Appa,get well soon!

324 34 0
                                    

"Appa,ireona," Aerin menggoncang badan sasa Chanyeol itu. Tiada respons.

Aerin melihat badan Chanyeol seperti menggigil.

"Appa,bangunlah. Jangan tinggalkan Aerin sorang-sorang. Aerin takut. Lepas ni siapa nak main dengan Aerin? Siapa nak peluk Aerin waktu ribut? Siapa nak lap mulut Aerin bila comot?" Kata Aerin. Tubir matanya hampir sahaja pecah.

Tiba-tiba sahaja tubuh Chanyeol bergerak sedikit. Matanya terbuka walaupun kelihatan samar-samar. Dia meraup wajah anak kecil itu.

"Sayang,kenapa ni? Kenapa menangis?" Tanya Chanyeol. Dia cuba bangun dan menyandarkan diri pada kepala katil.

"Aerin takut appa tinggalkan Aerin," tersedu-sedan Aerin menjelaskan.

Chanyeol menarik Aerin kedakapannya. "Sayang, appa tak akan tinggalkan Aerin,okay? Appa demam je. Jangan risau ye?" Pujuk Chanyeol sambil mengelus rambut perang anaknya.

Aerin melonggarkan pelukan. Dia memandang wajah tampan Chanyeol sambil meletakkan telapak tangannya pada dahi Chanyeol.

"Appa,panasnya. Appa nak ubat?" Soal Aerin prihatin.

"Taknak. Appa nak Aerin peluk appa. Bolehkan? Appa tak suka makan ubat. Biasanya heolmeonhi atau aunty Yura biasa peluk appa," jelas Chanyeol.

"Nae. Biar Aerin pulak peluk appa," Aerin duduk dekat lagi dengan Chanyeol,lalu dia memeluk tubuh sasa lelaki itu.
.
.
.
Tting. Ttong

Aerin berlari anak untuk membuka pintu. Terpaparlah wajah Tuan Park bersama isterinya.

"Hye,sayang," Puan Park mendukung Aerin lalu masuk ke rumah. Manakala Tuan Park sudah berlalu ke ruang tamu. "Appa,mana?"

"Dalam bilik. Heolmeonhi tahu tak,appa kan dia demam. Badan dia panas sangat. Bila Aerin peluk dia,rasa tau haba dekat badan appa. Kesian appa," ujar Aerin panjang lebar. Mukanya sayu sahaja.

"Jinjja?! Kalau macam tu, Aerin pergi mandi, heolmeonhi buatkan bubur untuk appa,okay?"

"Nae"
.
.
.
"Appa,bangun," Aerin mengejutkan Chanyeol yang dibuai lena itu.

Chanyeol terkejut. Terpisat-pisat dibuatnya.

"Yeol bangun. Omma ada buat bubur ni. Kamu makan ye? Tak adalah perut tu kosong. Nanti nak makan ubat," kata Puan Park yang duduk di.birai katil itu.

Chanyeol menyandarkan diri pada kepala katil.

"Nah. Aerin suapkan appa,ya? Heolmeonhi pergi masak makan tengah hari. Bolehkan?" Aerin angguk sahaja. Dia mengambil semangkuk bubur yang Puan Park berikan tadi .

"Appa,buka mulut. Helikopter nak masuk ni. Wuuu," kata Aerin sambil bermain-bermain dengan sudu itu seperti helikopter. Satu suapan sudah selamat masuk ke dalam perut Chanyeol.

Chanyeol tersenyum melihat anak perempuannya makin besar.
.
.
.
"Yeol, make sure ubat tu makan. Jangan skip. Kalau rasa tak larat sangat kamu call omma atau appa. Kita pergi klinik. Nanti Yeol mandi. Buang haba dekat badan tu," kata Puan Park panjang lebar.

"Nae. Oh omma, bila noona sampai Korea?" Tanya Chanyeol tentang kakaknya yang menyambung pelajaran di Rusia itu.

"Minggu depan"

"Okay," balas Chanyeol ringkas.

"Appa bagi kamu cuti sampai kamu betul-betul sihat. Kalau demam sikit-sikit. Jangan mengada-ngadalah kaki tu nak ke pejabat. Mahu pengsan depan pejabat. Naya appa," kata Tuan Park. Dah masak sangat dengan perangai degil Chanyeol ini.

Chanyeol tersengih. Ini mesti appanya perli. Ye lah. Baru-baru ini dia baru sahaja demam dah gatal nak ke pejabat. Pulak tu pengsan depan bilik. Mujurlah PA nya nampak. Kalau tak,haih.

"Nae,appa," jawab Chanyeol.
.
.
.
"Appa,cepat sembuh tau. Kalau tak tak ada orang nak main dengan Aerin. Tak ada orang nak peluk Aerin bila Aerin takut. Tak ada orang nak lap mulut Aerin bila comot," kata Aerin dengan suara yang sayu. Dia memeluk tubuh Chanyeol yang sudah lena dibuai mimpi. Satu kucupan mendarat di pipi Chanyeol.

"Appa,get well soon"



Appa! | ChanyeolWhere stories live. Discover now