33- Darwisy anger

81 5 0
                                    

Walaupun tahun ni balik pukul 2 tapi tetap kene tunggu bas pukul 2.30. jadi aku membuat keputusan untuk duduk melepak dekat kantin sambil makan nugget yang mungkin nugget pagi tadi yang digoreng semula.

Kau tau kenapa aku cakap macam tu? mestilah tak HAHAHA. sebab nugget tu dah kecut kecik dan hidup segan mati tak mahu dah

tengah sedap membelek nugget yang dipegang kemas.

'hai' ujar seseorang

aku yang mulanya khusyuk memerhati nugget terus terperanjat dan nugget selamat mencium lantai. Aku pandang nugget yang jatuh tu dengan pandangan ' kau pergi jua dari hidup ku, kini sendiri di hari hari ku' . rasa macam nak nangis pun ada sebab belum sempat makan lagi

'alamak sorry sorry'

serta merta aku memandang wajah yang buat aku terkejut tadi dengan pandangan yang menakutkan

'aku ganti balik. tunggu kejap' dengan pantas kaki dia melangkah ke counter makanan

tak sampai 5 minit dia sampai dengan sebungkus nugget di tangan. amboi makcik kantin ni kalau yang hensem beli laju je dia serve

'nah' dia menghulur nugget itu kepada aku

malangnya belum sempat aku capai, nugget tu telah jatuh menyembah lantai.

Aku pandang muka yang sengaja menjatuhkan nugget tersebut. Darwisy

'apa masalah kau!' marah jake

'kau kacau aku punya awek' balas Darwisy selamba

'takde nama kau pun dekat dahi dia'

Darwisy memandang aku.

'jom I belikan yang lain' ucapnya sambil menarik tangan aku . Aku hanya mengkakukan diri. pandangan beku aku berikan padanya

Aku dahlah craving nak makan nugget tu.

"lepas" ucap aku sepatah

tangan darwisy masih memegang tangan aku.

"LE PAS" ucap aku lagi dengan nada suara yang ditekan kan

akhirnya darwisy melepaskan tangan aku. Jake tersenyum sinis memandang Darwisy

Aku berlalu meninggalkan mereka berdua di situ. Mamposlah nak gaduh ke ap

Aku melangkah ke counter makanan

"cik nugget ada lagi?"

'sorry dik. dah habis'

I heard something cracks inside. Hati aku hancur berkecai. Aku kembali ke tempat duduk aku dan mencapai beg sekolah.

Aku menjeling wajah jake dan darwisy yang berura ura untuk bergaduh.

baik aku balik. menyampah aku tengok

'eh Safa you nk pergi mana?' Darwisy mengejar aku yang sudah hampir keluar dari pagar

Aku mengendahkan dia dan terus berjalan melepasi lautan pelajar yang mengganas lol

AKUWhere stories live. Discover now