Dah jadi kebiasaan setiap minggu tertentu pada Hari Khamis malam Jumaat mesti aku dan geng Burgembira lepak bersama-sama.
Burgembira cuma dianggotai oleh 2 orang perempuan dan 5 orang lelaki
Alah biasalah bukan anak orang kaya yang asyik pergi bandar lepak dekat STARBUCKS yang mahal nak mati. Kitaorang setakat makanan ala western je yang mampu, itu pun terpaksa kumpul duit sekolah. Western ni pun orang kampung ni yang masak sendiri.
Pelik ke tengah bandar ada kampung?tak kan?
Cik Leha datang ke meja kami nak catat order dan macam biasa jawapan aku mesti
"acik duduk dulu amik order meja lain. ramai lagi belum sampai"
Dia pun kembali ke counter. Aku busy cari nombor jantan-jantan tak guna ni. Sebelum call aku tarik nafas panjang-panjang dan....
"hello korang dekat mana ? asal lembab sangat? haa ? jammed? korang bukan bawak kereta pun . lincah lah lembab nak mati, aku kebulur ni" semua ni keluar dengan hanya sekali nafas
Fit dekat sebelah duduk tersenyum-senyum tengok telefon. Pakwe lah tu. Haa ni mentality orang zaman sekarang. Asal pandang telefon senyum -senyum mesti pakwe
Kerusi dihadapan aku ditarik seseorang. Sebelum aku bercakap dia dah tutup telinga dulu. Haa tau takut. Aku ni memang jenis pantang orang tak tepati masa. Lain kali jam tu humban je dekat sungai sengkuang tu.
'dahlah Zara, kau ni memekak je kalah mak aku'
Eh si bapok ni. Nasib je kau ni bestgayfriend aku eh salah bestguyfriend. Shafiz yang mendapat gelaran moet sejak dari sekolah rendah. Mana dapat gelaran tu pun aku tak tau sebab aku bukan satu sekolah dengan dia pun.
Selang 15 minit lagi 4 orang datang menarik kerusi. Aku jeling mereka lama. Haih panas panas.
Noba datang nak amik order. Haa Noba ni anak perempuan Cik Leha. fuhh cun terliur aku tengok. ok jangan risau , aku normal
"bagi lamb chop satu, kentang goreng cheezy dengan air extrajos anggur satu"
'chicken chop lima, extrajos mangga lima'
'meatball satu, chicken grill satu, milo ais'
"eee minum milo eh Fiz? macam budak-budak siak" ejek aku
Noba hanya tersenyum. Eh aku takde masa nak balas senyuman orang.
'tuje ke?' soal Noba
dalam kepala otak dah terfikir kalau dia jual diri sendiri mungkin aku sanggup beli. Eh jangan fikir lain, nak suruh dia jadi bibik dekat rumah je
'tuje. terima kasih' balas Fit. lepas tu dia tengok telefon semula. Ingat nak gossip tapi dia sibuk ngadap handphone. Anti soSIAL betul.
dalam 20minutes kitaorang makan then berborak kosong . Kitaorang pun bercadang nak lepak dekat padang tepi highway tu.
Ada ke patut pukul 9:50 pm kau sibuk terpekik terlolong menyanyi lagi entah pape depan rumah orang?
'woi mangkuk diam ah sikit' tegur si Danial yang bermata empat
"sukahati aku lah. suara aku tekak aku" balas aku rilek
'WOI BUDAK BUDAK !KAU TAK RETI BALIK RUMAH EH? MEMEKAK JE TAU!!' jerit salah seorang penghuni rumah tersebut.
'cabut wei cabut'
lintang pukang kitaorang lari sambil gelak gelak macam orang gila.
sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10:25. Sekilas aku pandang jam aku, ceh lagak biasa . dua kali kilas terus membutang mata
'wei dail kau kena hantar aku. Lagi lima minit nak pukul 10:30 . nanti orang tua dekat rumah tu bising'
Aku , Bat dan Dail meluru masuk ke perut kereta kancil. Fuhh Dail bawak laju gila nak mati dol.
YOU ARE READING
AKU
RandomKisah seorang Safara Zahra yang bertemu dengan Darwisy bersama liku liku kehidupan 'awisy sayang zara'- Darwisy "Zara pun sayang awisy"- Safara Zahra 'biarkan dia pergi Darwisy' 'kau dahlah rampas Zahra daripada aku'- Danish 'cinta tak semestinya me...