27- Darwisy's suprise

112 9 0
                                    

'kakak bangun dah pukul 7 dah ni' ibu cuba mengejutkan aku.

"I'm sleepy, another 1 hour please" balas aku dalam keadaan mamai.

Nampak tak aku ni melebih? biasanya orang akan mintak 5 minutes. Aku? pfft

'banyaklah kau lagi satu jam. cepat bangun' ibu mula meningkatkan volume suaranya

Aku menutup muka dengan bantal.

"baru pukul 7. pukul 9 nanti kita bangun"

Dan akhirnya suara ibu sudah tidak kedengaran. Ouh YES! dreams please comeback

10 minutes berlalu. Lenanya..

Aku berjalan santai di tepi pantai. Lamanya tak main air laut. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi aku yang tak berapa nak gebu.

Tetiba hujan turun dengan lebatnya. Aku berlari anak ke sebuah pondok. malangnya air hujan tetap kena dekat aku

"ish masa ni lah hujan nak turun" rungut aku

Mata aku cuba focuskan ke arah pantai. Satu ombak besar menuju kearah aku. Belum sempat aku berlari

*bush*

"MAK TSUNAMI BESAR MAK!!" jerit aku.

Terus saja aku tersedar dari lena.

'aku ingatkan kau taknak bangun. Baru ingat nak amik tong dekat belakang rumah siram dekat kau' ucap ibu selamba.

Adik aku yang berada dimuka pintu hanya ketawa sambil menganjing 'mak tsunami besar mak' dalam versi nyah

~~

Aku bersiap-siap dengan mengenakan baju kurung berwarna royal blue beserta shawl berwarna ocean blue.

Lagi satu jam majlis akan bermula.

Sedangkan aku memakai lip gloss untuk memastikan bibir tidak kering. Atok menjerit dari luar bilik

'Zara! ni kawan kamu datang!'

Aku memandang cermin yang agak besar. Mata aku memerhati wajah berkerut yang terpantul dari cermin

"kawan aku?"

Aku ni mana ada kawan dekat kampung masalahnya.

Kaki aku laju melangkah keluar. Mata meliar mencari kelibat atok.

"atok mana kawan kita?" soal aku

'dekat depan agaknya'

Kaki aku mula melangkah ke pintu rumah. Mana ada kawan aku, yang ada cuma seorang lelaki yang segak memakai baju melayu berwarna royal blue.

Dari muka pintu aku dapat mengagak yang lelaki tersebut berusia diantara 16-18 tahun. Ketinggian sama macam Darwisy. Bentuk badan pun lebih kurang sama. Gaya rambut pun sama?

Aku menghampiri lelaki tersebut. Bau minyak wangi macam kenal.

Baru sahaja nak tegur, dia dah menoleh

Mata aku terbutang luas.

'hai?' sapanya mesra berserta senyuman yang sangat manis

"buat apa dekat sini? mana tau alamat? datang naik apa? " soal aku bertalu talu

' ok first I datang sebab rindu you lah. sec I tanya adik you. last I datang naik motor ' balasnya

" buat apa nak rindu I? pergilah curang sana "

Tanpa menunggu balasan daripada dia. Aku melangkah masuk kedalam rumah. Dia pun ikut dari belakang.

Saudara yang lain dah mula menyakat aku memandangkan aku dan Darwisy pakai baju warna sama.

Ni masalahnya aku sendiri confius yang aku ni family member ke bukan sebab semua dok tanya pasal Darwisy. Ibu siap sendukkan makanan untuk dia lagi

Aku hanya diam memerhati dari tangga dapur

'haa Zara taknak makan ke?' soal ibu

"amikkan bu"

'lemak cekadak muka kau'

jawapan ibu membuat aku menarik muncung

"sampai hati, Darwisy ibu sendukkan. Anak sendiri taknak"

Semua ketawa mendengaran balasan aku.

'ouh Zara dah ada pakwe tak bagitau aku pun' kakak sedara aku mula menyampuk

Aku memandang muka Darwisy dengan pandang Mati Kau Aku Kerjakan Nanti

"mana ada pakwe kak ni cuma..."

belum sempat aku sambung Darwisy mula membuka mulut

'cuma bakal suami je kak'

Semua pandang aku meminta kepastian.

"jangan percaya cakap Darwisy ni. Ara baru 15 tahun result pt3 pun belum keluar lagi"

'alaa Ara tunang dulu pun boleh kan?' Mak Ngah aku nyampuk .

Darwisy memandang aku dengan senyuman nakal, aku hanya menayangkan penumbuk.

AKUWhere stories live. Discover now