Tawakkal kita pada Allah bukan hanya saat-saat genting, ditimpa bencana tapi biasakan lah diri tawakkal dalam keadaan-keadaan kita tenang dan aman kerana aturan Dia kita tak pernah jangka.
Moga-moga kita sentiasa bersangka baik terhadap segala aturan Dia.
Allahuma ameen.
Hari ini juga, dalam episod kehidupan di bawah #CahayaDiLangitGaelic dia dipaparkan, diuji tentang sabar dan tawakkal.
Episod hari ini buat dia faham kenapa, Dr. Fauziah Mohd Daud nyatakan beliau sentiasa berdoa untuk diberikan ketenangan saat beliau berada dalam misi WBG.
Ketenangan lah yang bakal buat kita bertindak dalam keadaan yang waras dan tidak ikutkan emosi.
***
"Girl, I saw a woman and his boyfriend took something from your bag. Is it your purse? Zip back your bag. She is still there I think if you want to take back your thing."
Dia terpana. Pak cik bersweater putih yang sudah lanjut usia terus tunjuk ke arah jalan yang dia lalu tadi dengan Day.
"Day tu make up case je bukan purse. But ada jugak benda berharga dalam tu."
Benda berharga yang dia simpan sejak 5 tahun dulu. Dia simpan dalam beg kecil itu. Di Malaysia ke mana saja dia bawa. Sampai ke benua lain pun dia bawa juga.
Dia ternampak seorang perempuan sedang pegang compact powder yang dia beli dulu. Ahh itu dia tak kisah. Yang paling dia kisah beg kecil seperti pencil case yang ada di kaki perempuan itu. Ada barang penting.
"Hey why did you took my things from my bag?"
Perempuan yang sedang asyik cuba-cuba compact powder dia dan celak mula cuak dan terus tempik,
"I don't take anything! Why you pinch me?!"
Eeh bila pulak aku cubit dia. Dia terpana dan terkejut.
"You want me to call the police? Why you took my thing? Give it back."
"I don't take it. I try it. You want? You pinch me? F*U*C* you daughter of #^#^@&@! "
Setelah dimaki compact powder di tangan terus perempuan itu campak,berderai. Dia maju pula dengan celak di tangan mengugut-ugut untuk cucuk ke muka dia.
Berderau darah dia. Terkesima. Diperhati celak. Okay tak tajam. Memang lega celak dia dia semua sengaja dia biar tak tajam. Compact powder berderai pecah lagi dia tak peduli. Itu compact powder 2 tahun lepas yang tak habis guna pun. Abaikan. Yang penting case dan loket keychain bebentuk bulan sabit berwarna ungu di dalam case itu.
Day terus tarik dia ke belakang. Day cuba nak elak dia dari dicucuk perempuan pick pocket meroyan itu mungkin. Dia sempat capai case dan terus dia dan Day meluru masuk ke pintu college. Lega pintu college dekat.
Dari dalam pintu college dia terpana lagi. Seorang lelaki dan perempuan tadi mengetuk-ngetuk pintu kaca college.
"Come out here. I want to punch you!"
Muka gerun si lelaki yang bertindik-tindik dan perempuan meroyan yang rambut merah ala-ala Heyley celup dari Paramore tadi ibarat igauan seram.
Ya Allah. I am shocked.
"Girl? "
"Yea. I have been pick pocket. Nothing important missing but they want to hurt me. They even threat me."
"You want to do police report?"
Tanpa fikir panjang terus dia angguk.
Si penjaga bangunan terus mendail nombor di telefon. Garda mungkin. (Garda adalah nama lain bagi polis di sini).
Dia terus bercakap melapor apa patut menerusi telefon. Beberapa minit lagi akan ada polis sampai.
Selang 3 minit ada private number muncul di telefon.
"You, Nur ......?" Si polis menyebut nama penuh dia.
"Yes."
" There is a police in red and blue black jacket waiting."
Dia jenguk ke ruang luar. Lelaki yang digambarkan tadi ada menunggu. Dia juga memegang telefon bimbit. Setelah di sahkan apa patut si polis terus ambil keterangan dan masuk ke dalam kedai berdekatan untuk ambil footage CCTV. Dia masih pucat lesi, terkejut. Day pula terus berdiri di tepi sambil lihat kiri dan kanan. Berjaga-jaga kalau dua orang penyangak tadi muncul kembali.
Mata dia terarah pada lelaki yang mengetuk cermin sambil menngugut tadi. Terus dia tarik Day masuk ke ruang kedai yang ada si polis tadi.
Selang beberapa minit si polis muncul.
"Girls I am so sorry, there is nothing in the footage, I will try to look through it back but you told me he knock and threat you in front of your collge right? Let's talk with the guard."
"You saw the man knock the glass door and threat her?"
"Yes. I have the CCTV footage too if you want to look at."
Si polis terus angguk dan lihat-lihat footage.
"Girl, lets seat for a while."
Dia dan Day terus duduk di bangku yang tersedia bersama-sama si polis.
"Look girl, based on your statement the woman will be arrest and will be charge based on 3 crimes. She did the pick pocket. Take things without permission. She threat you. She broke your things. It will take around 5 days usually for this kind of case. I wil take your details and send you the report. I will keep in touch too. How long have you been here?"
"Almost 2 months."
"Untill when you will be here?"
"Couple of years..."
"I see. Okay girl, please don't be traumatized. I know it is easy for me to say but just stay calm and just enjoy your life here in Dublin. Take this as a lesson for us to be more careful in future but if you are afraid or anything happen simliar to this again just call 999. Pray that it will not happen again. I believe they are the streets people. Beware next time. I hope everything will be smooth in the future. Wait for the report okay?"
Dia yang kaku terus angguk-angguk. Tangan sudah mula sejuk. Segala apa dia register saja di otak.
Terkejut, diherdik dan diugut. Walhal barang dia yang diambil bukan dia yang ambil barang orang. Bukan dijalan yang sunyi tapi jalan yang penuh dengan orang lalu lalang. Depan kampus lagi!
***
Lesson learnt.
Moga Allah kurnia sabar dan ketenangan dalam apa juga hal.
Allah jugalah yang menyimpangkan kita dari segala kesusahan dan melindungi dari segala kejahatan dan kecederaan.
Cukuplah Allah yang melindungi.
Dear self, moga terus kuat.
***
#CahayaDiLangitGaelic #LocTulis
Be Legendary Solehah
LOC
YOU ARE READING
CAHAYA DI LANGIT GAELIC
Short Story" Mimpi-mimpi semalam menjadi suratan hari ini. Di benua asing, Kau, aku temui. Di bawah langit Gaelic KITA bertaut kembali... " InshaAllah, bakal menjadi kompilasi episod-episod kehidupan di Bumi Eire. Tentang aku, kau dan Dia. Owh, mungkin juga...