengambil beg mereka selepas pengumuman tadi, Arin tersenyum sinis. Once a Victorian always a Victorian.

Fasha ke yang ajar budak perempuan dia jadi bebal macam ni? Heh! Kau tengok mak tiri kau ni nak buat apa.

Fasilitator sudah cukup di belakang mengangkat tangan,menyapa mereka bertiga di depan.

Mikrofon diambil oleh Arin.

"Form 3 students mana? Lelaki je ke? Perempuan mana?" tanya Arin dingin. Baru mereka mahu bangun,takut dengan suara Arin yang macam komando tu.

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now