Chapter 2

3K 349 36
                                    

"Soo dengan appa. Kejap lagi Soo sampai kat perhentian train. Nae, omma. Arraseo. Eohh... nae. Anyeong..." Soo menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga setelah panggilan bersama ibu tersayang ditamatkan. Soo dan Chanyeol berada di dalam kereta. Menuju ke perhentian keretapi untuk ke Busan. Meskipun masih awal pagi, namun mereka berdua tetap juga mengambil keputusan untuk bergerak pada waktu seperti ini. Orang tidak berapa ramai dan jalan raya tenang. Sesuai dengan mood Soo dan Chanyeol sekarang.

Soo menyandarkan tubuh perlahan. Tangannya nakal menekan-nekan punat tingkap kereta membuatkan cermin naik turun.

"Omma cakap apa? Appa tahu, omma bising sebab kita lambatkan? Lain kali, tak payah deng..."

TIN! TIN! TIN!

Kaki Chanyeol pantas menekan pedal brek sekuat hatinya. Tubuhnya sedikit ke depan akibat brek mengejut itu. Susulan hal tersebut, beberapa buah lori bomba laju menyusuri kawasan perumahan sebelah kiri. Perumahan kondominium. Chanyeol dan Soo saling memerhati lori-lori tersebut dengan darah yang masih gemuruh.

"Ada kebakaran..." mulut Chanyeol menggumam kecil sambil melihat sebuah kondominium pada tingkat atas mengeluarkan api dan asap yang agak banyak. Api juga marak. Menunjukkan waktu itu keadaan nampak gawat sekali.

Soo melihat luar tingkap yang sengaja dibukanya tadi. Matanya merenungi langit yang bakal mencerah tidak lama lagi. Tangannya dikeluarkan dari dalam kereta dan ditadah. Ada sesuatu yang jatuh pada telapak tangannya. Soo menarik semula tangannya dan menggenggam perlahan. Telapak tangannya ada kesan kehitaman. Seperti abu terbakar. Mungkin dari kondominium yang terbakar tadi.

"Soo ah? Gwenchana? Maafkan appa sebab buat Soo takut. Nasib baik tak apa-apa." Kata Chanyeol dan meminta maaf sekali kerana leka. Mereka menerukan perjalanan setelah merasakan mereka terlalu lama berhenti di atas jalan raya ini.

* * * * * *

Ramai manusia berpusu-pusu masuk ke dalam stesen kereta api sekarang. Ada yang berlari, berjalan. Ada yang gembira apabila bertemu dengan keluarga yang tercinta. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Petugas-petugas juga turut bermesra dengan penumpang-penumpang kereta api berkelas tinggi ini.

Jurupandu juga sudah bersiap sedia masuk ke dalam kokpit kereta api. Sedia menjalankan tugas pada pagi ini.

Pramugari dan pramugara juga sudah bersiap sedia untuk mengambil tempat masing-masing. Memastikan semua penumpang berada di dalam keadaan yang cukup selesa tanpa ada masalah.

Seorang pramugari bertag nama sebagai Jae Hi berjalan sambil leka dengan walkie talkie di tangan sehingga tidak perasan, seorang pramugara keluar dari tandas.

"Eoh! Mianhae..." mereka saling menundukkan tubuh tanda hormat. Jae Hi tersenyum manis. Begitu juga dengan lelaki itu. Jae Hi meneruskan langkah ke hadapan namun namanya dipanggil.

"Jae Hi ah..."

"Nae, Sehun ah?" Jae Hi menoleh dan memandang pramugara bertag nama Sehun tersebut.

"Your... your scraf. Tak betul." Kata Sehun dengan senyuman. Jae Hi melihat scarf pada lehernya dan ternyata, memang senget. Cepat tangannya membetulkan kembali.

"Kamsahamnida, Sehun ah..."

"Nae." Sehun terus sahaja beredar dan sempat memberikan senyuman buat Jae Hi. Jae Hi teruskan perjalanan ke gerabak kereta api yang seterusnya untuk menjalankan tugas.

* * * * * * *

"Semua boleh ambil tempat! Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu saya. Arra?!"

"Arraseo, hyung-nim!"

Satu kumpulan pemain bastball sedang mengambil tempat duduk masing-masing untuk menuju ke Busan. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Sementara seorang lelaki berpakaian pasukan bastball bernama Choi Seung Cheol sedang memasukkan beg ke atas ruangan beg pada atas. Khusyuk dia memasukkan beg-beg, matanya terarah pada pintu yang memisahkan antara gerabak-gerabak. Kelibat figura seorang gadis berskirt pendek, berambut panjang dan berkasut merah sedang melangkah menuju ke gerabak kumpulannya.

"Eoh! Park Saeran!" Seung Cheol menunjukkan reaksi terkejut. Semua rakan-rakannya memandang ke tempat yang dia lihat dan semua nampak terkejut.

"Hey! Park Saeran ah!" Semua menyebut nama gadis itu. Saeran ketawa kecil dan tersenyum.

