Θηιγ γου
▶01◀
STEPBROTHER◆◆◆
"Jeon Wonwoo?" Soal Eunji polos seraya mengangguk faham.
"Ya. Ayah dia meninggal sebab sakit. Dan omma dia tu sebenarnya pembantu peribadi appa saya dekat pejabat. Appa saya cakap, dia berkenan dengan wanita tu sebab perwatakkan dia yang agak baik dan...." katanya terhenti seketika lalu keluhan berat dilepaskan. Eunji menatap wajah muram kekasihnya itu kejap.
"Dan apa?"
"Dan appa sebenarnya tak tahan dengan sikap omma saya tu. Omma tak pernah layan dia sebagai suami dengan baik. Yang dia tahu cuma 'ladies meeting' dia je. Masak pun suruh orang gaji dan sikap panas baran dia tu langsung tak berubah." Keluh Seungcheol tanpa segan silu kepada gadis itu. Eunji mengosok bahu lelaki itu dengan kerap. Dia juga sudah biasa mendengar masalah kekasihnya itu.
"Appa saya nampak bahagia sejak dia kahwin dengan wanita tu." Sambungnya kembali bersama senyumam nipis.
"Awak tak marah appa awak kahwin lain?" Soal Eunji teragak-agak. Dia tidak mahu menyinggungkan hati kekasihnya itu.
"Mula-mula tu, saya marah la juga. Lepas tu, appa ajak saya pergi jumpa wanita tu. Dan baru lah saya faham kenapa appa boleh berkenan dengan wanita tu. Dia layan saya dengan baik. Sejak hari tu lah, saya mula boleh terima semua ni. Cuma omma yang tak dapat terimanya lagi." Balas Seungcheol seraya bermain dengan jemarinya sendiri. Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu untuk pulang.
"Dah jom. Nak ikut saya pergi sana tak?" Soal Seungcheol seraya tangannya sibuk mengemas buku-buku lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Pergi mana?" Soal Eunji hairan. Beg sandangnya digalas ke bahu.
"Kenal dengan ibu dan adik tiri saya." balas Seuncgcheol sambil menaikkan kening kirinya membuatkan Eunji tersenyum suka.
"Mestilah nak." Jawab Eunji teruja. Tidak dapat jumpa dengan ibu kandung kekasihnya membuatkan dia ingin merasai saat itu walaupun sekadar berjumpa dengan ibu tiri lelaki itu sahaja.
"Okay, jom."◆◆◆
"Tak guna punya perempuan!" Rungut Puan Choi kasar seraya jarinya bermain pada lingkaran gelas yang berisi wain anggur itu.
"Dasar betina tak tahu malu. Berani dia rampas suami aku! Perempuan murahan." jeritnya lalu gelas itu dilempar ke lantai sehingga berderai. Terkocoh-kocoh orang gajinya yang paling lama berkhidmat di rumah agam itu bergegas ke arahnya setelah mendengar bunyi kaca yang pecah tersebut.
"Kenapa ni Puan? Puan okay ke?" Soalnya penuh prihatin.
"Saya okay Aunty Ahn. Cuma sakit hati sikit." Jawab Puan Choi perlahan. Aunty Ahn sudah berkhidmat hampir 20 tahun disitu dan dia lah yang menjaga Seungcheol dengan penuh kasih sayang jika Puan Choi dan suaminya sibuk menguruskan kerja. Aunty Ahn tidak dikurniakan anak dengan perkahwinannya bersama Uncle Song yang merupakan pemandu Puan Choi yang juga sudah lama berkhidmat di situ. Jadi, dia sudah menganggap Seungcheol seperti anaknya sendiri.
"Puan masih marahkan Tuan Choi dan isteri baru dia tu?" Soal Aunty Ahn ramah walaupun dia juga takut kalau-kalau pertanyaan itu akan membuatkan majikannya tersinggung.
"Isteri baru? Huh! Dalam undang-undang, tak ada namanya isteri kedua. Betina murahan tu cuma perempuan simpanan je." Jawab Puan Choi sinis membuatkan Aunty Ahn tidak berani bersuara lagi.
"Okay la. Aunty tolong kemaskan semua ni ya. Saya nak keluar kejap." arah Puan Choi lalu segera naik ke bilik untuk bersiap. Aunty Ahn hanya menghantar wanita itu dengan lirikan matanya sahaja. Perlahan kepalanya digelengkan setelah melihat kaca yang bersepah dan wain tumpah berselerakan di atas lantai itu. Bukan sekali itu terjadi, malah sudah berkali-kali sejak Tuan Choi berkahwin lain.
"Patutlah Tuan Choi cari perempuan lain. Dari dulu sampai sekarang, perangai panas barannya tak ubah-ubah." Kutuk Aunty Ahn perlahan.
"Yuri! Tolong saya bersihkan kaca ni kejap!"◆◆◆
"Anyeonghaseyo. Ajumma!" Seungcheol memberi salam. Beberapa saat kemudian, pintu rumah sederhana besar itu terkuak. Wanita ini sengaja mahu tinggal di rumah biasa walaupun Tuan Choi ingin membelikannya rumah baharu yang semestinya lebih besar dan mewah.
"Ehh, Cheol. Masuk la." Sapa Puan Han ramah. Disebabkan dia hanya isteri kedua, dia tidak dapat menggunakan nama keluarga suaminya seperti orang lain. Dia juga sudah berhenti kerja setelah berkahwin dengan Tuan Choi. Tuan Choi bimbang isteri pertamanya akan pergi menyerang wanita itu di tempat kerja dan semestinya akan menimbulkan kekecohan. Segera Seungcheol menarik Eunji masuk ke dalam rumah itu setelah dijemput masuk.
