1:47 dan aku masih berjaga. Entah kenapa hari ini aku tidak terasa hendak tidur. Selalunya rasa kantuk itu datang sebelum pukul 12 malam.
Aku memusing badanku ke kiri dan kemudian berpaling ke arah kanan, masih juga tidak mahu tidur. Aku duduk bersandar di dinding, mengeluh sendirian.
Sedang aku termenung memikirkan cara cepat dan mudah untuk tidur, satu ketukan kedengaran. Ketukan itu bukan datangnya dari pintu tetapi kedengaran seperti kaca yang bertembung dengan objek keras menghasilkan bunyi ketukan yang jelas.
Aku mencari-cari punca bunyi namun tiada apa yang mencurigakan. Bunyi ketukan itu masih jelas kedengaran dan tidak jauh dari tempatku duduk.
Aku bingkas bangun. Pada awalnya aku berfikir punca bunyi itu dari luar tingkap tapi apabila aku menyelak langsir jingga keperangan yang ibuku belikan tiada apa di luar, sunyi sambil ditemani renyai hujan menghempas bumi. Aku berfikir sejenak logik sekiranya deraian hujan dan cermin apabila bertemu akan menghasilkan bunyi ketukan yang boleh dicipta oleh manusia atau objek berat, namun aku menolak logik tersebut dan terus mencari punca bunyi ketukan tatkala terdengar ketukan yang dibuat semakin kuat.
Sedang aku membelek-belek almari bersebelahan meja solek, bunyi ketukan tersebut semakin jelas kedengaran. Aku mengamati cermin pada meja solek tersebut. Ya, bunyi ketukan itu kedengaran jelas dari dalam cermin meja solek.
Aku menghampiri meja solek tersebut. Dengan sedikit keberanian, aku menghulur tanganku ke hadapan untuk menyentuh permukaan cermin dan perkara yang buat aku sedikit tersentak tatkala tanganku bersentuhan dengan cermin, tiada refleksi yang dibuat sebaliknya tanganku menembusi cermin besar tersebut. Aku menarik semula tanganku.
Aku memandang cermin dan terlihat jelas pantulan diriku pada permukaan cermin seperti tiada apa yang mencurigakan.
Sekali lagi aku beranikan diri menyentuh permukaan cermin dan untuk kali kedua ini tanganku dapat menembusi cermin tersebut. Kemudian aku menarik semula tanganku. Aku duduk di bangku meja solek sambil memikirkan sesuatu.
"Apa yang jadi ni? Apa kat dalam sana? Patut ke aku pergi tengok? Hermm.." Aku bermonolog sendirian.
Aku berdiri tegak di hadapan cermin. Menghirup sedikit oksigen dan perlahan-lahan aku hembuskan karbon dioksida.
"Huuu.."
Aku menolak sedikit badanku ke hadapan dan sedikit demi sedikit kepalaku menembusi permukaan cermin. Sehinggalah ke paras leher, aku berhenti menolak.
"Tempat ni..ini..ini sama..sama dengan..bilik..aku?" Aku sedikit terkejut melihat imej disebalik cermin.
"Apa yang aku karut ni? Memanglah sama. Nama pun cermin. Aduhhh sengal arr aku ni." Aku menolak rasa kepelikan setelah melihat imej disebalik cermin. Namun, aku tetap rasa ragu-ragu, dengan segalanya pada waktu itu.
Aku terus menolak keseluruhan tubuhku masuk ke dalam cermin meja solek. Habis diriku ditelan cermin, aku melihat sekeliling. Objek dan imej mempunyai bentuk yang sama tapi kedudukan yang bertentangan serta pembiasan cahaya yang dikenakan akan menampakannya songsang. Kesemua barang di dalam bilik tersebut sama seperti di dalam bilikku. Namun, kedudukan barangnya yang songsang membuatku sedikit kekok.
"Kalau semua ni pantulan objek dari dunia realiti, maknanya mesti ada imej aku, kan?"
Perlahan-lahan aku menuju ke bilik air yang tidak berapa jauh dari cermin meja solek. Dengan berhati-hati, aku membuka daun pintu bilik air namun tiada siapa di dalam sana. Hanya lantai yang dibiarkan basah seperti seseorang telah menggunakannya dengan longgokan baju yang belum dicuci, sama seperti kehidupan 'objek'ku.
YOU ARE READING
REKAAN
RandomSebuah kehidupan yang aku reka berdasarkan imaginasi sendiri. Tak perlu teori atau formula sebab ini bukan realiti yang kau perlukan logik akal. Cuma perlu faham imaginasi dan kau akan tahu perasaan aku.