Chapter 9

1K 176 6
                                    

Saeran duduk termenung sendirian. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat siapa yang menghantar pesanan ringkas itu. Wonwoo.

Aku selamat. Kejap lagi aku pergi ke gerabak kau. Tunggu aku.

Saeran tersenyum lebar. Lantas dia berdiri.

"Kawan saya selamat! Dia nak datang ke sini." Kata Saeran teruja. Dia mendapatkan pramugara berbaju biru laut dan beritahu lagi sekali.

"Kawan saya dari belakang, dia selamat. Dan dia nak datang ke sini dengan yang lain."

"Siapa?" Lelaki yang berkot hitam itu menyoal dengan wajah yang tidak berpuas hati.

"Kawan saya."

"Dia dengan yang lain selamat nak datang ke sini. Berkumpul dengan kita dekat sini."

"Berkumpul? Kat sini? Dari belakang? Lepas dah kena pegang, berpukul, bertumbuk dengan zombie-zombie tu? Tak payah! Tak payah nak menggedik! Jangan biarkan diorang ke sini! Tak payah!" Berubah wajah Saeran dibuatnya apabila lelaki berkot hitam itu membentak sebegitu rupa.

"Pakcik tak kesiankan diorang ke?"

"Yah.. nak buat apa kesiankan orang? Diri kau sendiri kau tak mampu nak jaga, kau nak sibuk kesiankan orang. Hei, perempuan. Kau tengok... kau tengok yang dah ada kat sini. Ramaikan? Lepas tu datang lagi entah siapa-siapa, nak ke sini lagi. Kau tahu tak itu menyusahkan?! Menyusahkan aku! Lupakan kawan kau tu! Biarkan mati aje! Tak payah ke sini!" Lelaki itu membentak lagi sekali. Terhingut bahu Saeran dan yang lain dibuatnya dengan jeritan itu. Kemudian lelaki itu ketawa, mengejek. Saeran melihat penumpang yang ada di dalam train ini. Ramai. Dan semua sedang melihatnya. Bagai membantah seratus peratus itu membuka pintu yang telah disekat dengan pelbagai benda. Saeran jatuhkan pandangan kepada lelaki pramugara. Minta simpati dan kebenaran.

"Pakcik... pakcik pun tak nak tolong saya?"

Lelaki itu diam.

"Pakcik! Jangan diam... tolonglah saya." Saeran mula hendak menangis. Lelaki itu masih juga dia sambil memerhatikan lelaki berkot hitam itu terduduk lemah kembali. Buntu.

* * * * * *

Suasana kereta api gelap kembali kerana melalui terowong buat kali yang ketiga. Xiumin membuka pintu tandas sedikit, hendak menjengah ke luar. Mujur sahaja zombie yang berjalan melewati jalan itu tidak terhidu Xiumin. Hampir sahaja kedudukan mereka. Xiumin keluar perlahan-lahan apabila zombie tersebut beredar. Diikuti dengan Chanyeol dan Wonwoo. Ketiga-tiga mereka mendapatkan Aira, Soo, serta dua lagi yang terselamat iaitu lelaki yang serabai dan wanita tua. Erat Soo mendakap pinggang Chanyeol. Rindu, takut, risau. Pelbagai rasa.

Mereka melihat hadapan. Banyak zombie yang ada. Mereka perlu lepasi itu sebelum suasana kembali cerah. Chanyeol melihat sekeliling sebelum tertumpu pada satu ruang atas tempat letak beg penumpang. Di ruang atas itu agak lebar, dan jika mereka melalui situ, mungkin boleh.

Chanyeol memandang Xiumin dan Xiumin memandang Chanyeol. Bagi isyarat mata.

"Tu?" Xiumin luruskan jari ke tempat yang Chanyeol katakan. Terus lelaki tinggi lampai itu anggukkan kepala. Xiumin tenung lagi. Hatinya yakin, mereka pasti boleh.

