Chapter 6

1.6K 219 20
                                    

Orang ramai mula ambil tempat untuk berehat. Semua mengambil eskolator untuk naik ke tingkat atas stesen perhentian ini. Chanyeol, Soo, Aira, Xiumin serta Wonwoo dan Saeran juga mengambil tempat. Masing-masing berada di dalam keadaan takut-takut dan was was. Bimbang jika zombie datang menyerang kerana keadaan sungguh sunyi ketika ini.

Stesen perhentian ini nampak berselerak. Beg-beg bertaburan. Dan ada penghadang yang baru dipasang supaya tidak masuk ke kawasan itu. Semua orang berjalan ke hadapan tetapi Chanyeol tidak. Chanyeol memasuki kawasan yang telah dilarang tersebut bersama Soo. Xiumin dan Aira memerhatikan sahaja. Entah apa yang hendak dibuat oleh Chanyeol itu. Xiumin tidak berminat untuk ambil tahu. Biarlah lelaki itu mahu ke mana sekali pun.

"Tak ada apa-apalah. Biarkan je diorang." Kata Xiumin apabila Aira memberhentikan kaki untuk melangkah. Mereka meneruskan perjalanan sementara Chanyeol sudah masuk ke kawasan yang dilarang tersebut.

Penghadang-penghadang yang ada di tolak dan dia masuk. Soo melepaskan pegangannya.

"Kenapa, sayang? Cepat!" Chanyeol menanya dan ingin mencapai tangan Soo tetapi Soo mengelak.

"Kita nak ke mana?"

Chanyeol menoleh ke belakang sebelum menjawab.

"Kita nak cari tempat yang selamat."

"Tempat yang selamat? Kat mana?" Soo menanya lagi.

"Ya. Jo..." ayat Chanyeol terputus tatkala terlihat figura seorang lelaki yang dijumpainya di dalam kereta api tadi. Sewaktu dia menelefon pekerjanya. Lelaki itu nampak seperti tidak betul dan tidak terurus. Bajunya kotor, mukanya comot. Chanyeol menarik Soo ke belakangnya. Tidak mahu anaknya dicederakan.

"Nak apa?!" Chanyeol menyoal. Lelaki itu melangkah selangkah demi selangkah ke arahnya.

"Jalan.. jalan..." lelaki itu menyuruh Chanyeol terus masuk ke dalam kawasan larangan.

"Pergi jelah ke sana. Pakcik jangan ikut saya." Kata Chanyeol.

"Kat sana.. kat sana tak selamat. Tempat ni sebenarnya tak selamat. Bila-bila masa je zombie tu akan datang. Ki... kita kena cari jalan lain." Kata lelaki itu lagi. Soo seakan terpengaruh. Dia memandang Chanyeol. Tangannya dilepaskan dari pegangan Chanyeol.

"Kita pergi sana..."

"Soo! Soo ah! Dengar cakap appa. Kita ke laluan sini."

"Tapi nanti..."

"Kita tengok dulu! Kita tengok dulu, okey? Kita tengok dulu..." Chanyeol tinggi suara tetapi lama kelamaan suaranya rendah semula. Sedar, dia tersalah. Soo masih kecil. Sebagai ayah, dia perlu lindungi. Bukan takutkan.

"Soo takut. Soo takut appa kena. Soo risaukan omma juga. Macam mana kalau kita tak selamat dan omma..." Soo menundukkan kepala dan cuba mengawal riak wajah. Air mata sudah bertakung pada kelopaknya. Menanti untuk jatuh sahaja.

Chanyeol merenung anak mata Soo. Berkaca.

* * * * * *

Sedari tadi, Aira asyik memandang ke belakang. Entah kenapa, hatinya risaukan dengan keadaan Chanyeol dan Soo. Hatinya tidak sedap.

Ketika mereka turun ke tingkat bawah stesen kereta api, Xiumin terlihatkan sesuatu pada luar. Hatinya mula kurang enak. Beberapa perkakas polis juga banyak bertaburan di tangga dan lantai. Darah juga banyak terpercik di kawasan ini. Dia cuba sedapkan hati walhal memang tidak sedap pun sekarang.

* * * * * *

"Soo... Soo tunggu sini ya?" Chanyeol memberikan beg kuning kepada anaknya. Melihat lelaki tadi berlari meminta tolong kepada seseorang yang muncul di hujung laluan yang dilarang itu.

[HIATUS] Train To Busan 부산 기차 (Book's Version)Where stories live. Discover now