Adik nak hadiah?

37 1 0
                                    

"Happy birthday!"

Beribu ucapan selamat masuk ke dalam notification aku hari ini.

Ya, hari ini, birthday aku.

Tapi tak pernah aku rasa 'istimewa' pada birthday aku. Entah, mungkin sebab mak ayahku yang terlalu sibuk sehingga lupa tarikh lahirku dan mengucap "happy birthday" atau sebab memang aku terlalu malas amik kisah hari apa sekalipun setiap hari.

Hari hanya hari dan akan berulang pada setiap minggu. Tak pernah lagi terjadi hari Jumaat tiba-tiba hilang dari kalendar dunia. Kiamat ke?

Aku menatap semula phone screen yang aku biarkan on sebentar tadi.

Tidak putus-putus ucapan selamat masuk ke dalam notification bar. Aku baca satu demi satu. Kebanyankannya daripada notification instagram.

"HB. May Allah bless you". Cliche.

"hey happy bornday , bitch!" Dia ingat aku murahan macam dia ke?

"hepy bday awak". Bosannn.

"selamat putus tali pusat". kay, yang ni rare.

Sedang aku leka membaca komen dan DM di instagram, aku terdengar suatu bunyi seperti seseorang sedang mencangkul tanah? Waktu malam? Time hujan? Tapi siapa?

Aku perlahankan volume tv untuk mendengar bunyi tersebut dengan lebih jelas.

Sunyi.

Hanya bunyi cengkerik bersahut-sahutan bercampur deraian hujan di luar.

Aku kembali menatap phone screen.

Sekali lagi, bunyi itu jelas kedengaran seperti di belakang rumah.

Aku mengumpul segala keberanian dan cuba menjenguk di luar rumah kalau-kalau ada yang mencurigakan.

Aku bergerak ke pintu belakang dengan perlahan dan penuh hati-hati.

Fikiranku sedang ligat memikirkan siapa di belakang rumah yang sedang berkebun waktu malam dengan hujan begini atau.. Apa?

Torchlight yang diambil dari atas para buku aku genggam erat. Aku berjalan ke dapur. Lampu dapur yang sediakala terbuka memudahkan dan mempercepatkan perjalananku dari ruang tamu ke dapur.

Dengan gaya slow motion, aku mengenggam tombol pintu dan memulas dengan perlahan. Torchlight yang sudah on sejak tadi aku suluhkan ke luar rumah.

Tiada siapa atau apa.

Hanya hujan renyai-renyai dengan kegelapan di luar.

Angin malam menerjah masuk ke dalam rumah membuat diriku seram sejuk. Menggigil.

Aku menutup semula pintu dan tidak lupa untuk menguncinya.

Sebelum berlari naik ke atas, aku sempat menutup lampu dapur dan tv yang terpasang dari tadi tanpa penontot.

Mementang birthday aku, acah-acah pulak. Grr. Aku mengomel sendirian.

Aku melihat phone screen, 10:14 dan mak ayahku masih belum pulang.

Dah lupa jalan balik ke? Ceh!

Dua jam lepas, aku terdengar bunyi seseorang sedang berkebun di belakang rumah dan kini, aku terdengar seseorang sedang menyanyi di halaman rumah.

Ah sudah! Dah main cangkul tetiba menyanyi pulak? Siapa shiak?!

REKAANWhere stories live. Discover now