#196

28 1 0
                                    

Ternyata SNSD Adalah Fans Besar Infinite.

Mungkin rama yang sudah tahu mengenai kegilaan SNSD terhadap group rookie mereka iaitu Infinite.Tak lama dulu,SNSD pernah dijemput ke rancangan strong Heart dan Yoona memberikan sokongan pada Infinite dengan berkata 'kami sentiasa menyokong Infinite!Mereka adalah kumpulan yang hebat,kami meminati anda semua.Mereka terkenal dengan tarian mereka yang hebat dan mengagumkan.Tarian mereka semuanya sama,dan sangat menakjubkan'.Lalu Tiffany menambah 'bila melihat mereka menari ianya mengingatkan ketika pertama kali kami debut.Mereka sangat hebat',lalu MC bertanya siapakah member kesukaan Tiffany dan dengan keadaan tersenyum malu Tiffany menjawab 'Hoya' membuatkan Sungjong merasa kecewa sambil berkata 'rasanya Hoya hyung patut datang hari ini'dan menimbulkan ketawa dari penonton.Tiffany malah mengakui bahawa lagu kesukaannya adalah Be Mine dan dia juga telah menyimpan banyak gambar Hoya ditelefonnya.'Dalam telefon saya terdapat banyak foto Hoya dan banyak lagu Infinite.Lagu mereka semuanya sangat bagus dan saya menyukainya',kata Tiffany sambil ketawa malu.Dalam sebuah rancangan radio juga,SNSD pernah ditanya tentang group rookie yang menarik perhatian mereka dan segera Hyoyeon menjawab 'Infinite?',lalu dj bertanya selain Infinite group apa lagi yang kelihatan bagus sejak akhir akhir ini..Hyoyeon dan yang lain berfikir lalu menjawab 'bolehkah kami memilih infinite sekali lagi?Hahaha',jelasnya membuatkan semua member ketawa sambil mengangguk.Dalam sebuah rancangan hiburan yang berlangsung baru baru ini juga,TaeTiSeo telah dijemput bagi membincangkan tentang album Krismas terbaru mereka dan ketika Taeyeon ditanya tentang sesuatu yang dialaminya baru baru ini dengan perlahan dia menjawab 'ermm,baru baru ini ketika SNSD berada diatas pentas bersama Infinite..Ketika diakhir rancangan,dimana kami di..Music Bank?Err,betul..Waktu itu..',Tiffany yang perasan akan Taeyeon yang kelihatan lupa berkata 'Bad?'.Lalu Taeyeon mengangguk,dan berkata 'Waktu itu mereka telah muncul dengan comeback terbaru mereka iaitu Bad.Waktu itu,diakhir rancangan ketika semua ke belakang pentas kebetulan saya berdiri disebelah..Siapa namanya?Err..'.Lalu Seohyun menjawab 'L,L,L..Hahaha..'.Taeyeon mengangguk dan berkata 'Maafkan saya..Waktu itu saya berdiri disebelah L,tubuhnya sangat tinggi.Ketika itu dia memandang kesebelah kanan,dan saya berada disebelah kirinya.Namun disaat dia memandang kehadapan,saya dapat melihat wajah sisinya dengan jelas kerana kami berdiri bersebelahan.Saya agak kagum dengan sisi wajahnya yang sangat kacak dan menarik dan ketika dia menoleh memandang saya tiba tiba saya menjerit "Ahh!" kerana terkejut'.Lalu mc bertanya kenapa Taeyeon terkejut,lalu dia menjawab 'dia memandang saya,wajahnya sangat kacak.Matanya sangat cantik dan bersinar,saya sangat terkejut hingga menutup mulut dan berlari ke sisi Tiffany kerana malu.Melihatkan keadaan saya,L kelihatan gelisah kerana dia fikir mungkin dia telah berbuat kesalahan hingga saya menjerit namun saya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.Saya tak boleh memandang wajahnya waktu itu kerana malu.Tapi,dia sangat kacak.Dan diakhir rancangan TaeTiSeo bersorak pada Infinite dengan berkata,'Infinite,hwaiting!' membuatkan para penonton menepuk tangan.

EXO UPDATEWhere stories live. Discover now