Per'catur'an

65 1 0
                                    

7 minit lagi. Aku akan pastikan The White mati dan kerajaanya musnah. The White, musuh yang paling sukar ditewaskan walau hebat mana strategi disusun.

Bertemankan tiga orang pengikutku, aku melangkah masuk ke dalam istana The White dengan penuh hati-hati.

Aku menghampiri sebuah pintu yang menyambungkan ruang makan istana dengan dapur dan menjenguk sebentar jika ada kelibat yang boleh mengancamku.

"Tuanku, jaga-jaga belakang tuanku!" Aku berpaling setelah mendegar jeritan amaran tersebut dan terlihat sesusuk tubuh cuba menikam diriku. Aku sempat mengelak daripada tikamannya.

Aku kenal susuk tubuh itu, White's Queen.

Permaisuri The White yang pentingkan diri. Kami saling bertukar senyuman, sinis.

Aku bangkit dan cuba untuk membalas tikamannya namun gagal.

"Kau sepatutnya dah mati, bukan?" White's Queen bersuara. Diam.

"Kerajaan The Dark tidak layak dibangunkan sebab pemerintahnya yang bodoh! Hahaha." Dia bersuara lagi.

"Kau kata begitu sebab kau cemburu The Dark memilih aku sebagai permaisurinya, bukan?" Aku membalas, sarkastik.

Sambil berbual tentang masa silam. Aku sempat berfikir cara untuk menewaskan lawanku atau boleh aku ringkaskan di sini, adik tiriku.

Aku mengumpan adik tiriku ke ruang makan yang lebih luas tempatnya untuk 'berbual' berbanding ruang dapur yang sempit dan berisiko tinggi kerana terlalu banyak peralatan memotong yang tajam hanya dibiarkan bersepah di atas meja dapur.

"Ramai pengikut kau yang mati, kau masih tak serik lagi?" Dia bertanya setelah sekian lama kami berdiam dan saling berlaga pedang.

Ya, ramai sahabat-sahabat seperjuanganku yang tewas. Memang menyayat hati dan kerana itu jugalah aku mengumpul keberanian untuk menyertai pertarungan ini.

Forbid, ketua pertahanan yang mati dijilat api semasa menjalankan tugas di atas tembok pertahanan istana The Dark.

Ellep, merupakan paderi yang setia dan memiliki seekor gajah hitam, akhirnya menemui ajal dengan kesan kelar di leher dan mayatnya di gantung pada dua batang palang yang disilangkan membentuk huruf 't'.

Knit, perwira kerajaan The Dark yang amat digeruni mati ditikam beberapa kali dan dipancung kepalanya semasa di medan pertempuran oleh salah seorang tentera musuh.

Begitu juga dengan tentera-tentera yang dipimpin oleh Knit. Hampir kesemuanya rebah mencium bumi dan hanya beberapa saja yang masih punya kudrat meneruskan perjuangan. Tragis.

"Sebab merekalah aku di sini." Aku membalas dengan beberapa titis air mataku jatuh membasahi pipi.

Tanpa aku sedari adik tiriku terlebih dahulu mengambil langkah dengan membentes kakiku sewaktu aku sedang leka memikirkan cara melepaskan diri.

Aku tersembam. Kepalaku yang terhentak pada permukaan lantai menyukarkan pergerakan seterusnya.

"Hari ni akan jadi hari paling bermakna dalam hidup kau, wahai kakak tiriku. Selamat Hari Lahir akan jadi Selamat Tinggal Selamanya. HAHAHA!"

Tanpa sempat dia menikam diriku aku terlebih dahulu melepaskan tembakan pada dahinya. Dia jatuh terjelupuk dengan mata yang terbungkang

"Ya, selamat tinggal selamanya, adikku." Aku bangkit dan terus meninggalkannya.

Entah kemana perginya tiga orang pengikutku sebentar tadi aku pun tidak tahu.

Aku meneruskan langkahku ke tingkat atas istana.

REKAANWhere stories live. Discover now