Cermin (part 2)

8 0 0
                                    

Hampir 15 minit aku berteleku memikirkan cara untuk keluar dan mengapa pantulan objekku itu bertindak sedemikian.

Kedengaran bunyi selak pintu dibuka. Daun pintu dikuak dan sosok tubuh 'aku' berdiri di hadapan dengan wajah bengis.
Dan aku pernah lihat wajah bengis itu, di dalam cermin apabila aku naik angin.

"Keluar!" Jerit 'aku'.

Aku bingkas bangun dan mengikut arahannya.

Dia menyuruhku untuk berjalan di hadapan supaya aku tidak melarikan diri apabila mengikutnya di belakang.

Sampai di satu lagi bilik yang ruangnya agak besar, sekali lagi 'aku' menolak aku masuk. Kali ini, aku mulai berjaga-jaga.

Terlihat sesosok lagi tubuh di dalam bilik tersebut. Terdapat sebuah kerusi yang sering digunakan oleh pesakit doktor gigi dan sebuah troli yang mempunyai pelbagai peralatan pembedahan. Melihat semua itu, aku mulai tidak senang duduk.

Apa..apa semua..ni?

"Silakan duduk." Pelawa sosok tubuh dalam kesamaran.

Namun aku tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

Untuk kali yang ketiga, 'aku' menolakku. Aku hanya membalas dengan jelingan yang tajam.

Aku masih berdiri membatukan diri.

'Aku' menarik dan memaksa aku untuk duduk. Aku meronta meminta dilepaskan. Namun, cengakaman tangan 'aku' terlalu kuat sehingga kukunya yang tidak berapa panjang dapat menusuk ke dalam kulitku.

"Arghhh! Lepaskan akulah setan!" Jeritku.

"Diam! Kalau aku lepaskan pun bukan kau boleh pergi mana-mana." Bentak 'aku'.

Aku dipaksa duduk di atas kerusi automatik yang sering digunakan pesakit doktor gigi itu.

Tanganku diikat pada tempat letak tangan kerusi automatik, manakala kedua-dua belah kakiku dipasung menggunakan rantai berkembar seperti gari tangan yang selalu digunakan polis untuk menahan penjenayah.

"Dah boleh mulakan sekarang?" Tanya 'aku' yang masih berdiri di sebelah.

"If yourself don't mind." Ternampak satu leretan senyuman yang terukir sambil menekan perkataan yourself yang aku sendiri tahu ianya ditujukan ke arahku.

"Apa semua ni weh? Why you have to do this?" Jeritku lagi dalam kekeliruan.

"Hush Qim hush. Actually aku dah boring hidup dekat sini dengan mata yang macam ni. Jadi apa salahnya kalau kita tukar tempat? Yelah, kau pon bukan suka sangat hidup kat dunia kau tu kan? Semua benda yang kau buat, orang nampak salah. Tapi kat sini, baik buruk yang kau buat..takda siapa kisah. Oh, sorry sorry. Maksud aku, takda siapa nampak." Seraya tergelak besar.

"Takda siapa nampak? Maksud kau macam mana? Aku..aku tak paham." Semakin banyak kekeliruan.

"Huh! For your information, manusia yang hidup dekat dunia aku ni semuanya buta. Sebab apa? Sebab benda ni!" Lalu menunding jari ke arah mata butangnya.

"Kenapa?" Tanyaku.

"Dalam dunia imej ni, tiada siapa dibenarkan memiliki sepasang mata asli. Macam kau punya. Kitaorang hidup, tapi tak nampak apa-apa. Sedihkan? That's why lah aku bawak kau ke sini supaya aku boleh pinjam mata kau. Dah lama aku teringin nak tengok dunia sebenar macam mana." Tambah 'aku' lagi sambil tersenyum.

"Tak tak tak. Kau akan menyesal bila kau dapat tengok dunia nanti. Dunia realiti tak seindah dunia yang kau bayangkan. Tolong, lepaskan aku." Pujukku.

"Doktor, saya rasa dah boleh mulakan sekarang." Kata 'aku' yang sedikit mengundurkan diri ke belakang.

"Okay." Sepatah doktor itu menjawab.

