Only You
▶04◀
Bully•••
"Masalah dengan omma dia lagi la tu." Omel Eunji seorang diri sambil dia melangkah pulang ke rumah. Dalam dia melangkah, matanya tertancap sesuatu yang membuatkan dahinya berkerut. Melihat seorang lelaki yang dikenalinya bersama sekumpulan lelaki nakal yang dalam keadaan yang mencurigakan, dia melangkah perlahan untuk memastikan keadaan itu.
"Wonwoo?"•••
"Gaduh dengan appa lagi?" Soal Seungcheol buat kali kedua. Melihat ibunya berdiam membuatkan dia mendengus kuat.
"Jawab soalan saya, omma!" Ujar lelaki itu sedikit kasar.
"Ya! Appa kamu buatkan hati omma sakit. Sakit sangat." Jawab wanita separa usia itu.
"Appa ada balik sini?" Tanya Seungcheol perlahan.
"Ya. Dia balik sekejap tadi tapi lepas tu dia ke~"
"Dia keluar lepas omma herdik-herdik dia dengan isteri baru dia. Kan?" Kata Seungcheol agak lantang membuatkan kata-kata Puan Choi terhenti.
"Berani kamu kata macam tu pada omma!" Balas Puan Choi agak marah. Tangannya juga diangkat untuk menampar anak lelaki nya itu tetapi dia terhenti tatkala Seungcheol bersuara.
"Omma nak tampar Cheol? Tampar la." Lelaki berbadan tegap itu bersuara berani membuatkan Puan Choi membeku.
"Saya tahu saya agak kurang ajar tapi saya tak rasa kali ni, dan semua ni salah appa." Sambung Seungcheol lagi dan wanita itu hanya berdiam.
"Appa dah cuba lakukan yang terbaik untuk kita dan keluarga baru dia. Dan dia masih cuba baiki hubungannya dengan omma. Omma tahu kenapa?" Soal Seungcheol dingin.
"Sebab dia masih sayangkan omma dan saya. Kalau betul dia dah tak sayangkan kita sepertimana yang omma cakap selama ni, dia dah ceraikan omma dan tinggalkan kita." Ujar Seungcheol seraya menundukkan kepalanya saat merasakan matanya terasa panas dan berair.
"Omma tak tahu apa yang kamu cuba cakapkan ni, Cheol." Balas Puan Choi masih ego.
"Cuba ubah sikap omma. Terima keluarga baru dia dan jadikan keluarga kita bahagia kembali." Ungkap Seungcheol penuh berharap.
"Semua tu tak akan terjadi selagi appa kamu tak tinggalkan betina tu." Balas wanita itu masih tidak mahu mengalah.
"Omma, tolong lah. Hentikan semua perbalahan ni." Rayu Seungcheol lagi.
"Cukup Cheol! Omma tak akan pernah akan terima semua ni dan terima betina tu!"•••
"Mana barang yang aku minta semalam?" Soal seorang lelaki berpakaian sekolah dengan tidak kemas itu.
"Ba.. Barang apa?" Soal Wonwoo agak ketakutan.
"Alahai jantan ni, buat-buat tanya pulak! Bagi je la! Mana barang tu!" Herdik lelaki tadi yang dikenali sebagai samseng sekolah. Wonwoo sedikit terkejut dengan herdikan itu tadi dan masih berdiam.
"Kau jangan buatkan aku suruh geng aku ni belasah kau, Jeon Wonwoo." Ugut lelaki itu diselangi tawa jahat 3 orang lagi gengnya.
"Aku tak faham apa kau nak, Bobby." Jawab Wonwoo sedikit bergetar.
"Aku minta duit dengan kau, kau cakap tak ada. Jadi, aku nak kau curi apa-apa je yang berharga kat sekolah kau tu, bagi dekat aku. Tu pun kau tak faham ke, bodoh!" Herdik Bobby lagi buat sekelian kalinya.
"Aku tak nak buay kerja bodoh tu. Tolong la jangan kacau aku lagi." Rayu Wonwoo seraya membetulkan beg sandangnya.
"Ouh. Baiklah, aku tak kan kacau kau lagi. Tapi—" Bobby menghantar isyarat mata pada kawannya yang lain dan yang lain mengangguk faham. Berpadu-padu tumbukan diberikan kepada Wonwoo membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan.
"Lepaskan dia, tak guna!!!" Jerit seseorang membuatkan tumbukan berpadu-padu itu terhenti. Semua mata terarah pada suara itu.
"Kau nak apa?" Soal Bobby dan Wonwoo sudah terduduk layu seraya memegang perutnya yang senak.
"Kau ni pekak eah? Aku nak kau lepaskan dia sebelum muka kau pecah." Jawab suara itu berani membuatkan Bobby dan rakannya ketawa terbahak-bahak.
"Wow, ada gadis nak jadi hero kau, siot." Ujar Bobby pada Wonwoo sambil tergelak sakan.
"Oi, perempuan. Kau balik la, tolong omma kau masak lagi bagus. Jangan sibuk hal orang." Ujaar Bobby lagi sinis.
"Kalau aku tak nak?" Soal gadis itu kembali juga sinis.
"Kau tak nak?" Soal Bobby lagi dan gadis itu mengangguk megah.
"Kau nak aku 'makan' kau ke, perempuan?" Balas Bobby terasa mencabar melihat keberanian gadis itu.
"The best will win!" Ungkap gadis itu sambil tersenyum sinis.
