◈02-Alone◈

232 23 4
                                    

Θηιγ γου
▶02◀
ALONE

♪♪♪

"Aunty!" Laung Puan Choi setelah masuk ke kediaman mewah itu. Terkocoh-kocoh Aunty Ahn menuju ke arah majikannya itu.
"Ya, Puan?" Soal Aunty Ahn patuh.
"Cheol belum balik?" Jawab Puan Choi berbalik soalan.
"Belum lagi. Kenapa?" balas Aunty Ahn lancar. Dia tahu anak muda itu kemana. Pasti ke rumah ibu tirinya. Cuma, dia sudah diberitahu Seungcheol agar merahsiakan hal itu.
"Aisy~ Budak ni. Kemana la tak balik lagi?" Rungut Puan Choi sambil bercekak pinggang.
"Dia jumpa kawan-kawan dia kot. Dia lelaki. Puan jangan la risau." Aunty Ahn cuba memujuk.
"Ya, saya tahu tu. Kalau dia keluar dengan kawan dia tak apa la. Takut kalau-kalau dia pergi singgah ke rumah perempuan murahan tu je." Omel wanita bergaya itu lagi membuatkan Aunty Ahn mengunci kata.
"Kalau dia pergi rumah betina tu, awas dia saya kerjakan." Sambungnya lagi berbaur ugutan walaupun lelaki yang dibebelnya itu tiada disitu. Aunty Ahn meneguk liurnya payah. Dia masih berdiri kaku di hadapan Puan Choi.
"Erm tak apa la. Aunty pergi masak. Nanti saya turun makan." Arah Puan Choi  setelah lama wanita itu berdiam.
"Baik, Puan."

♪♪♪

"Macam mana? Best tak masak sama-sama dengan ajumma tadi?" Soal Seungcheol diwaktu mereka dalam perjalanan menghantar gadis itu pulang.
"Best sangat. Akhirnya, impian saya tercapai walaupun dia hanya ibu tiri awak." Balas Eunji yang masih teruja.
"Awak teruja boleh masak bersama dengan dia atau teruja sebab lain?" Soal Seungcheol separa usikan.
"Maksud awak?"
"Yalah, orang tu kan dipuji masakan dia sedap." Sambungnya sedikit berkias membuatkan Eunji tersipu malu.
"Teruja sebab dapat masak bersama dan bangga bila dipuji macam tu." Kata Eunji nakal.
"Eleh. Bangga sangat la tu."
"Mestilah. Bwerkk~" balas Eunji ceria sambil menjelirkan lidahnya comel. Sempat Seungcheol mendengus kecil dalam tawanya. Keretanya diparkir dihadapan pagar kediaman sederhana milik Eunji. "Comel sangat la buat macam tu?" Soal Seungcheol seraya mencubit pipi gebu gadis genit itu geram.
"Ahh~ Ahh. Ap..Appo!" Renget Eunji separa menjerit setelah merasakan lelaki itu mencubit pipinya makin kuat.
"Buat muka macam tu lagi." Kali ini, kedua pipi gadis itu menjadi mangsanya. Apa lagi? Makin kuat gadis itu menjerit lalu memukul tangan lebar kekasihnya berkali-kali. Akhirnya, Seungcheol melepaskan cubitan itu setelah melihat mimik muka kekasihnya mulai berubah.
"Sakit la, pabo!" Marah Eunji sambil mengosok-gosok pipinya yang mula kemerahan akibat cubitan itu.
"Nakal la lagi." Balas Seungcheol dengan tawa kecilnya melihat gadis itu memberikan cebikan kepadanya.
"Okay la. Saya keluar dulu." Kata Eunji agak mendatar.
"Nanti!"
"Apa lagi?" Soal Eunji bersama jelingan tajam.
"Takkan nak keluar macam tu je?" Ujar Seungcheol lalu menghulurkan pipinya kepada gadis itu. Terus Eunji memutarkan anak matanya jelek dengan perangai kebudakkan kekasihnya itu.
"Nak apa?" Soal Eunji lagi dan dia sengaja buat-buat tidak faham dengan kemahuan lelaki itu.
"Kisseu?" Balas lelaki itu sepatah.
"Tadi dia cubit orang, lepas tu minta kiss. Tak adil betul!" omel Eunji dengan mulutnya dimuncungkan.
"Ouh..... Merajuk la ni." Soal Seungcheol remeh membuatkan gadis itu merengus lagi.
"Tak lah!" Jawabnya seraya menyilangkan lengannya ke dada seperti gaya merajuk.
"Cuba dekat sikit." Pinta Seungcheol dan Eunji hanya menurut. Terbuntang matanya tatkala kedua belah pipinya dicium hangat lelaki itu.
"Y..yaa~" dia yakin pipinya sudah merona merah waktu itu.
"Dah tak merajuk kan?" Tanya Seungcheol seraya tersenyum manis. Perlahan Eunji mengangguk lalu tersipu malu. Sekali lagi dia kalah dengan pujukan lelaki itu.
"Kalau macam tu..." ujar lelaki itu sambil menghulurkan pipinya sekali lagi. Dengan segera Eunji mencium pipi kekasihnya itu lembut. Akhirnya, Seungcheol tersenyum suka.
"Dah pergi masuk. Kirim salam dekat omma awak." Suruh Seungcheol dan gadis itu hanya mengangguk. Pintu kereta dibuka lalu dia menapak keluar. Setelah itu, cermin pintu kereta diturunkan lelaki tersebut. Eunji membongkokkan badannya sedikit untuk melihat wajah Seungcheol.
"Hati-hati memandu." Ucap Eunji seraya melambai-lambai tangannya kepada lelaki itu.
"Ya, bye sweetheart." balas Seungcheol dan gadis itu memberikan senyuman hangat kepadanya. Matanya terus melihat ke arah kereta yang semakin hilang dari pandangannya. Terus dia menapak masuk ke rumahnya sambil menyelitkan anak rambutnya ke telinga.
"Saya dah balik!"

