Pernah suatu ketika dulu, dia sumpah seranah dalam hati bila disuruh khatamkan Al Kahf setiap minggu, malam Jumaat. Dia tak faham kenapa Al Kahf ? Panjang berjela. Huh. Dah la lepas prep, dengan kerja bertimbun lagi. Mengantuk lagi. Argh.
Saat semua warga dorm duduk bersila di sepanjang wing asrama, lutut bertemu lutut, masing-masing membawa naskah Al Quran dan ada pula yang bawa naskah himpunan surah-surah, dia pun turut tak terkecuali. Ada yang menyarung telekung,ada yang lengkap berkerudung. Masing-masing dengan riak tersendiri untuk menghabiskan bacaan Al Kahf yang menjadi rutin kewajiban mereka.
Untuk dirinya, yang masih kelam walau berada dalam suluhan cahaya dan perasaan memberontak yang teramat dasyat persis ledakan Hiroshima, dia terus mengomel sendirian tidak puas hati kerana masanya di ambil untuk bacaan Al Kahf. Baginya, itu ialah amalan yang sendiri maw ingat dan perlu ikhlas. Kalau macam dia, dia hanya mengikut rutin dalam keterpaksaan. Bukan ikhlas ! Huh.
Dan malam itu, malam seperti malam-malam terdahulu dia mengomel perlahan tentang bacaan yang perlu dia ikut serta. Sambil bersiap mencapai telekung, dia mengomel. Terus mulutnya terpacul soalan kepada cubemate, teman sebilik.
"Tak rasa ke kalau kena paksa buat bacaan ni sia-sia ? Buang masa kan? Bukan ke patutnya diorang educate kita untuk ikhlas beribadah ke ? Bukan paksa. Macam hukuman mendatori !"
Sambil senyum dan beriak tenang si cubemate membalas.
"Ni tengah ajar and latih diri untuk ikhlas lah ni. Mula-mula memang kena paksa. Tapi lama-lama bila kita faham, kita akan ikhlas. Susah nak capai ikhlas tu. Tapi kita cuba. Ni ha, nak pi bacaan kena lapangkan hati. Kalau tak memang Allah tutup hati kita untuk ikhlas. Give it a try."
" Serious r ? Hmm...Ok,will see. Sorrylah aku punya soalan tadi macam bash ko pulak. Tak berniat, cuma nak tahu lebih lanjut."
"InshaAllah, Dia yang aturkan pertanyaan hang tadi tu...Dia nak suluh cahaya atas kegelapan hang. May Allah bless."
"Haha....InshaAllah ! Tapi aku stil ada curiousity about Al Kahf..."
"You know, the curiousity will lead you to something that will enlighte yourselves. One day, you will understand. You will have deep understand. I pray for that. For myself and for you too..."
Ok. Dia terus terdiam dengan kata-kata deep itu. Dia tak mampu membalas. Cubemate yang seorang ni, memang berhemah kalau berkata-kata. Dia rasa terpujuk. Bukan senang budak yang jiwanya sebati dengan anasir rebellious terlampau-lampau macam dirinya ni nak terdiam dan akur nasihat dengan senang. Cubemate, I owe you big time buddy.
***
Dia tersentak dari lamunan beberapa tahun sudah. Bayu sejuk meniup pipinya yang kering. Al Quran hijau masih di tangan. Terus dia geleng kepala dan mula buka muka surat yang telah ditanda.
"Two pages more. Few hours left." Dia bermonolog. Cabaran musim salju, maghrib di sini awal dan dia perlu khatamkan Al Kahf sebelum maghrib. Sementara tunggu Sarah buat Leap Card, dia lepak di tangga-tangga koridor. Agak terbuka tapi itu saja lokasi yang tak ramai orang berhimpun. Al Kahf pun terus di sambung.
Selang beberapa minit, Al Kahf dapat dia khatam di kaki tangga itu. Alhamdulillah. Winter Al Khafi accomplished.
"Ting!"
Telefon dia bunyi, tanda ada nottification.
"Dah khatam Al Kahf? ;)"
Whatsapp ringkas Kobe buat dia senyum.
Alhamdulillah for this fella. Tak henti ingatkan dia. Winter Al Kahf is a struggle. Tapi, winter nak habis dah. Spring will come soon. Moga tak muncul alasan lain pula untuk tak ber Al Kahf.
***
Kini setelah beberapa tahun berlalu, dia masih lagi seseorang yang sedang berperang dengan diri untuk mewajibkan Al Kahf tiap minggu. Tiap malam Jummat mengikut sunnah.
Kadangkala pula, dia masih selalu berteleku atas sejadah biru itu memikirkan tentang dia dan Al Kahf.
Apa Al Kahf ini hanya ritual buat dirinya atau dia sudah mula menalar makna isi-isi Al Kahf ini ?
Dia masih tertanya sampai bila Al Kahf ini hanya sekadar lantunan huruf-huruf yang berbaris ?
Kobe selalu pesan yang Al Kahf bukan sekadar lantunan.
Dia pun akui. Lepas dia selak Fill Zillal, lepas dia dengar lecture pasal surah ni. Ibrah dia bukan sekadar nak lindung diri dari fitnah Dajjal. Bukan. More than that.
Hikmah-hikmah dalam penyusunan kisah-kisah yang wujud dalam Al Kahf ini benar-benar bermanfaat jika kita, berfikir, ingin ambil tahu dan sentiasa ingatkan diri.
Ye lah, walau dah tahu pun, diri ni tetaplah nak lesu-lesu, tenggelam-timbul Al Kahf. So, just remind youself about it.
Myself, I mean.
***
Dia masih berjuang meneliti Al Kahf, mentaati sunnah, memupuk ikhlas.
Dia percaya tiap jiwa sedang berusaha.
Berusahalah walau hanya sepatah perkataan.
Moga Allah redha.
***
Al Kahf, shall we ?
(Few hours to go, you can do it!)
***
Be Legendary Solehah
LOC
YOU ARE READING
CAHAYA DI LANGIT GAELIC
Short Story" Mimpi-mimpi semalam menjadi suratan hari ini. Di benua asing, Kau, aku temui. Di bawah langit Gaelic KITA bertaut kembali... " InshaAllah, bakal menjadi kompilasi episod-episod kehidupan di Bumi Eire. Tentang aku, kau dan Dia. Owh, mungkin juga...