9 | Benci

3.9K 151 13
                                    

Keesokan harinya, setiap kali Arin bertembung dengan pelajar baru Aksara, semua tunduk 45 darjah ketika menyapanya. Rasa pelik pula dengan keadaan itu. Macam yang jadi ni lah.

"Selamat pagi Tengku."

Tunduk 45 darjah.

"Selamat pagi...?"

Aliya yang berjalan bersamanya ketawa besar. Arin memandang gadis itu pelik? "Kau apahal? Dah gila ke apa?" Tanya Arin.

"Tak, aku ni dah macam berjalan dengan CEO syarikat dah. Selamat pagi Tengku. Siap tunduk 45 darjah yang tak menahan tu. HAHAHA!" kata Aliya. Arin menggeleng kepala memandang kawannya itu.

Arin mencebik seketika. "Itu tandanya diorang hormat aku la tu."

"I don't think so, it's more like they are scared of you. Aku rasa mesti sebab hari kau celup Fasha dalam kolam ikan busuk tu." kata Aliya.

Bayangkan la, dengan senior lain panggil akak ke senior ke, macam biasa tapi dengan Arin kemain panggil Tengku apa semua. Dengan panggilan Tengku, nampak sangat Arin tak mahu rapat dengan junior.

Tapi Arin bila perangai gila dia datang, selamba dia je nak tegur budak junior.

Ada satu kes tu,

"Eh, eh... kau pahal gembira sangat ni?" tanya Hilman. Terkinja-kinja si budak Arin ni, mabuk ke?

"Ahh, kau apa tau. Aku excited nak pergi lawan taekwando esok." kata Arin. Jalan pun macam budak-budak nak pergi beli aiskrim.

"Selamat pagi Tengku Arin." sapa pelajar Tingkatan 1.

"Selamat pagi, Jihaaa!!" Arin menghulurkan tangannya.

"Kenapa Tengku?" Tetap disambut huluran itu. Dia ada buat salah ke harini?

"Layan je la Jiha, senior kau tu." kata Hilman menyampah.

Siap dipeluk si Jiha tu hah! Hilman menggeleng kepala.Apa-apa je la Arin oi, yang penting kejohanan taekwondo mesti bawak balik pingat emas!!

Aliya menggeleng kepala, ingat muka Hilman ketika bercerita dengannya berkenaan Arin. Mereka sedang dalam perjalanan ke kolam renang untuk sesi pembelajaran.

Swimming class.

Kelas yang wajib mereka ambil selain kelas muzik.

Masuk sahaja,nama Arin sudah dipanggil Sir Thomas, guru renang mereka. "Arin! Here!"

Aliya menepuk bahu gadis itu perlahan sebelum berjalan ke arah Hilman.

"Okey semua, since Arin already here, we should begin our class. Harini, saya nak adakan pemilihan atlet renang sekolah kita." kata Sir Thomas. Dia mahu membuat saringan untuk memilih atlet bagi pertandingan renang tahun ini.

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now