Amnesia

7.7K 105 7
                                    

Huh! Bosan gila bila terpacak tengah-tengah alam dalam majlis aku tak kenal seorang pun ni. Okey, bukan terpacak tapi aku dipacak di sini! Macam rusa masuk kampung pun ada. Ke nak tukar macam rusa masuk disko sebab aku rasa lampu lip-lap atas kepala aku sekarang ni. Bikin pening kepala je.

Aku jeling Noah yang segak berdiri dikelilingi satu kumpulan itu. Mamat tu je yang aku kenal. Kalau nak tahu, tu la tukang pacak yang bertanggungjawab memacak aku kat sini. Ingat aku ni tiang piling kat syarikat kontraktor dia ke, suka hati je nak pacak-pacak aku?

Huh! Wajah tampan berkeyakinan dan berkarisma tinggi. Kalau awek tengok, pakwe sebelah pun buat tak nampak.

Jealous? Waklu.. sikit pun tak la! Aku tegaskan yang mamat tu bukan sesiapa pun bagiku. Kekasih jauh sekali. Buta ke aku tak nampak lelaki sesempurna dia? Sebab aku terlebih celiklah aku tak tertipu dengan luaran dia. Cuba tengok dalaman dia sikit. Huh.. gugur taraf nak jadikan dia suami.

Dia pandang ke arahku. Sempat dia senyum yang aku kira sangat sinis pada mataku. See.. kan aku dah cakap. Dengan orang lain, dia baik. Orang kata, pijak semut pun tak mati. Tapi aku tak tahulah dia dengki apa dengan aku sampai-sampai aku teraniaya macam ni. Cis! Dia buat lagi. Dia buat lagi! Sengaja biarkan aku krik-krik kat tengah alam ni.

Okey.. sebenarnya ni bukan kali pertama. Yang lebih teruk pun aku dah pernah rasa. Tapi, sekali pun tak pernah keluar kata maaf daripada bibir merah dia tu. Dalam otak dia tu tak pernah wujud perkataan tu kut. Tak pun mamat tu datang dari Neptune yang tak pernah tahu maksud maaf tu apa.

Macam mana anjing jumpa kucing, macam tu la aku kalau jumpa dia. Tak pernah nak berdamai sejak dulu lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, macam mana aku boleh selamat tiba di sini dengannya? Senang je jawapannya.

"Teman aku pergi dinner." Noah mempelawa masa dia temankan mama dia lepak rumah aku.

Oh, lupa nak cakap! Dia jiran aku. Rumah sebelah je. Kalau aku buka tingkap bilik, nampaklah dia kat sebelah sana. Kenapalah dalam banyak-banyak bilik dalam rumah besar dia tu, bertentangan dengan bilik aku juga dia pilih? Buat bernanah mata aku je. Asal bukak tingkap, mesti nampak dia. Sebab tu aku jarang-jarang buka tingkap.

"Sampai kiamat pun aku takkan setuju." Itu jawapan yang aku berikan. Dah tahu, buat-buat tanya pulak. Pergilah ajak Dora The Explorer kau tu.

Dia cuma angkat bahu. Aku ingat dia fahamlah. Tapi, Noah Yusrizal ni memang tak makan saman. Dah tahu aku taknak pergi, boleh pulak mamat tu suruh mama dia masuk line. Macam mana aku nak cakap tak, kalau dah si mama dah merayu? Malas aku nak ingat balik. Kalau aku ceritakan pasal mamat tu, berkajang-kajang pun aku rasa takkan habis punya.

Aku nampak Noah melangkah ke arahku. Haa.. ni nak apa pulak ni? Tolong jangan dekat dengan aku kalau bukan sebab nak ajak aku balik!

"Benda alah ni sampai pukul berapa? Aku nak baliklah!" Datang-datang je terus dia kena marah.

"Rilekslah.. malam masih muda. Kau ni, kuno la. Tak suka majlis-majlis macam ni." Selamba dia kutuk aku.

"Ya.. aku kuno. So what? Kau nak aku jadi macam kau la? Pengunjung tetap kelab malam. Peluk perempuan macam peluk tiang lampu?" bidasku balik. Dia jeling tajam ke arahku. Marah ke? Buat apa nak marah kalau betul?

"Aku dah nak berubah la."

"Dah nak berubah. Bukannya reti nak terus berubah," bidasku lagi. Ada jugak 'nak' kat tengah ayat dia tu.

Koleksi CerpenWhere stories live. Discover now