Tudung aku betulkan awning dia biar nampak kemas. Baju kurung aku tepuk -tepuk sikit nak mengelakkan berhabuk. Pensel , pen, pemadam, pembaris semua ada dah ikat siap-siap semalam.
Aku jalan keluar daripada bilik nampak mama yang masih lena tidur, Nak kejut ke tak? ah takpayah lah.tapi orang kata salam lagi bagus, mintak restu puih. Aku terus keluar rumah dan menyarung kasut.
Minggu ni aku tumpang Fit , sebab malas nak naik bas. Sampai je dekat area sekolah jantung aku terus dupdapdupdap. Eh cinta pandang pertama ke?
Jalan ke dewan makin kuat degupan jantung aku, mungkin jodoh ada dekat sana?
7:15 minit pagi semua calon dah berkumpul dengan muka lek lek tenang. Aku gelisah sebab tak jumpa slip peperiksaan.
"wei slip periksa aku takda"
Da Girls yang lain dah cuak pandang muka aku. Aku pun konpius siapa yang tak bawak slip
'pergi bagitau cikgu cepat nanti kau dapat jawab periksa kang' Bat dan Fit bagi cadangan.
Aduh first paper dah buat hal. Ni yang buat rasa macam malas je nak jawab.
Terbang duit aku seringgit semata-mata beli slip sementara. Bahalol betul , setakat slip print then photostat pun sampai seringgit. Aku masuk ke dalam dewan dengan tenang lah sangat.
Soalan Bm bagi aku tak berapa nak susah kecuali soalan novel mungkin sebab aku ni malas nak membaca novel 'CEMPAKA PUTIH UNTUKMU karya ROHANI DERAMAN'. Ada ke patut Satiah yang pandai tu mati? punyalah boleh berjaya si Satiah tu.
2jam aku duduk di atas kerusi tu pun berakhir. Naik kebas bontot aku asyik duduk je. Semua ke kantin untuk rehat selama beberapa minit. MINIT tu rasa macam sekejap sangat kan?
Paper Math , eh bapak susah. Selama 2 jam tu aku asyik terbalik-balikkan kertas je, kertas dah lah tebal nak mampus. 2jam habis macam tu je tanpa aku sempat menjawab lagi 3 soalan. Memang targetnya C lah. Paling power pun E je.
Ah balik nanti aku nak buat solat hajat,mintak-mintak gred turun hahahaah
YOU ARE READING
AKU
RandomKisah seorang Safara Zahra yang bertemu dengan Darwisy bersama liku liku kehidupan 'awisy sayang zara'- Darwisy "Zara pun sayang awisy"- Safara Zahra 'biarkan dia pergi Darwisy' 'kau dahlah rampas Zahra daripada aku'- Danish 'cinta tak semestinya me...