Dalam kelas Lifelong Learning tadi, Ray (our lecturer) sambung topik mengenai Leadership untuk dibincangkan. As usual dia memang treasure sangat kelas ni, walau tak masuk dalam margin F papers untuk final year degree accounting, segala apa yang diajar sangat precious because it will cost you high price, outside. Ibarat dengar TED talk setiap minggu secara life! Wohoo.
"So please discuss in group the qualities of good leadership. Pick up one figure of leader that you think portraying the good qualities. Not necessary politician. Might be celebrities, athletes, spiritual figure or anything."
"Muhammad S.A.W" Dia bisik dalam hati. Itu lah figure terulung. Dia semacam nak jerit jawab.
Tapi as usual nervous sangat nak cakap. Tak apa dia nekad nak tanya group members setuju ke tak kalau kita pick Muhammad as the example which dia rasa memang probability diorang nak setuju tu tipis. Dia hanya ada dalam 5 minit untuk bincang dengan group members sebelum decide the decision.
Dalam group mates dia ada yang dari German, China, Ireland dan dia dengan Danny je dari Malaysia.
Kebetulan hari ni mamat Irish yang selalu ke depan dalam bab-bab ni tak datang. Mamat German yang selalu ada kenyataan sendiri pun macam tak sihat hari ni dan pasif je dalam discussion. Kalau budak China memang diorang tak kisah sangat sebab diorang blur dengan subjek ni. Haha. Dia rasa dia boleh lah nak grab the chance, highlight kan Prophet Muhammad as the example. Tapi cuak tu ada. Danny pun tak datang lagi, teragak-agak lah nak cakap ke tak.
Maka teruslah dia discuss dulu the qualities of good leadership dengan team mates.
"Empathy, good communication, charismatic, ambitious, innovative, creative, insights..." The list goes on. Sampailah masanya nak pick example of leader.
"Martin Lurther King perhaps?" Mamat German bagi cadangan.
Yang budak China masih blur-blur lagi.
Dia pun teragak-agak nak kata yes or no.
Tiba-tiba Danny sampai.
"Haa kena bincang apa ni?" Danny tanya dia.
"Example of leader with good qualities of leadership."
"Prophet Muhammad."
Bersahaja Danny cakap. Fuhh. Allah beri kekuatan.
"Ditto...That is what I want to suggest to group but yea nervous."
"Cakap je."
"Danny cakap can?"
"I just arrived. Teja cakap lah."
Bila mana dia nak explain dekat group pasal cadangan Prophet Muhammad terus Ray kata okay masa dah tamat dan dia nak dengar hasil perbincangan.
"Ya Allah bagilah kekuatan. Lancarkan lah lidah ni..."
Dia bisik dalam hati. Nak menjerit rasanya untuk utarakan yang Muhammad persuruh Allah itulah the best example of leader. Dari kelas yang lepas-lepas dia rasa nak jawab segala persoalan-persoalan Ray dengan jawapan yang based on fikrah Islam ni. Tapi asyik tak kuat. Contohnya, Ray pernah discuss pasal purpose of living and keluarkan quote "There is only 2 days important for a person. The day he or she born and the day he or she knows why he or she being born to this world".
Dia nak sangat keluarkan jawapan pasal hakikat kehidupan in Islamic perspectives. What Islam taught us. Tapi asyik berjeda. Tak berani dan akhirnya bagi jawapan play safe. Cuma hari ni dia kalau boleh nekad nak jawab juga yang Muhammad itulah one of the best leaders.
"Your group?'
Ray tuju ke kumpulan dia lepas kumpulan-kumpulan lain bagi jawapan.
Antara jawapan yang dah diberi, Beyonce, Obama, Dr. Mahathir dan few other names yang dia tak dapat tangkap sebab nervous.
Allah jugalah yang beri kekuatan bila mana dia tak tunggu lama lepas Ray tanya,
"Muhammad..." Jantung dia berdebar macam nak tercabut. Tak tahu lah contraction ventricles dia tu dah tahap apa. Macam tak ada relaxation dah.
"The prophet?" Ray soal.
"Yes. Prophet Muhammad." Jantung dia yang berdebar kencang dah mula normal.
"Interesting figure. Can you explain more?"
" Okay, Prophet Muhammad one of the prophets in Islam. The western usually think we are terrorist and full of violence but it is not true. Islam doesn't preach terrorism. Prophet Muhammad for example is the leader that hold upon justice and peace movements. During his time, he does not conquer a country to kill people or to own something valuable from the country. The only agenda is to set the people free from darkness of salvation. To spread peace and justice to the mankind. He doesn't kill or force people to embrace Islam. There is Prophet Muhammad sculpture in America Supreme Court signify him as the holder of justice. Tho, Islam prohibits any sculpture or statue to be made portraying the prophets, still it shows the west do acknowledge them. On top of it,the facts from the history doesn't lie. So yeah, I think Prophet Muhammad shows the good qualities of leadership."
Dia nak cakap lagi tapi cukuplah dulu. Ray bukan suka sangat panjang lebar.
"Good one." Ray senyum sebelum dia sambung cakap. Fuhhh bukan senang beb nak tengok Ray senyum.
"It is good when you bring up Muhammad as the example. Well does you guys familiar about the figure this girl just mentioned?"
Dia nampak mostly geleng kepala.
"Yeah, I know about Muhammad and no doubt he is a great leader. It is good for you to highlight and exposed to your friends because the world nowadays only portraying the bad side isn't it? Especially the west as you said. You guys should read about this figure. Well done!"
Ya Allah! Leganya rasa sebab mampu sebut something yang dah lama terpendam. Nak menangis rasanya sebab dapatvkeluarkan apa yang dah terpendam dari sem lepas. At least walau tak banyak, moga-moga mampu trigger mereka-mereka untuk mendalami dan faham.
Cuma.
Satu sahaja, kecewa dengan diri sendiri yang tak mampu nak tunjukan izzah (bangga) dengan Islam dari awal. Takut dituduh radikal. Tapi itu hanyalah alasan seorang Syiffa yang lemah.
Allah jugalah yang beri kekuatan.
Untuk diri sendiri dan yang membaca, berasa izzah dengan Islam perlukan usaha sebagai bukti. Moga anda dapat pamerkan dan beraksi dengan apa yang telah anda saksikan (your syahadah).
Moga kita-kita ini tak henti tuntut ilmu dan praktikan segala apa yang kita tahu agar mereka-mereka kembali memandang kita dengan hormat dan bukan sekdar untuk ditindas atau dipandang lemah. Long way to go.
Berasa izzah lah dengan Islam sebagai salah satu batu-bata dalam mempamerkan inilah jalan agama yang benar dan yang sejahtera.
Nota peringatan untuk diri sendiri yang kerap takut tak bertempat;
"Berasa Izzah dan walk the talk dear self. What is the purpose of knows when you just keep it within yourself and only within your comfort zone?"
The faded Izzah, let's make it brighter again, shall we?
---
Be Legendary Solehah
LOC
#locstreetspills
YOU ARE READING
CAHAYA DI LANGIT GAELIC
Short Story" Mimpi-mimpi semalam menjadi suratan hari ini. Di benua asing, Kau, aku temui. Di bawah langit Gaelic KITA bertaut kembali... " InshaAllah, bakal menjadi kompilasi episod-episod kehidupan di Bumi Eire. Tentang aku, kau dan Dia. Owh, mungkin juga...