◈◈INTRO◈◈

371 26 7
                                    

Perkahwinan tanpa restu? Memang menyakitkan. Cinta itu buta. Tanpa sedar, si dia sanggup menderita untuk orang yang dikasihinya dan orang itu la yang membencinya.

Choi SeungCheol
♂Jung Eunji
♀Jeon Wonwoo

█ Choi SeungCheol █
' Kenapa aku selalu mimpi dia? Mimpikan perempuan sial tu! Tak guna.'

█ Jung Eunji █
' Saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku terhadap saya. Yang saya tahu cuma, saya terlalu cintakan dia. Itu je.'

█ Jeon Wonwoo █
' Sampai bila awak harus macam ni? Dia cuma akan dengar cakap omma dia je! Bila awak akan nampak kewujudan saya dalam hidup awak?!'

◆◆◆◆◆◆◆◆◆ONLY YOU◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Θηιγ γου
▶Intro◀

"Eunji-ah" Panggil Seungcheol lembut. Eunji yang sedang menulis nota pada buku latihan itu hanya berdehem perlahan.
"Wae?" Soalnya sepatah.
"Saya sedih la tengok omma saya." Adu Seungcheol kepada gadis itu. Mereka mula bercinta dari sekolah menengah rendah sehingga mereka naik ke menengah atas.
"Omma awak? Waeyo?" Eunji segera meletakkan pennya lalu berhenti menulis. Tumpuannya dihalakan kepada kekasihnya yang duduk di meja belajarnya itu.
"Dia asyik termenung sejak dia dapat tahu appa saya kahwin lain." Ujar Seungcheol seraya memuncungkan mulutnya itu. Eunji segera bangkit dari duduknya lalu berdiri bersebelahan lelaki yang merupakan kekasihnya itu.
"Awak tak cuba pujuk dia?"
"Dah banyak kali. Dan yang paling dia tak dapat terima, perempuan yang appa saya kahwin tu janda anak satu." Sambungnya lagi. Eunji hanya diam mendengar keluhan lelaki itu.
"Sabar la. Awak kena terima semua ni. Omma awak pun. Lagipun, appa awak tak lupa tanggungjawab dia terhadap awak dan omma awak, kan?" Pujuk Eunji sambil mengusap bahu lelaki itu kejap. Memang mereka saling berkongsi masalah. Itu membuatkan cinta mereka utuh. Tapi, cuma satu masalah sahaja. Percintaan mereka tidak diketahui ibu Seungcheol. Seungcheol yang ingin hubungan itu dirahsiakan dan Eunji hanya menurut.
"Saya memang dah terima perempuan tu jadi ibu tiri saya. Hubungan saya dan anak dia tu pun baik. Mereka layan saya dengan baik dan saya yakin mereka dari keluarga yang elok. Cuma..." satu keluhan berat dilepaskan.
"Cuma apa?"
"Cuma... Awak sendiri tahu perangai omma saya macam mana? Keras hati. Sebab tu sampai sekarang saya rahsiakan hubungan kita." Sambungnya lagi agak kesal. Eunji hanya tersenyum pahit. Dia sendiri juga rasa terbeban apabila bercinta tanpa pengetahuan ibu kekasihnya walaupun ayah lelaki itu menerimanya dengan elok. Seungcheol yang melihat gadis itu seperti mengelamun, segera mencapai tangan kecil itu lalu mengenggamnya erat.
"Maafkan saya." Ungkap Seungcheol perlahan. Eunji melihatnya polos.
"Untuk apa?"
"Sebab saya terlalu ikut cakap omma saya sehingga terpaksa rahsiakan hubungan kita. Dia memang akan marah kalau dapat tahu yang saya sedang bercinta sekarang." Balas Seungcheol dengan kesal. Eunji hanya mengangguk dan memberi senyuman hangat kepada kekasihnya itu. Pelajar lain hanya sibuk menguruskan hal masing-masing memandangkan guru kelas mereka tidak dapat mengajar untuk menghadiri mesyuarat penting.
"Gwenchana. Ouh ya. Siapa nama adik tiri awak tu?" Soal Eunji ingin tahu.
"Wonwoo. Jeon Wonwoo."

TO BE CONTINUED♚

01 ◀
-Stepbrother-

TU INTRO YANG AKU RASA CAM NAL BUAT. CHAPTER 1 TAK TAHU NAK PUBLISH BILA.. TGK LA KALAU RAJIN.

NAK DITAG?? SILA KOMEN YAA. AND KALAU TAK ADD FRIEND LAGI.. ADD DULU..

Only You [ 최승철 / 전원우 ]Where stories live. Discover now