Cinderella (retold)

28 1 0
                                    

Macam cerita dongeng Disney yang pernah kau tonton masa zaman hingusan dulu, Cinderella salah seorang Disney's princess yang paling famous.

Gadis biasa yang tinggal dengan mak dan dua orang kakak tiri zalim, sedih tak dapat pergi majlis tari-menari, Fairy Godmother tolong dengan tukarkan sebiji labu menjadi kereta kuda, dapat menari dengan putera raja, tepat pukul 12 malam perlu balik ke rumah semula, tertinggal heels atas tangga, putera raja cuba mencari pemilik heels, terjumpa Cinderella dan memakaikannya heels yang dia kutip, kahwin dan happy ending. Dongeng.

Sedang kau sibuk impikan kehidupan sebegitu, kau perlu tahu sebelum bertemu kebahagian akan rasa keperitan hidup. Kalau kau seorang peminat cerita Walt Disney kau pasti tahu setiap penamat ceritanya, happy ending. Kau tertipu. Setiap cerita dongeng Walt Disney yang asalnya penuh kepahitan dan salah satunya adalah Cinderella.

------------------------------------------------------

"Betul kau tidak pergi kemana-mana semalam?" Garang.

"Bb..betul ibu." Dengan menahan kesakitan dia menjawab.

Terlalu takut untuk menatap mata ibu tirinya. Tajam dan zalim.

"Aku tidak mahu kau keluar dari bilik ini, sehingga malam. Faham?!" Stepmother membentak.

Cinderella hanya mendiamkan diri. Air matanya yang sejak tadi menahan akhirnya jatuh.

Ibu tirinya menghempas daun pintu yang sudah usang dan membiarkan dirinya menahan kesakitan ditampar ibu tirinya sebentar tadi. Dia bangkit dan mendapatkan semangkuk air suam dan kain, merawat sendiri luka tamparan yang dia terima tadi. Pedih.

Cinderella menghabiskan masa di dalam bilik dengan membaca buku-buku yang memang sudah dia hafal jalan cerita dan konsep penceritaannya. Terlalu banyak kali dia mengulang buku yang sama.

Sedang dia leka membaca buku, terdengar suara-suara riuh di luar rumah.

Dia bangkit dan menghampiri birai tingkap, terlihat sebuah kereta kuda yang agak familiar pada penglihatannya. Ya, itu kereta kuda diraja dan yang berada di dalam sana ialah seorang menteri dan putera raja.

Putera? Apa yang putera raja itu buat disini?

Hatinya yang digaru rasa ingin tahu membuatkannya mengingkar arahan ibu tirinya. Dia mengambil keputusan untuk menyelinap keluar dari biliknya namun gagal kerana ibu tirinya bertindak lebih awal dengan mengunci dirinya di dalam bilik.

REKAANWhere stories live. Discover now