♪♪♪

"Kemana la budak ni? Belum balik-balik lagi." Puan Choi masih lagi mengomel di meja makan. Hampir setengah jam dia menunggu kepulangan anak lelakinya untuk makan malam bersama. Aunty Ahn yang mendengar bebelan wanita itu hanya mengeleng perlahan sambil tangannya sibuk mencuci perkakas dapur yang telah digunakannya tadi.
"Saya dah balik." Sapa Seungcheol lalu menapak pantas menaiki anak tangga kediaman mewah itu.
"Cheol!" Laung Puan Choi dari ruangan dapur membuatkan lelaki itu berpatah balik lalu menuju ke dapur.
"Ya, ma?" Soal Seungcheol polos seraya membetulkan kedudukkan beg sandangnya.
"Kamu kemana? Sekarang baru balik? Dengan seragam sekolah tak tukar." Omel Puan Choi kepada lelaki itu. Seungcheol hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Jumpa kawan." Jawab Seungcheol ringkas. Hatinya tidak habis-habis meminta agar ibunya tidak bertanya banyak.
"Yalah. Mari sini. Kita makan malam sama-sama. Dari tadi omma tunggu kamu." Ajak Puan Choi seraya mencedok nasi ke dalam pinggan.
"Omma belum makan?" Soal Seungcheol tidak percaya. Selama ini dia selalu makan seorang diri atau bersama ayahnya sahaja kerana wanita itu sentiasa sibuk dengan kerja luar.
"Belum. Omma tunggu kamu la." Jawab Puan Choi bersahaja membuatkan Seungcheol semakin kehairanan. Dia terus menapak mendekati meja makan itu lalu duduk berhadapan dengan ibunya. Beg sandangnya diletakkan disisinya.
"Nah, makan." Suruh wanita itu lembut sambil menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi itu.
"Terima kasih." Ucap Seungcheol. Walaupun dia sudah kenyang, mahu tidak mahu, dia terpaksa juga menelan nasi itu. Dia malas berlawan kata dengan ibunya yang sudah cukup dia kenali dengan sikap panas baran jika kemahuannya tidak dituruti.
"Kenapa omma tiba-tiba ajak saya makan bersama?" Soal Seungcheol perlahan. Soalannya tidak dijawab wanita itu.
"Biasanya omma akan makan kat luar dengan kawan~"
"Makan, Cheol. Jangan bercakap masa makan." Tegur Puan Choi tegas membuatkan dia terkunci kata. Suapannya diteruskan.
"Baik, ma."

