◈03-Secret◈

212 23 8
                                    

Θηιγ γου
▶03◀
SECRET

♪♪♪

"Saya dah balik." Ujar Tuan Choi perlahan lalu melonggarkan tali lehernya.
"Baru nak balik, huh?" Balas Puan Choi sinis dengan senyuman sumbingnya.
"Tolong la. Saya penat nak bergaduh." Kata Tuan Choi malas. Baginya, dia sudah berusaha untuk bersikap adil kepada dua wanita yang merupakan permaisurinya itu.
"Ouh... Tahu pula penat. Habis? Layan betina tu tak pulak awak penat, kan?" Ungkap wanita itu bernada sindiran membuatkan Tuan Choi mengeluh berat.
"Choi Yejin!" Seru Tuan Choi dengan nada tertahan-tahan. Mukanya yang sudah kemerahan membuatkan Puan Choi datang menghampirinya.
"Apa!"
"Awak jangan nak melampau. Cukup menghina dia." Balas Tuan Choi berbaur amaran. Puan Choi ketawa sinis.
"Melampau? Saya melampau? Yaa! Awak sedar tak yang awak melampau, sekarang ni. Bukan saya!" Jerit Puan Choi dan suaminya itu masih berdiam menahan amarah.
"Hampir setahun awak rahsiakan perkahwinan dengan betina bodoh tu daripada saya dan Cheol! Awak sedar tak, yang awak tu melampau? Tak cukup ke saya jadi isteri awak!" hambur Puan Choi kuat. Aunty Ahn datang ke arah wanita itu lalu mengusap bahunya agar bersabar.
"Baru sekarang awak nak tanya saya yang awak tu cukup sebagai isteri? Selama ni ada awak kisah dan ambil peduli tentang saya?" Balas Tuan Choi perlahan tapi kedengaran serius.
"Yang awak pentingkan selama ni, cuma 'ladies meeting' awak tu je. Makan minum saya dan Cheol, siapa yang siapkan? Aunty Ahn yang siapkan dan saya tak pernah makan masakan isteri sendiri sepanjang saya berkahwin dengan awak." Ujar Tuan Choi kecewa membuatkan wanita itu terdiam.
"Saya bahagia dengan perempuan tu dan kalau boleh saya nak bahagia dengan awak juga. Cheol pun dah boleh terima keluarga baru dia. Jadi, saya harap awak boleh berubah. Jangan salahkan saya lagi lepas ni. Fikir mana silap awak selama ni yang menyebabkan saya berkahwin lain. Saya pergi dulu." Sambung lelaki sedikit berusia itu sebelum melangkah pergi. Deruman kereta dari arah luar membuatkan Puan Choi menangis hingga terduduk.
"Puan. Puan tak apa-apa?" Soal Aunty Ahn prihatin.
"Tolong bawa saya ke bilik."
"Baiklah. Hati-hati, Puan." Ujar Aunty Ahn seraya memapah wanita itu ke biliknya.

♪♪♪

"Cheol-ah~" Panggil Eunji lembut. Seungcheol yang sedang mencoret sesuatu lukisan di buku notanya berdehem perlahan.
"Wonu sekolah dekat mana?" Tanya Eunji lancar. Kakinya yang terjuntai dihayun perlahan. Kebiasaan bagi mereka, lepak di atas bumbung sekolah jika ketiadaan guru di dalam kelas ataupun kekadang mereka memonteng kelas. 'Naughty Couple'.
"Tak jauh pun sekolah dia dengan sekolah kita. Kenapa?" Jawab Seungcheol mendatar.
"Saja nak tahu pasal dia." Balas Eunji bersahaja membuatkan lelaki berbadan tegap itu mendengus perlahan lalu mulutnya dimuncungkan.
"Yaa~ Kenapa buat muka macam tu?"
"Awak syok kat dia ke?" Soal Seungcheol berbaur cemburu. Eunji tersenyum nakal.
"Kalau saya kata, ya? "Balas Eunji sekadar ingin menguji. Seungcheol hanya diam dan menatap kekasihnya itu penuh geram.
"Lagipun, dia hensem dan nampak matang walaupun dia muda daripada kita." sambung Eunji dengan usikkannya. Tawanya ditahan dan dia suka mengusik kekasihnya begitu.
"So, pergi la dekat dia. Saya tak kisah." Ujar Seungcheol sedikit kasar. Lukisan yang dicoretnya  itu sudah menjadi buruk akibat kegeramannya.
"Betul ni?" Soal Eunji lagi dan lelaki itu tidak menjawab. Suasana menjadi hening.
"Pergilah kalau rasa saya ni tak berguna lagi bagi awak." Kata Seungcheol perlahan memecahkan keheningan itu.
"Yaa~ " panggil Eunji jengkel. Tiada sahutan.
"Yaa~ Choi Seungcheol!" Panggil Eunji lagi sedikit kuat. Seungcheol berdehem perlahan menyahut panggilan itu.
"Merajuk, huh?"
"Mana ada. Saya mana boleh halang awak kalau memamg betul awak dah tak su~" percakapannya terhenti tatkala jari runcing gadis itu mendarat di bibirnya.
"Sshh~Jangan pernah fikir macam tu." ujar Eunji serius. Kedua belah pipi kekasihnya di pegang lalu memalingkan wajah lelaki itu agar menatapnya.
"Saya tak akan pernah jemu cintakan awak. Saya bergurau je lah. Jadi, jangan fikir macam tu lagi." Ujar Eunji lagi serius. Seungcheol hanya menatapnya penuh asyik.
"Habis tu, kenapa awak nak tahu sangat soal Wonu?" Soal Seungcheol yang masih belum berpuas hati walaupun gadis itu telah menyatakan bahawa dia hanya bergurau.
"Saja. Dia kan bakal adik ipar saya. Tak kan tak boleh." Jawab Eunji sedikit sebal.
"Memang tak boleh. Walaupun dia adik tiri saya, dia tetap lelaki. Jadi, tak mustahil dia boleh rebut awak nanti." balas Seungcheol remeh.
"Heol~ Kuatnya cemburu dia." Omel Eunji dengan cebikkan kecilnya. Buku nota yang dicoret kekasihnya itu, dipandang kejap.
"Awak lukis apa tu? Hodoh betul." Tanya Eunji seraya mengerutkan dahinya. Memang lukisan itu agak buruk akibat menjadi mangsa Seungcheol ketika dia geram tadi.
"Saya lukis awaklah." Jawab Seungcheol sambil menahan tawanya melihat wajah gadis itu mula cemerut.
"Yaa pabo! Saya tak hodoh macam ni la!!"

