28- Drwisy's Sleepover

105 6 4
                                    

Bacaan yassiin bergema di setiap sudut rumah. Aku dan kakak sedara yang lain melarikan diri ke luar rumah.

Kami berbual mesra memandangkan lama tak berjumpa. Tapi aku yang selalu di tanya , lebih lebih lagi pasal Darwisy.

Sedar atau tidak bacaan yassiin telah tamat. Ramai orang mula keluar untuk mengambil makanan. Aku hanya berdiri memerhati gelagat pakcik dan makcik yang menjamu selera.

Mata aku terpandang seseorang. Amy.. Nama panggilan je macam perempuan tapi orangnya lelaki. Kawan aku waktu kecik. Aku hanya tersenyum kecil bila mata kami bertentang

'bae tengok siapa tu?' sapa seseorang, siapa lagi kalau bukan Darwisy

"tengok bf baru" balas aku tanpa perasaan

'em awisy bagitau ibu dengan atok yang Zara curang' ucapnya

Aku hanya menjelir lidah kearahnya.

' bae .. selfie jom?' ajaknya sambil mengeluarkan iphone 5 miliknya

Tangan diangkat keudara, button camera ditekan banyak kali.

banyak gambar candid yang dapat disnap. fuhh selamat comel

Entah kenapa aku rasa macam diperhatikan. Mata aku meliar mencari gerangan orang tersebut. Mata aku dan Amy bertembung lagi sekali. Aku rasa dia kot.

~~

Kenduri telah selesai. Kami tak perlu bersusah payah nak kemas sebab catering yang tolong settlekan

Kami sekeluarga termasuk Darwisy berkumpul di ruang tamu. Makcik dan pakcik aku yang lain telah pulang ke rumah.

'Darwisy datang sini naik apa?' soal ibu

'naik motor bu' balasnya

'habis tu nanti balik macam mana? dah malam sangat dah ni' atok pulak menyampuk

" biar jelah dia bawak motor tu balik tok. Baru pukul 11.46 malam " aku mula membuka mulut

Ibu awal- awal lagi dah mencubit peha aku

'Ish kau ni Zara . Tak baik betul' marah ibu

' Darwisy tidur rumah atok jelah nak? boleh?' ajak atok

Aku dah pandang muka atok dengan pandangan 'atok dah gila ke?'

' saya on je ' ucapnya sambil memberikan senyuman yang agak menyeramkan kepada aku.

Aku mula bangun dan baring di atas sofa sambil main game Zombie Catchers.

Mungkin aku khusyuk sangat main game sampai tak sedar orang lain dah masuk tidur.

Tapi biasalah , masa macam ni lah mata taknak tutup, perut nak bergendang , kaki nak berjalan , mulut nak mengunyah. Maka aku pun berjalan ke dapur.

MARI KITA JADI TIKUS BERAMAI RAMAI!

hampir 15 minit aku berada didapur. satu suara menyapa aku

'hui sedap makan?'

"sedap tapi bila you sampai jadi tak sedap" balas aku

'alaaa sampai hati'

Aku hanya memberi pandangan rolling eyes.

sunyi sepi. kedua dua melayan perasaan

'zara'

serta merta aku menoleh mukanya

'eson terro ka bekna Zara' ucapnya

"jap you mintak atok ajarkan bahasa boyan ke?"

dia cuma mengangguk dan ketawa perlahan

'so bae takde balasan ke untuk ayat tadi?' soalnya

"saya nak awak jugak Darwisy" fuhh pipi aku mula terasa panas

'you want me? alaa sekarang tak boleh lah sayang. tunggu kahwin nanti eh? nak berapa round?'

Aku mencubit abdomennya kuat. Ha tu lah otak kuning sangat

Kami berjalan ke ruang tamu semula. Darwisy terpaksa tidur dekat situ memandangkan hanya ada empat bilik sahaja dekat kampung

'you teman I tidur dulu eh? I dah tidur nanti baru you pergi masuk bilik'

Aku mengangguk perlahan. Sementara nak tunggu Darwisy tidur, Aku mula membawa wattpad

20 minit berlalu. ouh Wisy saya dah sleep

Aku selimutkan dia, pipinya aku belai perlahan

"goodnight sayang"

dan aku pun masuk bilik nak tidur

AKUWhere stories live. Discover now