"Siapa ni?" Soal Puan Han seraya menunjukkan ke arah Eunji.
"Ni kekasih saya. Namanya Eunji. Jung Eunji." Jawab Seungcheol dengan senyuman lebarnya. Eunji hanya tersenyum kekok dan Puan Han membalas senyuman itu mesra.
"Cantik. Pandai kamu pilih." puji Puan Han sambil menepuk peha lelaki itu perlahan. Eunji tersipu malu setelah mendengar pujian ibu tiri kekasihnya itu.
"Terima kasih." Ucap Eunji lembut.
"Wonu mana?" Soal Seungcheol lagi. Sekejap sahaja dia dapat membiasakan diri dengan keluarga barunya itu.
"Wonu kat sekolah. Ada latihan sikit katanya. Nanti balik la tu." balas Puan Han. Seungcheol hanya mengangguk faham.
"Ajumma ke dapur kejap. Nak buatkan air dan sediakan kuih sikit. Tunggu ya." Ujar Puan Han seraya berdiri. Seungcheol mengangguk laju.
"Cheol-ah. Nak tanya sikit." Kata Eunji setelah Puan Han sudah berlalu ke dapur.
"Tanya la. Apa dia?"
"Wonu tu siapa? Adik Wonwoo ke?" Soal Eunji polos membuatkan lelaki itu tergelak kecil.
"Yaa~ Orang tanya, dia gelak pulak." Marah Eunji dengan sebal.
"Wonu tu Wonwoo la. Tu nama samaran dia." Jawab Seungcheol dengan tawanya masih tersisa.
"Ouh macam tu." Eunji mengangguk sambil membuat muka 'duck face' nya . Puan Han berjalan perlahan ke arah mereka bersama dulang yang berisi minuman dan kuih ringan.
"Nah, jemput la minum." pelawa Puan Han seraya menghulurkan minuman sejuk itu kepada mereka.
"Terima kasih." Ucap Eunji ramah lalu menghirupnya laju. Memang dia agak haus waktu itu memandangkan cuaca agak panas. Puan Han hanya mengangguk.
"Saya dah balik. Omma, kasut siapa kat lu~" sapa Wonwoo dan katanya terhenti tatkala melihat gerangan yang duduk di sofa itu.
"Wonu-ah. Tengok la siapa yang datang ni." Ujar Puan Han sambil tersenyum. Wonwoo terus menapak ke sofa itu lalu berlabuh di sebelah ibunya.
"Hyung dah lama ke datang?" Soal Wonwoo hormat dan matanya tertancap pada gadis di sisi abang tirinya itu.
"Baru je." Balas Seungcheol singkat.
"Siapa tu, hyung?" tanya Wonwoo lagi.
"Kekasih hyung. Nama dia Eunji." Sekali lagi Seungcheol memperkenalkan kekasinya itu. Wonwo mengangguk faham lantas mengukirkan senyuman mesra kepada Eunji dan gadis itu membalas senyuman itu juga mesra. Wonwoo lebih muda dua tahun daripada Seungcheol dan Eunji.
"Pergi bersihkan diri dulu, sayang. Lepas tu kita makan sama-sama nanti." Suruh Puan Han dengan penuh kasih sayang. Seungcheol yang melihat hubungan rapat dua beranak itu hanya tersenyum hambar. Ibunya jarang melayannya begitu. Dia hanya membesar dengan kasih sayang orang gajinya sahaja. Eunji yang perasan dengan perubahan air muka kekasihnya itu, mengenggam tangan lebar lelaki tersebut erat untuk memujuk. Wonwoo mengangguk faham lalu masuk ke biliknya.
"Alang-alang tu, kamu berdua makan la sekali dengan kami." Ajak Puan Han. Seungcheol melihat Eunji untuk kepastian.
"Okay juga. Tak ada masalah." bisik Eunji yang faham akan pandangan lelaki itu. Lantas Seuncheol mengangguk sebagai jawapan kepada wanita itu.
"Kalau macam tu, Eunji boleh bantu ajumma masak?" Soal Puan Han lagi. Dengan pantas Eunji menggangguk. Sudah lama dia menunggu saat ini. Memasak bersama keluarga kekasihnya. Dia tersenyum suka.
"Jom ikut ajumma ke dapur." Ajak wanita itu dan Eunji hanya pergi mengikutnya. Seungcheol yang melihat kemesraan ibu tirinya itu, hanya mampu memgelamun jauh.
'Kan bagus kalau omma pun macam ajumma, huh.'♚TO BE CONTINUED♚
▶02◀
-Alone-◆FUHH.. FIRST TIME BUAT DUA FF DALAM MASA SEHARI..AKU KAN MMANG TERKENAL DENGAN TITLE 'AUTHOR PEMALAS'. KIKIKI..
◆LIKE/VOTE AND COMMENT YAAA. NAK DITAGNYA?? BISA DONG... KOMEN AJA PALUUUUIII.. SORRY..UNPUB BALIK TADI..ADA PROBLEM SKIT NI WATTPAD..SORYY
YOU ARE READING
Only You [ 최승철 / 전원우 ]
FanfictionPerkahwinan tanpa restu? Memang menyakitkan. Cinta itu buta. Tanpa sedar, si dia sanggup menderita untuk insan yang dikasihinya dan orang itu la yang membencinya. ♀Choi SeungCheol ♂Jung Eunji ♀Jeon Wonwoo █ Choi SeungCheol █ ' Kenapa aku selalu mimp...