Satu alat diletakkan di atas dahiku, alat tersebut sering digunakan oleh untuk membuang masalah rabun, bukan laser yang aku maksudkan tetapi alat untuk mengelakan mata daripada berkelip tatkala pemancar laser menjalankan kerjanya. Mataku terbuka luas seperti mahu tersembul keluar. Pisau pembedahan di atas troli diambil. Mata pisau semakin menghampiri anak mataku. Aku tahu dia mahu mencungkil keluar mataku. Jadi, aku meronta lebih galak dengan harapan proses pencungkilan mata akam terhenti akibat sifat buasku.

"Lepaskan akulah!" Aku menjerit.

"Kau, tutup mulut dia." Arah doktor tersebut.

'Aku' menghampiri dengan membawa sebatang kayu kecil yang telah dikerat. Sampai sahaja disebelahku, dia mula menusuk batang kayu tersebut kedalam mulutku. Hampir sahaja aku tertelan batang kayu tersebut.

Pembedahan mata akan berjalan sekali lagi, dan kini aku hanya berharap pada takdir. Mata pisau pembedahan semakin dekat dengan anak mataku. Air mata mula mengalir. Tidak sangka aku bakal kehilangan mata walaupun 'aku' telah memberitahu aku tidak akan mati, tetapi aku tetap takut kerana selepas ini aku hanya dapat melihat kegelapan menggunakan dua biji butang baju yang dijahit pada kulit.

***

"Qim, Qim dah bangun nak?" Satu suara kedengaran di sebelah kananku.

Aku membuka mata dan cahaya yang memancar masuk ke dalam mata membuatku pening. Aku mengelip mata beberapa kali sebelum membukanya luas.

"Mana?" Soalan pertaman aku tujukan entah pada siapa.

"Qim, Qim kat hospital nak. Dah dua minggu Qim tak sedarkan diri lepas kemalangan jalan raya haritu. Alhamdulillah, Qim selamat." Kata suara tersebut.

Aku memandang suara yang sejak tadi mengucap syukur.

"Ibu?"

"Ya Qim. Ni ibu Qim. Ni ibu." Seraya mengalirkam air mata.

***

"Ibu tunggu saya kat luar, saya nak salin baju kejap." Aku memberi sebaris senyuman.

"Baiklah." Balas ibuku.

Aku masuk ke dalam bilik air dengan membawa baju dan seluar untuk disalin. Untung sahaja aku di tempatkan di wad VIP kerana bilik air tidak jauh, hanya perlu turun dari katil, jalan beberapa langkah dan sampai.

Usai menyalin pakaian. Aku menuju ke sinki untuk membasahkan muka. Setelah mukaku dilap menggunakan tuala, aku memandang cermin. Agak lama aku memandang pantulan diriku.

Semua tu mimpi ke?

Sewaktu aku ingin memasukan baju ke dalam beg, sesuatu telah jatuh dari dalam beg. Aku mengutip benda yang jatuh tersebut.

Butang?

Aku membelek-belek butang tersebut kemudia aku melihat cermin di hadapanku. Alangkah terkejutnya aku, terdapat bekas jahitan di sekeliling mataku berserta kesan darah yang telah kering. Aku membuka paip dan mencuci mukaku. Berganti-ganti aku mencuci muka dan melihat wajahku di cermin.

Apa semua ni?!

"Kau untung, ada orang yang masih kisah pasal kau. Diaorang datang selamatkan kau." Satu suara kedengaran.

Aku menoleh ke belakang namun tiada apa. Aku melihat sekeliling bilik air, kosong. Hanya aku seorang sahaja yang ada di situ.

Aku memandang semula ke hadapan. Apabila aku merenung imejku pada cermin, aku tersentak melihat imejku yang tersenyum seperti mengejekku walaupun pada waktu itu, aku hanya menunjukkan reaksi terkejut.

Terlihat pada imejku itu, mata kirinya merupakan mata asli yang dimiliki semua manusia manakala mata kanan pula ialah sebiji butang yang jahitannya hampir tertetas dengan kesan darah yang telah kering mengalir seperti air mata?

Apa semua ni!? Aku mengulang soalan yang sama.

Kemudian, imej di permukaan cermin bilik air tersebut semakin lama semakin samar dan kemudian hilang.

Aku rebah, pandangan menjadi gelap.

TAMAT

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REKAANWhere stories live. Discover now