Scarecrow

39 0 0
                                    

Kalau kau pernah baca atau tonton cerita The Wizard of Oz, pasti kau kenal Hunk, sebuah patung atau orang-orang yang hidup dan mempunyai impian untuk memiliki seketul atau sebiji atau sebuah otak. Huh! Aku masih gagal dalam mengolah Bahasa Melayu. Sedih.

Hunk mempunyai perwatakan yang agak baik tidak seperti cerita yang bakal kau baca ini. Sedikit kejam seperti Scarecrow dari filem The Batman. Jangan risau, aku tidak menciplak dari mana-mana kisah box office dan menjadikannya bahan retold. Tapi cerita pendek ini masih mempunyai dan memerlukan penghargaan.

So, enjoy this.

------------------------------------------------------

Mereka masih meneruskan perjalanan sehingga sampai di luar pagar kayu yang hanya dipaku secara bersilang dan dicacakkan di atas tanah.

"Betul ke kita nak buat benda ni?" Tanya Riff.

"Berapa kali aku nak cakap? Ya, Kita buat lagipun dah sampai dah." Marah Joe walaupun kedengaran getar pada suaranya.

"Apa kita nak buat sekarang?" Tanya Riff lagi.

"Kita masuk dalam, culik patung tu, keluar tanpa meninggalkan jejak. Faham?" Jelas Joe dengan ringkas.

Kedua-dua mereka terus memanjat pagar kayu yang hujungnya telah diruncingkan dengan tajam. Namun, mereka tetap dapat melepasinya dengan mudah kerana kedua-dua mereka mempunyai fizikal yang agak kurus dan tinggi.

Mereka terus meluru ke arah patung yang dibuat oleh Mr. Grapeton sendiri bagi menakut-nakutkan binatang daripada menghampiri dan memakan segala tanamannya.

Patung yang dibuat oleh Mr. Grapeton bukan sahaja dapat menakutkan binatang, malah sesiapa sahaja yang lalu di hadapan kebun Mr. Grapeton akan berasa seram sejuk walaupun pada waktu siang. Maka, disebabkan patung itulah Mr. Grapeton sentiasa memperoleh pendapatan yang agak lumayan kerana tanamannya yang sentiasa subur dan dijaga dengan baik. Sebab itu juga, kedua-dua petani muda, Riff dan Joe cemburu melihat pendapatan Mr. Grapeton.

"Mana patung tu?" Tanya Joe sedikit cemas kerana sudah hampir 18 minit mereka mencari patung Mr. Grapeton namun tidak jumpa.

"Entahlah. Kalau siang patung tu dekat je dengan pagar kita masuk tadi. Mana patung tu? Tak mungkin Mr. Grapeton bawa masuk pula? Dia tak takut ke tanaman dia di makan burung-burung nanti?" Riff penuh dengan persoalan.

Mereka berdua teruskan mencari. Malam itu agak terang walaupun hujan renyai, namun patung yang mereka cari masih tidak jumpa.

Sewaktu Joe menghampiri batas yang masih baru digambur, tiba-tiba kilat menyambar antara satu sama lain dan terlihat di hadapan Joe sebuah patung yang palangnya dicacak di atas tanah.

REKAANWhere stories live. Discover now