Chapter 8

1.4K 211 47
                                    

Xiumin melilit tangannya yang sudah kemas berbalut mafla tadi dengan tape kuning. Khusyuk.

"Kita kena rempuh juga. Sampai bila dah sampai kat tempat Aira, anak kau, dengan train yang selamat, kita tunggu sampai Busan." Kata Xiumin, merancang. Chanyeol dan Wonwoo angguk tanda faham. Tangannya mencapai sebatang kayu lantas dicampak ke arah Chanyeol. Chanyeol menyambut kemas. Itu akan dijadikan alat perisai nanti.

"Tak perlu takut. Kita sama-sama buat..."

Langkah di ambil setapak demi setapak. Suasana yang gelap tadi ketika melalui terowong mula cerah semula. Xiumin di hadapan. Sementara Chanyeol dan Wonwoo di belakang. Mereka sedia menyerang. Walau apa yang terjadi. Ya.

Zombie-zombie yang berkeliaran di gerabak hadapan mula menghidu deria manusia. Tatkala terpusing sahaja tubuh zombie tersebut, Xiumin mula ambil langkah.

"Khaja..."

Terus sahaja Xiumin meluru ke arah zombie-zombie tersebut dan maju ke hadapan setelah merempuh dengan pelbagai cara. Ditendang, disepak, dipukul, dipatahkan, semuanya! Selagi dia mampu, dia akan buat. Wonwoo dan Chanyeol masih buntu langkah. Mereka masih ragu-ragu. Sama ada hendak membelasah mahupun tidak. Tetapi melihat Xiumin yang bersungguh-sungguh, mereka rasa tercabar dan lakukan sama seperti apa yang Xiumin lakukan.

Sungguh, tenaga jelmaan ini sangat hebat. Pelbagai cara dilakukan, payah untuk diatasi. Namun semangat dan usaha, mereka tetap juga teruskan. Dikepala Xiumin memikirkan Aira. Dikepala Wonwoo teringatkan Sae Ran. Dan Chanyeol... hanya satu-satunya insan yang dia risaukan... Soo.

Darah terpercik sana sini. Keadaan tidak berhenti. Selagi tidak dapat apa yang zombie itu mahukan, zombie itu tidak akan berhenti.

Gerabak pertama, selesai.

Gerabak kedua.

Wonwoo maju ke hadapan kali ini. Pintu dibuka tanpa ragu. Namun apabila jasad-jasad rakan-rakannya yang sudah menjadi zombie terbit pada mata, semangatnya luntur. Serta-merta. Xiumin faham. Lantas ditepis bahu Wonwoo ke belakang.

"Tepi..."

Xiumin mula melakukan tugasnya sambil diperhatikan Wonwoo. Chanyeol juga maju. Hanya Wonwoo yang diam. Terpaku. Tidak dapat hendak melakukan sama seperti apa yang Chanyeol dan Xiumin lakukan. Wajah Seung Cheol, DK, Joshua, Seungkwan, dan rakannya yang lain menyebabkan rasa tidak sampai hatinya terbit dalam diri. Tetapi apabila melihat Xiumin dan Chanyeol masing-masing tidak mampu hendak menampung zombie-zombie itu dengan kudrat yang tinggal, Wonwoo tarik nafas panjang. Nekad, dia perlu lakukan juga. Namun, belum sempat dia melibas pemegang basball itu ke arah rakan-rakannya, tiba-tiba suasana gelap.

Kereta api melalui terowong.

Zombie yang tadinya agresif, kini mula melonggarkan pegangan pada tubuh Wonwoo dan Chanyeol. Chanyeol terdiam seketika. Berfikir.

Adakah zombie tidak dapat menghidu bau manusia apabila berada di dalam keadaan yang gelap?

Xiumin dan Wonwoo berfikir benda yang sama. Chanyeol melihat keadaan zombie-zombie tersebut. Sedang menghadam pemikiran, bagaimana hendak melepaskan diri. Tiba-tiba, bola basball yang berada di bahagian atas terjatuh dan menghasilkan bunyi. Serta-merta zombie tersebut pergi ke arah bunyi tersebut.

Chanyeol mula faham. Dikepalanya ada strategi. Dipanjangkan tangannya yang memegang pemukul bola, lantas diketuk pada dinding kereta api. Zombie-zombie tersebut terus pergi ke arah bunyi itu. Laju. Xiumin dan Wonwoo yang memerhati juga mula faham apa yang sedang berlaku ini.

Chanyeol memberikan isyarat mata ke arah dua rakannya. Wonwoo dan Xiumin saling mengangguk. Mereka menuju ke pintu kereta api yang memisahkan bahagian gerabak-gerabak tertentu setelah laluan selamat untuk dilalui.

[HIATUS] Train To Busan 부산 기차 (Book's Version)Where stories live. Discover now