Appa,takut

437 42 3
                                    

"Appa,bangun. Dah pagi. Nanti lewat pergi kerja" Jerit Aerin sambil melompat-lompat di atas katil milik Chanyeol.

"Aigoo,sayang janganlah lompat. Appa nak tidur ni" Kata Chanyeol sambil menarik comforter sampai paras lehernya.

"Appa,dah pukul 7. Nanti lewat tau" Ujar si anak kecil yang berumur 4tahun itu. Walau masih kecil dia petah berkata-kata.

"Nae,nae. Aerin pergi mandi dulu,okay?"

"Nae,appa"

Selepas Aerin mandi,dia menyarungkan baju tshirt biasa. Dia akan dihantarkan ke rumah neneknya,ibu Chanyeol.

Selepas itu,Aerin mencari pakaian yang sesuai buat Chanyeol.

Krekk.

"Appa,baju appa Aerin dah sediakan atas katil. Pakai tau baju tu tau. Kalau tak Aerin merjauk," Arah Aerin.

Begitulah rutin mereka. Kalau waktu cuti,Chanyeol pasti mengajak Aerin berjalan-jalan.

Walaupun Aerin bukan anak kandungnya,dia sayangkan Aerin macam anaknya sendiri.

Ketika dia jumpa Aerin di tepi jalan 3 tahun yang lalu,dia terfikir untuk hantar ke balai polis. Tapi disebabkan rasa kasih sayang jatuh kepada bayi itu,dia mengambil keputusan untuk membawanya pulang.

"Aerin sayang jangan nakal-nakal tau. Ikut cakap halmeonhi. Petang nanti appa ambil Aerin lepas tu kita beli aiskrim,nae?" Kata Chanyeol lalu mencium dahi serta kedua-dua pipi gebu anaknya.

"Nae,nae. Hari-hari appa pesan benda sama je. Sampaikan Aerin boleh hafal,tahu" Kata Aerin dengan membuat muka annoying.

Puan Park yang memerhati dua beranak itu ketawa.

"Erk. Appa pergi dulu tau. Omma,Yeol pergi kerja dulu. Sampaikan salam Yeol pada appa tau. Jaga diri,sayang" Chanyeol mencium tangan ibunya. Lalu dia keluar dari perkarangan rumah agam Park itu menuju ke keretanya.

"Nae" Balas Puan Park.

"Hati-hati memandu,appa" Jerit Aerin.

---

"Aduh,banyak betullah fail yang perlu semak" Ujar Chanyeol sendirian sambil memicit kepalanya. Pening pula rasanya.

Krekk

"Sayang" Seorang wanita lingkungan 20-an itu masuk ke dalam bilik pejabat milik Chanyeol.

"Nae? Eo,Jung Ri. Waegurae? Kenapa tak inform dulu nak datang?" Kata Chanyeol sedikit dingin.

"Yang you dingin dengan I ni kenapa? Selamani I datang tak macam ni pun. You ada problem ke?" Tanya Jung Ri dengan gedik lalu duduk di hadapan Chanyeol.

"Tak adalah. I busy sikit. Tu yang dingin harini. Kenapa you datang ni?" Tanya Chanyeol dengan lembut. Takut yeojachingu nya itu terkecil hati.

"Nothing. Ingat nak ajak you lunch. Tapi nampak you busy. Next time,boleh?"

"Ah nae"

---

"Aerin sayang? Appa dah balik" Laung Chanyeol dalam rumah Tuan Park itu.

"Appa!" Aerin berlari ke arah Chanyeol. Chanyeol melutut sambil mendepakan tangannya.

Aerin memeluk Chanyeol.

"Aerin rindu appa" Ucap Aerin.

"Appa pun rindu Aerin tahu. Mana harraboji dan halmeonhi?" Tanya Chanyeol sambil menjenguk-jenguk.

"Heolmeonhi dan harabeoji ada kat atas,"balas Aerin.

"Kajja,kita jumpa heolmeonhi dan harabeoji then kita balik beli aiskrim,ok?"

"Nae,appa"

---

Malam itu,hujan turun dengan lebat. Kilat nyambar-menyambar. Dentuman guruh telah mengejutkan Aerin yang sedang tidur itu.

"Appa?" Aerin mencari-cari kelibat Chanyeol di dalam biliknya itu.

"Appa,"Aerin menangis. Dia pergi ke arah bilik Chanyeol. Memang Chanyeol ingin mengajar agar Aerin tidur di bilik sendiri.

Krekk

"Appa" Aerin naik atas katil Chanyeol. Dia memeluk Chanyeol.

Chanyeol tersedar.

"Aerin? Waegurae?" Soal Chanyeol.

"Appa,takut,"Aerin mengadu.

"Tidur,ok? Appa ada. Appa peluk Aerin,nae?" Chanyeol menenangkan Aerin. Dia memeluk Aerin dan membelai rambut panjang milik anak angkatnya.

Tbc

Enjoy tak? Hope korang enjoy!

Appa! | ChanyeolWhere stories live. Discover now