Chapter 10

2.2K 197 43
                                    

Mulutnya ditekup dengan pramugara berbaju biru tadi. Telefonnya berbunyi di atas lantai. Panggilan daripada Wonwoo. Sementara orang lain yang terselamat telah menahan pintu tersebut dengan ikatan-ikatan kain. Idea lelaki berkot hitam tadi. Yang pentingkan diri sendiri. Pramugara yang tadinya tidak bertindak seperti itu terpengaruh dengan segala kata-kata lelaki berkot hitam tersebut.

Lelaki berkot hitam tadi memandang telefon bimbit Saeran yang terjatuh. Berbunyi kerana panggilan daripada Wonwoo. Terpapar gambar Wonwoo di situ. Jelak dengan perkara tersebut, lelaki berkot hitam itu memijak skrin telefon Saeran dengan tumit kasutnya. Terus senyap. Skrin pecah. Tiada lagi bunyi.

* * * * *

Wonwoo mula geram. Panggilannya putus tiba-tiba. Dinding pintu diketuk-ketuk.

"Saeran! Saeran! Saeran! Buka pintu ni! Saeran!"

Chanyeol memandang belakang, Xiumin masih bergelut dengan zombie yang tersepit tadi. Semakin lama dilihat wajah Xiumin semakin kepenatan. Bantuan pasti diperlukan. Lantas dia berlari ke arah Xiumin, dan memukul kepala-kepala mahupun tangan yang tersepit itu sekuat hatinya.

"Wonwoo! Cepat buka pintu tu!" Xiumin menjerit lagi. Dia masih menahan pintu dari terus terbuka luas.

"Tak boleh, hyung!" Wonwoo hampir menangis. Dia masih lagi mencuba. Lelaki serabai tadi juga turut membantu. Sementara Soo dan wanita tua tadi duduk. Aira berdiri, memerhatikan suaminya yang kepenatan.

"Pecahkan je!"

Wonwoo akur. Dia ikut apa yang Xiumin katakan. Dengan adanya kayu bastball ini, Wonwoo pecahkan pintu tersebut. Tiada jalan lain. Hanya ini. Dengan kekuatan yang ada, dia menghentam pintu itu sekuat hatinya.

Sukar.

"Ppaliwa!!!" Chanyeol pula menjerit. Keadaan memang gawat sekarang. Bila-bila masa sahaja zombie-zombie itu boleh terlepas dan menyerang mereka.

Chanyeol menyambung memukul. Xiumin hilang kudrat. Dia menahan pintu sedaya habisnya sehingga tidak sedar, tangan kirinya digigit oleh zombie yang mengeluarkan kepala.

"Argh!! Argh!!!"

Chanyeol terus memukul kepala tersebut dan gigitan itu terlepas dari tangan Xiumin. Namun terdapat bekas yang agak dalam kerana gigitan itu.

Xiumin masih juga cuba untuk bertahan walaupun fizikalnya mula menunjukkan tanda-tanda kurang baik.

Wonwoo pula tetap memecahkan pintu tadi. Dia perlu cepat. Xiumin sudah digigit. Tanda-tanda lelaki itu bakal menukarkan fizikal kepada zombie semakin kelihaatan.

Pecahkan lagi. Lagi. Dan lagi. Akhirnya...

Wonwoo berjaya pecahkan. Segera dia masuk ke dalam. Tetapi lelaki yang berkot hitam tadi cuba untuk menutup pintu lagi satu pula. Tetapi Wonwoo sempat menahan dengan tangannya. Lelaki itu tetap juga hendak menutup pintu tersebut. Wonwoo cuba menolak lelaki tersebut dengan sebelah tangannya. Orang-orang lain mula membantu lelaki tadi. Hendak menutup pintu, menghalang Wonwoo untuk masuk.

Wanita tua yang terpisah dengan kakaknya tadi terlihat wajah kakaknya melalui cermin dinding. Dia agak terkejut. Lantas dia terus bangun.