♪♪♪

"Saya dah balik." Laung Tuan Choi lemah. Puan Han yang sedang memasak makan petang terus tergesa melangkah ke arah suaminya.
"Abang? Kenapa balik sini?" Soal Puan Han lembut kerana dia tahu hari ini merupakan giliran madunya.
"Ambilkan abang air." Pinta Tuan Choi dan dengan segera wanita itu mengambil minuman untuk suaminya itu.
"Terima kasih."
"Kenapa ni? Gaduh lagi?" Tebak Puan Han setelah suaminya menghabiskan segelas air kosong itu. Perlahan lelaki itu mengangguk.
"Kenapa?"
"Macam biasa la. Perangai dia tetap tak berubah." Jawab Tuan Choi sebal. Puan Han mengusap bahu lelaki itu agar bertenang.
"Wonu mana? Tak balik lagi?" Soal Tuan Choi pula.
"Belum. Nanti dia balik la. Abang rehat dulu, ya. Saya nak sambung masak kat dapur." Kata Puan Han dan Tuan Choi hanya mengangguk. Dia tersenyum nipis melihat isteri keduanya melangkah ke dapur.

♪♪♪

"Eunji-ah." Panggil Seungcheol perlahan. Eunji yang sedang mengemas buku-buku untuk dimasukkan ke dalam beg sandangnya, mengerling ke arah kekasihnya itu.
"Apa?"
"Awak balik sendiri hari ni, boleh kan? Saya ada masalah sikit." Soal Seungcheol teragak-agak.
"Boleh je. Jangan risau." Balas Eunji sambil tersenyum hangat membuatkan Seungcheol mengekeh suka.
"Yaa~ Boleh tak jangan senyum macam tu. Buatkan saya sayang nak biarkan awak balik sendiri." Ujar Seungcheol manja setelah tawanya mengendur. Eunji hanya tersenyum suka.
"Dah, jangan nak mengada. Selesaikan masalah awak cepat." Ujar Eunji sedikit jengkel.
"Okay. Saya pergi dulu. Maaf ya, sayang." Sempat Seungcheol mencium dahi gadis itu sebelum beredar pergi membuatkan Eunji tersenyum bahagia.
"Manja betul la budak ni." Gumam Eunji sendiri lalu berjalan santai menuju ke rumahnya. Sementara Seungcheol bergegas ke rumahnya setelah mendapat panggilan daripada Aunty Ahn.
"Apa lagi yang omma buat ni. Haish~" keluh Seungcheol perlahan. Keretanya terus meluncur laju pulang ke rumah.

♪♪♪

"Omma macam mana, Aunty?" Soal Seungcheol sedikit kalut setelah dia sampai di kediamannya.
"Aunty dah bagi dia ubat tadi. Mungkin dia tengah tidur sekarang." Ujar Aunty Ahn lembut.
"Yalah. Terima kasih, Aunty." Ucap Seungcheol sebelum bergegas naik ke bilik ibunya.
"Omma~" sapa lelaki itu perlahan.
"Cheol-ah. Kenapa ni?" Soal wanita yang sedang berbaring sedikit lemah itu. Dia tidak dapat melelapkan mata.
"Gwenchana?" Balas Seungcheol berbalik soal bimbang.
"Omma okay la. Jangan la risau sangat." kata Puan Choi sambil tersenyum nipis.
"Kenapa omma boleh jatuh sakit ni?" soal Seungcheol lagi ragu.
"Tak ada apa-apa, sayang." Balas wanita itu untuk sekelian kalinya.
"Omma, cuba beritahu Cheol betul-betul." Desak Seungcheol lagi membuatkan Puan Choi ketawa halus yang dibuat-buat. Lelaki itu masih belum berpuas hati lalu matanya menatap tajam ke arah ibunya untuk kepastian.
"Gaduh dengan appa lagi?"

♞TO BE CONTINUED♞

▶04◀
-Bully-

★VOTE/LIKE AND COMMENT. THANK YOU. *BOW*

Only You [ 최승철 / 전원우 ]Where stories live. Discover now