Hanya itu jalan yang tinggal, semuanya ikut rentak Chanyeol. Mereka menyelusuri gerabak ini perlahan-lahan sehingga tiba di hujung. Ketika itu suasana masih lagi gelap kerana melalui terowong yang lebih kurang mengambil masa 4 ke 6 minit.

Chanyeol tiba dahulu di bahagian hujung. Namun ada beg yang menghalang matanya. Lantas dicapainya beg itu dan dicampaknya ke belakang untuk menarik perhatian zombie-zombie tersebut. Berkerumum zombie-zombie yang ada kerana mendengar bunyi yang menarik perhatian mereka.

Kawasan hujung kosong. Tiada lagi zombie. Chanyeol turun. Dan diikuti dengan yang lain. Mereka menuju ke pintu untuk keluar dari situ. Sikit lagi hendak tiba di gerabak yang terkumpulnya orang-orang yang selamat.

Xiumin menyuruh semua berpindah ke sebelah. Tatkala tiba Chanyeol untuk melepasi kawasan itu, Soo melihat lelaki yang berserabai tadi yang cuba untuk turun. Lelaki itu berjaya turun, tetapi terjatuh, terperosok ke bahagian kaki penumpang.

Soo cuba mendekati, tetapi Chanyeol menahan. Chanyeol serahkan anaknya kepada Xiumin dan mahu menyelamatkan lelaki yang tidak terurus tersebut. Lelaki itu dalam ketakutan yang amat sangat. Menangis.

Chanyeol mencapai tangan lelaki tersebut, tetapi tak sempat. Suasana kembali terang.

Pantas Chanyeol dan lelaki tadi menyorok. Zombie mula mendekati. Agresif. Hendak mencari mangsa yang ada. Ketika itu Chanyeol sudah memegang pemukul bastball. Sediakan apa yang patut jika mereka diserang. Namun zombie tadi berpatah balik. Chanyeol memandang ke depan. Terlihat Xiumin ketika itu memberikan isyarat mulut supaya segera bertindak. Chanyeol angguk.

Dia memandang lelaki tadi.

"Dalam kiraan tiga, kita bangun. Okey?" Dalam isyarat mulut. Lelaki tadi diam. Takut.

"Cepat!"

Lelaki itu mula yakin, namun entah dari mana datangnya ada tin kosong yan berada di bawah kakinya. Terpijak dan menghasilkan bunyi. Maka, zombie-zombie tersebut mula agresif kembali.

Tetapi Chanyeol tidak peduli. Apa yang penting sekarang mereka perlu selamat.

"Cepat!"

Terus dia bangkit dan membawa lelaki tadi pergi ke gerabak sebelah. Lelaki tadi lepas, juga Chanyeol. Namun tatkala Xiumin hendak menutup pintu slidding, ada kepala zombie yang tersepit menyebabkan pintu itu sukar untuk ditutup. Wonwoo pergi mendapatkan pintu sebelah, yang di mana semua orang yang selamat dikumpulkan.

"Saeran! Saeran! Buka pintu ni! Saeran!" Wonwoo menjerit-jerit nama Saeran kerana dia tahu gadis itu berada di sebelah. Pintu sukar untuk dibuka kerana penghalang yang telah dibuat oleh pihak sebelah.

Xiumin masih menahan pintu. Kekuatannya semakin lama semakin berkurang. Kudratnya juga mula lemah jika nak dibandingkan dengan zombie yang memang tidak kenal erti penat lelah kerana telah digigit dan mati terkena virus.

"Cepat!!!" Xiumin menjerit.

Wonwoo ke tepi. Chanyeol pula ambil alih. Dicuba untuk menarik pintu slidding itu tetapi ketat. Memang payah. Wonwoo keluarkan telefon bimbit. Hendak mendail Saeran.

Tetapi Saeran...

[HIATUS] Train To Busan 부산 기차 (Book's Version)Where stories live. Discover now