"Pukul dia." Suruh Bobby pada rakan-rakannya itu. Gadis itu memcampakkan beg sandangnya lalu membuka langkah untuk melawan lelaki-lelaki bedebah itu. Dengan langkah taekwandonya yang mantap, senang sahaja dia menepis serangan itu lalu memukul mereka sehingga rebah. Wonwoo yang baru dapat melihat semua itu dengan jelas, hanya terkejut dalam diam.
"So? Semua kawan kau dah tumbang. Can we fight 1 vs 1? Boleh aku buat rundingan dengan kau?" Ujar gadis itu sambil matanya melirik pada Wonwoo yang masih dalam keadaan lemah membuatkan Bobby menyirap.
"Apa dia? Kalau rundingan itu memyeronokkan, aku setuju." Jawab Bobby juga sinis.
"Okay. Kalau aku menang, aku nak kau lepaskan dia dan jangan pernah ganggu dia lagi. Boleh?" Ungkap gadis itu.
"Okay. Tapi kalau aku menang?" Soal Bobby lagi.
"Kalau kau menang, terserah kau nak buat apa pun kat aku. Deal?" Balas gadis itu mantap.
"Deal." Jawab Bobby dan dengan pantas dia menyerang gadis itu tapi sayang, gadis itu lebih cekap daripadanya dan sekejap sahaja dia tumpas dalam tangan seorang gadis. Gadis itu tertinggung melihat Bobby yang sudah terbaring lemah dengan mukanya yang lebam.
"Ikut pada janji. Aku menang. Jadi, seperti yang aku minta tadi, jangan pernah kau berani nak ganggu dia lagi. Kalau tak, nahas kau." Ujar gadis itu megah berbaur amaran seraya menonyoh kepala lelaki itu kuat.
"Aku tak akan lepaskan kau, betina." Balas Bobby tidak berpuas hati.
"Kau tak nak lepaskan aku atau kau nak aku lepaskan kau?" Soal gadis itu membuatkan dahi Bobby berkerut hairan.
"Apa maksud kau?"
"Dalam telefon aku ni ada video kau sedang sakiti orang yang tak bersalah dan ini adalah salah satu kerja jenayah. Dan aku pasti masih ramai orang kau buat macam ni, kan?" Ujar gadis itu seraya menunjukkan telefonnya.
"Kalau kau tak nak lepaskan aku, mungkin kau akan ke balai dan melingkup dalam lokap."
Wajah Bobby sudah kelihatan pucat mendengar ungkapan gadis itu.
" Tapi kalau kau nak aku lepaskan kau, jangan ganggu aku dan lelaki ni lagi, faham!" Sambung gadis itu dan Bobby mengangguk faham dengan wajahnya masih pucat.
"Kalau faham, apa lagi? Blah la!" Suruh gadis itu separa menjerit.
"Oi semua, chow!" Arah Bobby kepada semua rakannya dan bergerak pergi dari situ terkocoh-kocoh.
"Awak tak apa-apa?" Soal gadis itu seraya mendapatkan Wonwoo yang bersandar pada dinding.
"Saya dah okay. Macam mana awak ada kat sini?" Soal Wonwoo agak perlahan akibat sakit luka ditubir bibirnya.
"Saya dalam perjalanan balik ke rumah tadi. Ternampak awak dengan mereka." Jawab gadis itu seraya tangannya cuba memegang luka di wajah kacak lelaki itu.
"Auch~"
"Maaf." Ucap gadis itu setelah Wonwoo mengaduh sakit kerananya.
"Tak apa, Eunji. Mana hyung? Awak tak balik sekali dengan dia?" Soal Wonwoo seraya tersenyum nipis.
"Tak. Jom. Bangun dulu, lepas tu saya belikan ubat untuk rawat muka awak." Ujar Eunji sambil membantu Wonwoo untuk bangun. Beg sandang yang dicampaknya tadi diambil kembali. Perlahan-lahan dia berjalan sambil memeluk lengan lelaki itu agak stabil menuju ke farmasi.
"Tunggu kat luar ni sekejap." Suruh Eunji dan dia segera masuk ke farmasi untuk membeli ubat yang patut.
"Dah, jom. Duduk kat situ dulu." Ajak Eunji dan Wonwoo hanya menurut.
"Awak memang selalu kena buli macam ni?" Soal Eunji seraya tangannya sibuk merawat luka di wajah lelaki itu.
"Boleh la." Jawab Wonwoo sedikit segan.
"Kenapa tak lawan je mereka tu? Awak kan lelaki." Kata Eunji lagi membuatkan lelaki itu makin segan dengan kenyataan tersebut.
"Sebab.. Sebab saya tak pandai berlawan dan lemah." Ujar Wonwoo perlahan dan tertunduk malu.
"Saya akan jadikan awak kuat."▶TO BE CONTINUED◀
◈MENGARUT? SORRY LAMA TAK BUAT. SO PENING SKIT.
◈JANGAN LUPA VOTE/LIKE DAN KOMEN YA..😘😘😘
YOU ARE READING
Only You [ 최승철 / 전원우 ]
FanfictionPerkahwinan tanpa restu? Memang menyakitkan. Cinta itu buta. Tanpa sedar, si dia sanggup menderita untuk insan yang dikasihinya dan orang itu la yang membencinya. ♀Choi SeungCheol ♂Jung Eunji ♀Jeon Wonwoo █ Choi SeungCheol █ ' Kenapa aku selalu mimp...