"Sorry lambat, guys." Kata Saeran. Lelaki-lelaki yang ada di dalam itu ketawa. Saeran berwajah cantik, comel pula tu. Semua orang sukakan dia.

Dalam pada itu, ada seorang lelaki yang tidak sama seperti yang lain. Jeon Wonwoo. Bertopi dan sedang membaca buku. Tidak hiraukan kehadiran Saeran meskipun hatinya tertanya-tanya, kenapa gadis itu berada di sini. Wonwoo menyumbat earphone ke dalam telinga. Malas hendak ambil tahu.

Park Saeran meneruskan langkahannya untuk mencari tempat duduk. Kebetulan, sebelah Wonwoo tiada sesiapa yang menghuni. Laju punggung Saeran berlabuh di situ.

"Hey, Wonu." Selamba tangan Saeran mencabut earphone kanan Wonwoo dan menyumbat ke telinganya pula. Muka tidak bersalah dan bersahaja. Wonwoo berdecit. Dia menarik semula alat pendengar itu dari telinga Saeran dan dia mengeluh kecil.

"Jangan kacaulah... haishh..."

"Eleh... kacau gitu je pun. Yah... aku baru teringat semalam. Thanks sebab bagi hadiah kat aku. Aku jumpa dalam loker and I see your name kat hadiah tu." Kata Saeran dengan wajah bangga. Wonwoo terkedu. Hatinya menggerutu geram. Perlu ke bercakap di sini?

"Woahhhh!!! Wonu!!! Wonu!!!" Rakan-rakannya yang lain bersorak-sorak memanggil namanya. Wonwoo menyelorotkan tubuhnya sendiri dan menundukkan kepala. Topi yang dipakai ditutup separuh wajah. Malu. Sementara Saeran tersengih-sengih di sebelah.

* * * * * *

Tangan tua itu laju mengopek kulit telur. Perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak mencemarkan isinya.

"Jung Ri ah, nah makan. Kau belum makan dari tadi." Hulur wanita dalam lingkungan lewat 40-an itu kepada adik perempuannya yang berada di sebelah. Sementara menunggu keretapi bergerak, makan dulu.

"Yah, telur je pun. Tak naklah!" Wanita itu menolak sambil ketawa. Dia tidak hiraukan kakaknya yang juga turut ketawa itu.

"Makanlah..."

Sibuk adik-beradik itu berbual, pintu yang memisahkan gerabak-gerabak terbuka. Kelihatan Chanyeol bersama Soo baru sahaja masuk ke dalam tadi. Chanyeol bercakap dengan seseorang dalam telefon. Sementara Soo pula erat menggenggam tangan ayahnya.

Mereka mencari tempat duduk yang telah ditetapkan. Soo menunjukkan nombor tempat duduk kepada Chanyeol kerana Chanyeol sibuk bercakap dengan seseorang dalam telefon bimbit. Nampak sibuk sekali. Mungkin urusan kerja.

Soo mengambil tempat di sebelah tingkap kereta api sementara Chanyeol di sebelahnya. Selesai bercakap dalam telefon, Chanyeol memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket baju kotnya. Wajah Soo yang nampak tenang dipandang sebelum menyandarkan tubuh perlahan-lahan. Selesa.

* * * * * *

Petugas yang ditugaskan untuk memastikan semua penumpang pada kereta api yang telah ditetapkan naik ke dalamnya mula melihat jam tangan. Matanya fokus pada sebelah kiri sehingga tidak sedar ada kelibat yang kelam-kabut masuk ke dalam kereta api. Tanpa dia sedar.

Tubuh gadis berhoodie putih dan berseluar pendek ini terhuyung hayang ke sana ke mari sambil terdesah-desah dalam mengah. Seperti menahan sakit yang amat sangat. Tangan dan kakinya calar balar. Menunjukkan bahawa gadis itu dalam kegawatan yang dahsyat. Ketika itu tiada sesiapa yang sedar akan kehadirannya. Tubuhnya terlonjak-lonjak sehingga terbaring di atas lantai. Ruangan ini tiada sesiapa yang lalu kerana laluan ini merupakan laluan yang memutuskan antara gerabak-gerabak yang ada.

Berbalik kepada petugas tadi, petugas itu sudah mula menunjukkan isyarat kepada petugas berbaju biru. Petugas berbaju biru ini mengangguk kepala dan mengeluarkan kunci kereta api dalam kot birunya. Lantas kunci besar itu dicucuk ke dalam rumah kunci dan diputarkan. Maka, segala pintu yang ada tertutup.

Petugas yang berbaju kot hitam tersebut mula beredar, menandakan tugasannya sudah selesai. Kakinya hendak melangkah ke tangga, namun telinga terdengar sesuatu yang kurang enak. Lantas diangkat kepala dan memandang atas.

"Ohh!! Oh!!" Orang ramai berpusu-pusu di atas. Keadaan mereka nampak huru-hara dan tidak terurus.

"Ada apa... kat atas tu?"

[HIATUS] Train To Busan 부산 기차 (Book's Version)Where stories live. Discover now