"Unnie..."

Saeran pula sedaya upaya untuk lepaskan diri. Geram, digigit jari pramugara itu dan dia terlepas. Dia menuju ke arah lelaki tersebut.

* * * * * *

Soo mula menangis. Keadaan yang bising dan tidak tenang membuatkan dia rasa takut. Sangat takut. Chanyeol pula jauh dengannya. Masih bergelut dengan zombie-zombie itu.

Aira cuba melangkah setapak demi setapak menuju ke arah suaminya. Air mata mula bertakung. Xiumin perasan akan hal itu.

"Jangan dekat! Jangan dekat, sayang! Jangan!" Tetapi hati siapa yang tidak luruh, melihat jasad isteri yang entah bagaimana perasaanya berdiri di tengah-tengah laluan sambil menangis. Jatuh berderai air mata Aira ketika itu.

"Jangan nangis. Awak kena pergi. Jangan tunggu saya. Pergi!" Dia menyuruh. Cermin pintu mula pecah. Dia masih menahan pintu.

"Chanyeol. Chanyeol! Dah... tinggalkan aku. Pergi sana. Bawa isteri aku. Pergi sana! Aku amanahkan dia kepada kau. Dah... pergi. Pergi sana!"

Chanyeol buat-buat tidak dengar. Hatinya juga turut tersentuh dengan kata-kata Xiumin. Dia tahu, Xiumin bakal mati nanti kerana gigitan tadi. Tetapi dia tidak peduli. Sudah dianggap Xiumin seperti rakan lama. Walaupun pada mulanya agak ketat sekali hendak memulakan perbualan. Lama mereka berjuang bersama-sama untuk menempuhi laluan ini.

"Dah... aku cakap pergi. Tolonglah... bila-bila masa aku boleh mati. Pergi sana... tinggalkan aku. Pergi!!!"

Chanyeol serba-salah. Dia tahankan air mata. Kepalanya ditolehkan ke belakang. Aira sedang menangis.

"Ma... maafkan aku."

Serentak dengan itu, Chanyeol terus angkat kaki dari situ. Berlari mendapatkan Aira yang sudah teresak-esak.

"Cepat! Kita kena pergi!" Chanyeol menarik tangan Aira supaya pergi dari situ. Namun baru beberapa langkah, Xiumin memanggil.

"Choi Aira! Jaga anak kita baik-baik. Ya?" Kata Xiumin. Dia masih menahan pintu. Aira memandang suaminya dengan air mata yang bertakung dan mata yang berkaca-kaca. Dia ukirkan senyuman, tetapi senyumannya terus mati apabila pintu pecah.

"Argh!!!" Aira menjerit. Tuhan... pilunya hati melihat suami sendiri bertelingkah sendirian dengan zombie itu. Tubuhnya ditarik ke belakang oleh Chanyeol. Matanya tidak lepas dari terus memandang Xiumin. Daripada menjadi manusia biasa, kepada menjadi zombie. Matanya mula bertukar kepada warna kekelabuan. Tiada lagi suara lembut menyeru namanya. Tiada lagi gurauan senda yang menyakitkan hatinya. Semuanya lenyap begitu sahaja.

Chanyeol berjaya lepasi pintu yang ditahan oleh pihak sebelah. Kepenatan jelas terbias pada wajahnya. Namun dia perlu segera. Soo yang menangis, menarik perhatian. Lalu ditangkap tubuh itu dan dibawa ke sebelah. Aira juga dicapai. Tetapi tidak sempat untuk mencapai wanita tua yang sedari tadi setia menanti.

Baru sahaja Chanyeol hendak mendekat, wanita itu diserang daripada belakang. Terus hilang senyuman kegembiraan wanita tersebut apabila terlihat wajah adiknya yang terpisah lagi tadi. Chanyeol tiada jalan lain. Ditutup pintu terus. Keadaan normal seketika. 

[HIATUS] Train To Busan 부산 기차 (Book's Version)Where stories live. Discover now