Fasha berjalan ke arah kelas dengan rasa marah yang menggunung. Dirinya dipermalukan begitu sahaja oleh Hilman dan Arin. Adrian pula diam apabila dia diperlakukan begitu.
"Perempuan tu memang tak guna. Apa aku buat sekarang? Everything under her control. Macam mana dengan rancangan aku dengan mama?" rungut Fasha.
"Argh!!"
Geramnya masih belum terpadam. Dia perlukan rancangan yang baru sekarang ini. Kalau keadaan ini berlanjutan, kemungkinan dia untuk kalah pada gadis itu semakin tinggi.
Apa pun yang terjadi,dia akan pastikan Arin terseksa. Tak ada siapa yang boleh kalahkan Fasha la. Not even Tengku Arin Isabella.
Sedar tak sedar, kakinya masuk ke dalam kelas. Sampai sahaja, dia terus disapa sinis.
"Apa kau buat kat sini Fasha? Kenapa kau tak join budak orentasi tu? Kata Penolong Ketua Pelajar, takkan duduk dengan kitaorang yang budak biasa ni.." tanya Jay, sarkastik. Saja nak cari pasal. Dia memang berbulu dengan perempuan gila tu.
"Oi..kau tak ingat ke yang dia dah kena lucut jawatan. Dia tu dah jadi pengawas biasa. Sikit masa je lagi,jadi budak biasa balik la tu. HAHAHA."
kata-kata Haira disambut dengan tawa satu kelas itu.Mereka nak Fasha tahu, sama ada Victorian atau Aksara, semuanya tak sukakan Fasha yang kononnya anak pengetua sangat tu.
Puihh!
"Diam la!!"
Makin Fasha rasa benci dengan mereka semua. Lebih-lebih lagi Arin yang menjadikan dia begini.
TOK! TOK!
"Kak Al..Puan dengan pengetua panggil ke pejabat sekarang. "
Aliya yang sibuk mengulangkaji pelajaran, mengangkat kening. Apahal aku pulak?
Oh lupa pula yang Arin,Hilman dan Adrian sibuk dengan pelajar Victorian yang baru masuk.
"Okey. Thank you, Kai." Lelaki bernama Kai itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.
"Aku nak ikut." kata Fasha. Dipegang bahu Aliya yang sedang berjalan ke pintu kelas.
"Dont touch me with your dirty hand!" ditepis kasar tangan Fasha dibahunya. Fasha terkejut dengan sergahan gadis itu.
"Tak payah nak mengada ikut bagai. Nama kau Aliya ke? Takkan? So berambus la. Dari dulu menyusahkan orang." kata Aliya kasar.
Mereka yang masih di dalam kelas tersenyum sinis. Jangan main-main dengan jawatan tertinggi Aksara. Semuanya garang dan mulut cakap lepas. Kalau nak cari pasal pun kadang-kadang fikir dua tiga kali. Takut!!
Aliya la yang akan dirujuk sekiranya Hilman dan Arin tiada. Aliya menjawat jawatan Setiausaha Pengawas. Jawatan tertinggi selepas Adrian ketika ini.
Matanya menatap tajam wajah Fasha. Disapu bahunya kasar, ingin menghapuskan kesan Fasha.
"I'm not your friend, Fasha. Not after what you've done to Arin." Terus Aliya bergerak keluar, ingin cepat ke bilik pengetua.
Fasha mengepal penumbuknya. Berani perempuan tu lawan aku!!
"Dah-dah la tu. Tak payah nak berlagak anak pengetua sangat. Meh duduk meh, aku sebenarnya pening tengok kau berdiri. Nampak semak kat mata aku." kata Dhiya.