♪♪♪

"Omma. Cheol kirim salam." Kata Eunji setelah selesai membersihkan dirinya lalu menapak ke ruang tamu sederhana luas itu. Dia tinggal dengan ibunya setelah ayahnya meninggal dunia 6 tahun lepas akibat kemalangan.
"Yalah. Kamu nak epal tak?" soal Puan Jung dari arah dapur.
"Nak! Jangan lupa kupas kulit ya." Pesan Eunji lagi seraya tangannya sibuk menekan alat kawalan jauh itu.
"Ya, omma tahu lah." Balas wanita itu. Seketika kemudian, dia menapak ke arah ruang tamu bersama epal yang siap dikupas kulitnya.
"Nah, makan."
"Terima kasih, omma." Ucap Eunji dengan senyuman lebarnya. Terus epal yang juga siap dipotong itu digigitnya.
"Macam mana dengan omma Cheol sekarang?" Soal Puan Jung prihatin. Sememangnya Eunji akan menceritakan segala masalahnya mahupun kekasihnya kepada ibunya itu. Itu gunanya mendapat ibu yang berkerja sebagai guru kaunseling di sekolah rendah.
"Macam tu jugak, ma. Cheol cakap, perangai ommanya tetap tak berubah." Jawab Eunji dengan pandangannya masih ke arah televisyen tersebut. Puan Jung hanya mengangguk faham.
"Cheol tak cuba pujuk?"
"Dia cakap, dah. Tapi omma dia tetap macam tu. Entah la. Kadang-kadang, Eunji pun tak yakin dengan hubungan Eunji dengan Cheol nanti." Jawab Eunji bersama keluhan dilepaskan.
"Kenapa, sayang?" Tanya wanita itu sambil mengosok pundak kepala anak gadisnya itu lembut.
"Hampir 4 tahun kami bercinta tanpa pengetahuan omma Cheol. Cheol tak berani beritahu omma dia tentang hubungan kami. Eunji takut, omma Cheol tak suka Eunji nanti." Balas Eunji perlahan. Memang itu yang selalu menganggu fikirannya kini.
"Jangan cakap macam tu. Belum sampai masa lagi. Bagi Cheol sedikit masa, sayang." Pujuk Puan Jung lalu memeluk bahu gadis genit itu.
"Ya, ma. Tapi, ibu tiri Cheol baik sangat. Tadi, Eunji masak sama-sama dengan dia. Adik tiri Cheol pun ramah." Kata Eunji kembali teruja mengingatkan kejadian di rumah ibu tiri kekasihnya itu.
"Ya? Tak hairan la appa Cheol kahwin dengan dia." Balas Puan Jung dengan gelakkan kecil.
"Betul tu, ma." Ujar Eunji juga ketawa tetapi fikirannya menerawan jauh tentang hal lain. Hatinya tidak habis-habis berdoa.
'Aku harap omma Cheol pun macam tu suatu hari nanti.'

♚TO BE CONTINUED♚

▶03◀
-Secret-

◆LIKE/VOTE AND COMMENT. THANKS

Only You [ 최승철 / 전원우 ]Where stories live. Discover now